Sedang mencari tadika terbaik untuk anak anda? Jom tengok list yuran taska untuk pendaftaran dan bulanan yang dikenakan oleh setiap taska.
Setiap ibubapa mestilah mahukan yang terbaik untuk anaknya. Termasuklah pemilihan tadika yang bersesuaian dengan bajet sendiri.
pemilihan tadika terbaik
Bagaimana untuk menentukan dan memilih tadika atau taska yang terbaik untuk anak anda?
Antara faktor yang perlu diambil kira dalam memilih tadika terbaik untuk anak adalah:
- silibus yang bersesuai dan dapat merangsang minda anak.
- lokasi yang berdekatan dengan rumah/tempat kerja
- yuran bulanan yang berpatutan
- fleksibi masa atau caj add on masa
- keadaan / persekitaran tadika (kebersihan/cikgu)
Tadika atau swasta?
Ramai ibubapa menganggap tadika swasta adalah lebih baik daripada tadika kerajaan. Tapi sebenarnya tadika kerajaan seperti KEMAS dan PASTI memiliki silibus dan pengajaran yang bagus dan sesuai dengan usia anak anda.

Tadika Kerajaan | Tadika Swasta |
---|---|
Lokasi sedikit jauh | Boleh pilih lokasi dekat |
Yuran murah | Yuran mahal |
Silibus dari kerajaan | Ada silibus / course tersendiri |
Tidak boleh tinggal lebih masa | Boleh tinggal lebih masa dengan extra fee |
Yuran taska / tadika 2022 / 2023
Harga fee tadika atau taska adalah berbeza mengikut kelas, lokasi, program tambahan dan jam penjagaan anak. Senarai ini hanyalah caj untuk separuh hari dan rujukan asas.
Harga yang kami paparkan adalah yuran untuk pendaftaran tadika tahunan dan yuran bulanan taska.
Tadika / Taska | Yuran Pendaftaran | Yuran Bulanan |
---|---|---|
Yuran Little Caliphs | RM1590.00 | RM300.00 |
Genius Aulad | RM1550.00 | RM320.00 |
Brainy Bunch | RM1700.00 | RM345.00 |
Q-Dees | RM1500.00 | RM370.00 |
Tadika ABS | RM1180.00 | RM260.00 |
Tadika R.E.A.L Kids | RM2000.00 | RM450.00 |
Tadika C.I.C | RM1200.00 | RM300.00 |
Tadika Islam MAIWP | RM350.00 | RM50.00 |
Tadika KEMAS | RM30.00 | RM10.00 |
Taska PASTI | RM284.00 | RM90.00 |
Smart Reader | RM1300.00 | RM300.00 |
Harga yuran taska diatas mungkin berubah. Kami cadangkan ibu bapa datang sendiri ke tadika di kawasan masing-masing untuk yuran yang lebih yang lebih tepat.
Kebiasaannya tadika akan meminta bayaran yuran diselesaikan sebelum sesi bermula.
Yuran Taska PASTI adalah berbeza mengikut lokasi dan negeri.
Ibu-ibu boleh download surat cuti sekolah untuk anak ini sekiranya sakit demam untuk diberikan kepada sekolah.
Senarai ranking tadika pilihan ibubapa 2022
Ini adalah ranking tadika/taska pilihan ibubapa untuk tahun 2022 yang dipetik dari MyPT3.
- Tabika Kemas
- Taska Little Caliph
- Tadika Smart Readers Kids
- Tadika Q-Dees
- Tadika REAL KIDS
- Taska Genius Aulad
- Tadika Brainy Bunch
- Tadika Kinder Kaizen
- Tadika Krista Kindergarten
- Tadika CIC
- Tadika PASTI
- Tadika Perpaduan
Tadika KEMAS milik kerajaan memonopoli senarai tadika terbaik pilihan dari ibubapa. Mungkin ramai yang tidak tahu KEMAS memiliki silibus yang setanding dengan tadika-tadika swasta lain disamping bayaran yuran registration yang murah.
Ibubapa juga boleh dapatkan panduan ajar anak hafal sifir dengan mudah & pantas ini untuk membantu anak belajar matematik dengan mudah.
Mana satu pilihan tadika untuk anak anda? Boleh komen dibawah.
Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak ke PASTI boleh membuat pendaftaran PASTI Online ini sekarang.
Berapakah yuran untuk tadika Little Caliph?
Yuran pendaftaran Little Caliphs adalah RM1590.00 manakala yuran bulanan adalah RM300.00.
Tadika kerajaan vs tadika swasta? Yang mana lebih baik?
Setiap tadika memiliki silibus tersendiri. Tadika KEMAS milik kerajaan memonopoli senarai tadika terbaik pilihan dari ibubapa.
Tadika perpaduan 2023 yuran berapa ya
Murah je ni bulanan dlm senarai paling mahal pun 450 je….aku kena bayar 500 sebulan tadika nilai holistik di salak tinggi ni.
kajian ni tak menyeluruh. banyak lagi taska n tadika yang yuran dia dah mencecah RM550 ke atas.
Taska n Tadika Al Baghdadi tiada dlm senarai kajian.
yuran mengikut tempat. Ada yuran RM700 utk bb di sebelah KL n bandar.
Setakat ini tidak dikenakan bayaran yuran bulanan.
kat area semenyih mana lagi tadika kemas atau perpaduan yang kosong. Mohon bantuan..