Wang Ehsan Negeri Kelantan Ke IPTA untuk bantuan sambung belajar ini diberikan khas kepada anak Kelantan yang melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA (universiti awam) untuk program Diploma, Ijazah, Asasi, dan juga Matriks.
Ia juga boleh dikatakan sebagai biasiswa saguhati kepada pelajar yang layak masuk ke IPTA ini.
Wang Ehsan Kelantan 2019
Pada tahun 2017, seramai 221 pemohon/pelajar iaitu 112 orang peringkat Ijazah, Diploma (87 orang), Matrikulasi (16 orang) dan Asasi (6 orang) telah menerima bantuan Wang Ehsan ini.
Dengan pengajian peringkat Ijazah menerima RM1,000, diploma (RM800) manakala RM500 masing-masing untuk matrikulasi dan asasi.
Syarat Permohonan Wang Ehsan Kelantan Untuk IPTA
Berikut adalah 3 syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum memohon:
- Pemohon warganegana Malaysia yang dilahirkan di negeri Kelantan (Kod Kad Pengenalan: 03, 28. 29)
- Pemohon telah menerima tawaran daripada mana-mana IPTA (Surat tawaran tahun semasa)
- Ibubapa pemohon adalah dilahirkan di negeri Kelantan (Kod Kad Pengenalan ibubapa: 03, 28. 29)
Pendek kata pemohon atau ibubapanya mestilah dilahirkan di Kelantan dan telah mendapat tawaran dari mana-mana IPTA di Malaysia barulah layak untuk memohon Wang Ehsan ini.
Cara Memohon Wang Ehsan Kemasukan IPTA 2019
1. Pergi ke website Permohonan Wang Ehsan Kemasukan IPTA (Klik disini) atau https://www.ehsan.icu.gov.my dan pergi kepada PERMOHONAN untuk permohonan baru.
2. Isi semua maklumat yang diminta.
3. Semak kembali maklumat yang diisi dan sekiranya semua sudah betul, klik pada CETAK PERMOHONAN.
4. Sahkan borang permohonan tadi serta dokumen berkaitan.
5. Akhir sekali, hantarkan borang permohonan serta dokumen berkaitan ke Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Antara dokumen-dokumen berkaitan (perlu pengesahan) yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan surat tawaran IPTA.
- Salinan kad pengenalan ibubapa.
Borang permohonan adalah secara online sahaja kemudian print dan hantar ke alamat diatas selwat-lewatnya 1 bulan dari tarikh permohonan anda didaftarkan.
Semakan Wang Ehsan 2019
Kebiasaanya anda boleh semak status permohonan wang ehsan tadi dalam masa 3-4 minggu selepas tarikh anda menghantar borang.
Untuk membuat terus semakan permohonan wang ehsan anda samada lulus atau tidak, anda boleh klik dibawah:
Pemohon akan akan dimaklumkan sekiranya permohonan diluluskan kerana Wang Ehsan akan diberi dalam satu majlis khas penyerahan wang ehsan dan akan diberi dalam bentuk cek simpanan premium. Anda boleh tebus cek tersebut di bank dalam masa 45 hari dari tarikh yang diterima.
Jika ada sebarang masalah, anda boleh tanyakan soalan di ruangan komen dibawah.
Anda juga boleh semak permohonan Bantuan IPT Online oleh MAIK (Kelantan) iaitu bantuan untuk pelajar-pelajar dari golongan asnaf yang layak melanjutkan pelajaran ke IPTA
Kata Carian:
- Wang ehsan
- wang ehsan kelantan
- semakan wang ehsan
- permohonan wang ehsan
- www ehsan icu gov my
- wang ehsan jpp
- wang ehsan icu
- wang ehsan kelantan 2019
- permohonan wang ehsan negeri kelantan
- Semakan Wang Ehsan 2019
{ 158 comments… read them below or add one }
terima kasih kepada mereka yang banyak menolong kami yang serba kekurangan ni, semoga Allah membalas jasa mereka yg bnyk membntu golongan seperti ini. jazakumullahukhoran jazak.
Nk tnya bila wang ehsan nie buka untuk permohonan? Awak minta bila yer?
saya baru je mintak dalam 2,3 minggu. Alhamdulillah dh dpt
salam
utk yang dapat ipg bhgn institusinya tiada dalam senarai,mohon bantuan / panduan untuk nak klik u yang mana
Assalamualaikum, saya nk tnya kalau dia tulis “dalam proses” tpi tarikh saya hntr tu lama dah nak dekat sebulan dari tarikh hntr dekat pejabat tu.. Tu kiranya saya direject ke🤔??
Saya pun since 10/11 lagi lulus tpi tk dpt lagi, macam mana eh? Masih dalam proses…
Saya pom sama,boleh saya tahu kenapa?
Saya pun sama. Adakah ia lulus??
Saya telah mendapat tawaran di Umt pada tahun lepas namun saya tidak sempat untuk buat permohonan wang ehsan pada tahun lepas, adakah saya layak untuk mohon balik bagi tahun ni?
Semak bantuan tu lepas hantar borang online ke dekat pejabat MAIK?
Semakan selepas hantar borang permohonan di pejabat MAIK.
Ya anda boleh memohon wang ehsan ini. ATau anda mohon bantuan IPT MAIK – https://melur.net/bantuan-ipt-online-maik-kelantan/
Anak dpt IPG blh mohon wang ehsan tak…tq
Kalau anak yang dapat tawaran belajar tapi tak dilahirkan di kelantan namun ibu bapa berasal dari kelantan dan anak dibesarkan di kelantan adakah layak memohon
Permohonan telah dihantar 2019.kenapa duit belum diterima lg
Sy kemasukan tahun 2018. Hari tu sy dh buat permohonan tapi xsempat nk hantar dekat pejabat. Adakah sy masih lagi boleh buat permohonan ?
Saudari kena apply baru secara online dan print semula dan hantar ke pejabat
mak saya lahir kat kelantan tp ayah sy lahir dkat terengganu..blh ker saya nk apply wang ehsan nih?
Boleh asalkan salah seorang ibubapa kita lahir dan ada IC Kelantan.
salam,nak hantar borang yang telah diprint ni kat mana?saya tinggal kat bachok
Boleh hantar borang print berserta dokumen diperlukan ke Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
kat kota bharu ke?boleh tak nk thu location kat mne?
Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Unit wang ehsan ni kt mne ye? Berdekatan dgn hotel riverview ke?
Saya dah dapat tawaran tu. Adakah saya kena print surat tu untuk rujukan no rujukan wang ehsan ataupun tunjuk guna fon sahaja bila pergi dekat pejabat? Dan tingkat berapa ye tempat tu?
boleh ke kalau saya baru nak buat permohonan wang ehsan ni
kenapa link tu xleh bukak ea?
emmm link mana ye?
No rujukan Surat tawaran tu yg mane satu?
saya kurang faham no rujukan surat tawaran. tapi kalau no rujukan borang permohonan boleh rujuk selepas proses isi borang.
lpas dh siap dftr dan cetak borng tu..klau nk hntr borangg tu mlalui pos laju bleh ke?
Boleh jer
Mohon pencerahan drp pihak tuan.
Ibu bapa asal dan dilahirkan di kelantan. Anak lahir di KL tapi belajar di kelantan dari thn 1 lagi…. blh ke mohon bantuan ni… tq
Boleh mohon. Pastikan sertakan sekali IC ibubapa anda
Assalamualaikum, kalau dari ipg(institut pendidikan guru) boleh x memohon bantuan wang ehsan atau MAIK?
kenapa tak boleh bukak link wang ehsan untuk print permohonan?
Assalamualaikum.. bapa saya ic terengganu, sudah bermastautin lebih 20 tahun di kelantan.. bolehkah saya memohon
kalau ikut syarat, kena wajib ade IC kelantan.
Tapi, boleh apply bantuan daripada kerajaan Terengganu.
Saya nk isi nama institut yg saya belajar sekarang ni..tapi xde dlm list..tu maksudnye saya x layak ke?sbb dlm list tu banyak universiti malaysia … Sahaja..macam mana ehh?
buat masa ini wang ehsan hanyalah untuk kemasukan universiti awam sahaja. anda boleh cuba mohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2019/2010 sebab dibuka untuk IPTA/IPTS.
Assalamualaikum…saya dapat tawaran ILP until permohonan Wang ehsan ni boleh ke until pelajar ILP
Nak semak status pemohanan macam mana ye tln tak jawan emal tak balas
Kenape link yg permohonan wang ehsan tu takleh nak bukak ye ?
cik boleh bukak guna komputer. ade error untuk mobile view
kenapa link tu xboleh buka ya?saya dah guna komputer
kenapa saya tekan web utk borang permohonan tu . dia keluar (the site cannot be reach)? anyone..tolong
saya tak tahu kenapa keluar notification macamtu. tapi dekat komputer ok. cuma dekat mobile je die akan keluar mcm tu.
cadangan saya bukak semula guna komputer
kenapa link tu xboleh buka ya?saya dah guna laptop
Permohonan saya dah lulus. Bila boleh ambil baucer
sama la
Saya x blajar kt tempat swasta pon..jadi kalau xde nama institut yg saya belajar ni maksudnye xboleh la ?
Boleh berikan nama institut tu?
No rujukan Surat tawaran tu yg mane satu? boleh bagi pencerahan x.
knapa link utk borang permohonan tu x leh bukak?? 2 hri lpas blh tp hri ni dh x blh
Salam admin. Sy nk tya. Kalau saya dah pohon bantuan Maik untuk adik saya, boleh ke kalau saya mohon bantuan wang Ehsan juga? Terima kasih.
boleh
assalam admin..nak tahu utk pengesahan dokumen skiranya pengetua sekolah tiada,,blh ke kalau PK hem yg mmbuat pengesahan dokumen?tkasih
hanya pengesahan dari JKKKP @ pentadbir mukim sahaja boleh
Pelajar luar negara boleh apply jugak ke bantuan wang ehsan?
Wang Ehsan hanya IPTA dalam negara tapi cik boleh cuba Bantuan IPT Maik
Salam admin,,nak tau utk pengesahan dukomen tu perlu tandatangan pengetua/penggawa/penghulu..kalau penghulu Pas boleh tak..sbb kawasan rumah sya Penghulu Pas
Boleh sahaja
slm.admin.nk tnya.sekiranya anak saya kemasukan 2018.blh mohon lagi ke untuk tahun ni.pasal dah try..isi kat online..tp tk dapat tekan tempat Daftar Tahun
Anak saya dpt masuk IPG. Boleh ke mohon wang ehsan
nak tnya, saya dh mohon tpi terlepas pandng tarikh ttup jdi saya tk sempat nk hntr dan saya cuba mohon skali lgi tarikh daftar yg dlu tk berubah memandangkn surat permohonan kna hntr sbulan sblum. sy blh hntr jgk ke ?
saya kurang faham dengan soalan ni. boleh jelaskan?
perkara sama berlaku pada saya . tolong sangat .number fon pejabat tu ada ?
Salam. Saya dah lulus wang ehsan tapi dah lama.saya bru cek. Boleh ke saya ambik? Ambik kat mane ye cek tu?
Cik boleh hubungi pihak Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan untuk bantuan
Assalamualaikum saya masuk diploma tahun 2018. adakah tahun ni saya boleh mohon lagi? sya tk pernah mohon lagi sebelum ni .
Slm, tumpang tanya, sy pelajar kemasukan 2018 tp sy masih belum mohon bantuan wang ehsan. Blh sy mohon untuk tahun ini?
Kalau sy dpt tawaran ipg boleh ke nk mohon wang ehsan ni?& Sy dikira di bawah program mane ye? Asasi ke mattikulasi?
assalamualaikum.. macam mana kami nak tahu permohonan wang ehsan tu lulus ke tak?
Assalam..nk tanya kenapa link untuk bukak permohonan wang ehsan xleh bukak..mmg dh smpai trikh ttup k?
Assalamualaikum
Saya dapat masuk ke UM , dilahirkan di Johor kerana ibu sya bekerja Di sana. Manakala ibu sya dilahirkan Di Perak. Datuk Dan nenek sya berasal dari kelantan. Ibu sya dah menetap Di kampungnya di kelantan dari saya darjah 4 hingga lah sekarang . Adakah sya layak utk mohon wang ehsan.
assalamualaikum.. utk yg dpt tawaran ipts ni layak ke tak layak utk mohon? Mohon pencerahan & jawapan. terima kasih
Jika permohonan saya telah diluluskan…dimanakah saya perlu menuntut wang tersebut?
macamana nak kemaskini borang ye..ada kesilapan nama ayah. dah cari butang kemaskini tapi tak ada
salam nk tnya,,kalau dia tulis proses dlm penyediaan bayaran tu means dh lulus ke?
Anak saya dpt ipg..boleh ke memohon wang ehsan ni..kalau dpt ..kna isi bawah degree ke?
Sy dh buat permohonan tpi belum hntar.. Bleh ke hntar walaupun dh lebih 1 bulan?
saya pun jadi macam ni jgk, adakah blh hantar lagi?
kenapa sy tkleh bukak website tu? untuk semakan wang ehsan
Bantuan Wang ehsan ni hanya sekali seumur hidup je ke? Kalau saya dah terima wang ehsan semasa sy di matrik, adakan sy boleh mohon balik bantuan ini semasa sy belajar di peringkat ijazah?
Saya nk tanya, saya dah buat permohonan tapi belum hantar, adakah saya masih boleh hantar?
Assalamualaikum,sy mahu bertanya bolehkan saya mewakilkan ayah atau ibu untuk menebus cek wang ehsan tersebut di JPPK.Saya tidak dapat hadir kerana sedang sambung belajar luar negeri Kelantan.
mcm mana kita nk thu yang kita dpt duit ehsan?? nk check online kat link mana ya ??
Bagaimana cara memohon Permohonan Wang Ehsan Negeri Kelantan untuk kemasukan ke IPTS 2019???
Adalah dipohonkan agar Wang Ehsan Negeri Kelantan untuk kemasukan ke IPT dipanjangkan juga kepada pelajar-pelajar yang memasuki IPTS.
Tarikh permohonan dibuka sampai bila yer? Sy bru nk mhon ni blh lg x?
nak tanya.. kalau hantar borang terlebih sebulan dri tarikh permohonan dia terima tak?? sbb kg sy tak ad ketua kampung..
sy hantar borang wang ehsan ni bln 9 sbelum sy msuk ke ipta..tp sampai skrg dlm proses pembayaran..kwn sy bru je hantar,tup2 dh dpt…knp ye?
SALAM , saya dah isi lama permohanan itu dalam online(september) tapi saya belum cetak borang tersebut ,bila saya buka website daftar pada hari ini (november),borang tersebut takde n tempoh sudah melebihi sebulan .Macam mana ye? saya memerlukan duit …..
kenapa tak boleh nak semak sama ada dah lulus ke belum ye? server down ke?
Boleh ker tebus wang ehsan di bsn luar negeri kelantan?cam di bsn nilai n.sembilan
Salam, saya nak tanye…permohonan wang ehsan saya telah diluluskan pada bulan 10 hritu lgi ,jadi bile blh amik wang ehsan tu ye?
Saya nak tanya boleh ke orang lain yang nadir ke unit Wang ehsan untuk ambil bayaran
Assalamualaikum, Pemilik ic 10 selangor tapi mak ayah ic 03…
boleh ke saya memohon?
Permohonan sy dh buat tp tarikh dh lebih. Boleh lg ke nk hantar ?
Cek wang ehsan boleh tak kalau nak tebus kat bank Islam kat Terengganu? Sebab sy study kat Terengganu
salam..nk tnya..bila pmbhagian cek utk wang ehsan ya??sbb dh semak dkt lman web..dia tlis dlm proses penyediaan byaran..agk2 bila bleh thu kputusan ya??
Assalam admin…nak tnyaa…saya ada mohon wang ehsan 2018 dan dah diluluskan tapi saya baru tahu hari nie thun 2019 yg dh diluluskan..boleh lagi ke saya ambil wang ehsan tu..dan nak ambik dekat bank trus ke macam mana?
assalam. saya kemasukan 2020 tpi dkt permohonan tu ada tahun kemasukan 2019 sahaja, jadi mcm mana yaa?
boleh saya tahu bila tarikh tutup untuk wang ehsan 2019?
assalam. utk tuntut duit tu boleh wakilkan kpd ibubapa ke?dan dokumen apa yg perlu dibawa?t,kasih
saya ada pertanyaan,saya mohon pada 2018,tapi tahun 2019 saya baru teringat pasal permohonan saya.Apabila saya semak,saya lulus permohonan ini.Adakah saya masih boleh tuntut wang ehsan ini?
assalamualaikum, sy nk tanya blh ke sy buat permohonan yg baru ? sbb sy dh mohon pd hujung tahun 2017, keputusan diluluskan pada bulan mei 2018, dan masa nk pergi ambil cek wang ehsan di bukit bunga, pegawai disitu ckp bantuan ni dah tak ada sebab tukar kerajaan baru huhu..
saya telah memohon online pada tahun lepas tetapi saya tidak sempat untuk menghantar dokumen ke pejabat…bolehkah saya memohon sekali lagi?
salam saya dah membuat permohonan tahun lepas tarikh daftar 15/2/2019 tetapi saya baru nak menghantar dan dah lepas dan tempoh masa sebulan bolehkah saya nak menghantar lagi borang tu?
Saya nak tnya untuk pelajar semester 2 boleh mohon kah bantuan ini?? dimana pelajar tersebut telah mendapat bantuan ini pada semester 1 yang lepas
Harap dapat memberi penjelasan yang sewajarnya.
Sekian
saya nak tanya bila saya dapat tahu tarikh untuk pergi ambik duit wang ehsan ? saya dah tunggu 5 minggu tapi bila saya check “keputusan anda telah didaftarkan” sedangkan saya tak ambil lagi duit tu
Saya nak tanya.. Kalau saya dah dapat resit rasmi tu tapi tidak tebus dalam masa 45 hari tu macam mana ye?
Tumpang tanya, bantuan Wang ehsan untuk kemasukan ipt Masih berjalan ke pada tahun 2020? Maksudnya kalau saya apply tahun ini Masih boleh dapat ke?
Salam saya nak tanya, bila check pernohonan tuu dia kata “permohonan telah diluluskan” tapi tak bagi tarikh apa2. maksudnya saya dah boleh pergi ambil ke bila2 ?
Assalamualaikum…saya telah buat permohonan wang ehsan pada tahun 2018 dan lupa untuk mengechecknya dan sakarang bolehkah saya mendapat wang ehsan tersebut walaupun dah 2020
Assalamualaikum . Saya, Aina Suraya bt Ab Rahman , pelajar IPTA di Uitm Kedah dimana telah menerina tawaran utk melanjutkan pengajian tersebut pada 2018 . Jadi , saya ingin bertanya adakah boleh jika saya memohon Wang Ehsan ini pada tahun 2020? Maklum balas dari pihak tuan adalah amat saya hargai dan saya berharap agar maklum balas pihak tuan menyebelahi pihak saya . Sekian terima kasih
Salam…saya nak bertanya ,, ayah dan mak mmg dilahirkan di kelantan ,, tetapi kalau saya hanya bawa salinan ic ibu sahaja , boleh ke ,, adakah diterima ? Terima kasih
Assalamualaikum..saya nak tanya saya dh ambik cek tu bulan 11/2019 tpi smpai sekarang sy belum tebus cek tu? Adakah sy boleh lagi pergi tebus cek tu? Sekian terima kasih
saya ada memohon bantuan maik , tetapi selepas hantar borang di kaunter tiada pengemaskinian di buat. memang begitu ke atau pun ada masalah dari pihak maik ??
Mase hujung bulan 11/2019 saye ade mohon Wang ehsan ..mase submit borang permohonan miss yg duduk dekat kuanter tu cakap lps sebulan dh boleh check.. Lps sebulan saya check xkeluar result.. Saya ingatkan permohonan x lulus.. Lepastu semalam saya check balik permohonan saya dah lulus 2/2/2020..jadi saya nak tanye saya masih boleh pergi amik check itu atau tidak?? Adakah check itu masih valid sbb sekarang dh 30/3/2020
kalau saya xsempat hntar borang tu dlm masa yg di tetapkan,sy perlu mohon semula atau kemaskini je permohonan sy tu?
untuk permohonan 2020 bila agaknya website buka yew?
Borang dah hantar.. Duit belum dapat lagi. Kemasukan tahun 2019
Assalamualaikum, sy bakal melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi pd tahun ini (2020), adakah bantuan wang ihsan ini masih dibuka pada tahun ini? Kerana link permohonan tersebut tidak dapat dibuka.
Salam.bagaimana cara untuk saya tahu duit dah dapat ke belum ? sbb website xjd dari minggu lepas lagi😅
Assalam.. nk tanya.. sy punya prmohonan telah dilulus pd bulan 2 lg. Xsmpat ambik lg cek sbb pandemik vovid-19. Jd adakah sy masih lagi bolej untuk mngambil cek trsebut? Jika boleh bilakah masanya? Terima kasih.
assalamualaikum admin, sy boleh ipts (kuptm kl) dn sy lahir di sarawak tp ibubapa saya org kelantan. layak terima tak wang ehsan ni?
Boleh. Sertakan bersama IC ibubapa lahir di kelantan.
Boleh ke tebus cek or pergi bsn luar kelantan? Sila balas
Assalamualaikum admin. bila ye sy boleh prgi ambil cek? Sbb prmohonan dh lulus 4bulan dh..
Utk tahun ni, camana cara nak isi.. Dah cuba klik mana2 link tp tak dapat..
https://www.ehsan.icu.gov.my/
samaa laa padahal dah bukak guna laptop dah hmm internet pun okay jee haa
Alhamdulillah dh boleh cek.. PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN, SILA HADIR KE UNIT WANG EHSAN.. Rezeki allah…❤️
1.Anak saya telah mendaftar ke universiti pada 2/2/2020 yg lepas.. Ada kah masih boleh memohon wang ehsan ini?
2. Kalau telah memohon untuk kemasukan ke matrik atau asasi, adakah boleh memohon untuk kali kemasukan ke ijazah nanti?
salam, untuk pelajar ipg dapat tak?
SALAM…kenapa senarai IPG tiada dalam pilihan universiti. IPG boleh mohon juga ke?
nk tanya, kalau sy beljar di uni swasta, bolehkah sy mohon bantuan ni?
Wang ehsan dan biasiswa maik tu x sama ka
Tak sama
Assalam,nak tnya duit bantuan wang ehsan tu tak boleh bank in terus ke dalam akaun bank ke?sbb saya sekarang sambung belajar di kedah
Saya mendapat tawaran ke ipts..boleh kah saya apply wang ehsan?
Assalamualaikum saya nak tanya. Kalau dah cukup sebulan saya hantar borang ke pejabat , tapi keputusan dia cakap ” permohonan telah didaftar , sila hantar borang ke pejabat “.
Maksudnya dalam proses lagi atau saya kena tunggu je dulu? Minta pencerahan admin. Terimakasih
kalau dalam sistem tak diterima , mmg tak diterima langsung ke? sbb surat semua dah lengkap dan dihantar ke pejabat
asslm, borang permohonan wang ehsan trlewat shari dari tarikh yg spttunya dihantar, adakah masih boleh dhntr ke pejabat?
Saya telah lulus bantuan tersebut tapi takdapat nak ambil lagi duit tersebut sebab terperangkap dekat tempat pengajian disebabkan SOP jadi duit tersebut lesap ke ?
Sya sudah di bhanti kan krje semlam jm2.15 n sya tak paham kenpe sebab kn sya ade skt tulang pingang dh 4 kli enjat…..n tahu2 ja las semlm sya di panggil menage n bincang dh tak di maaf so trus di behanti kn….tmpe 24 jm pun…..
Anak sy memohon wang ehsan xdapat kerana dapat belajar kat kolej..tp kolej ni di bawah UTM.pendaftaran o kerana kami kalangan B40..sy harap pihak kerajaan pertimbangkan semula permohonan ini.sy bmerayu.trima kasih..klau dah memang xde rezeki ank sy xpe la.
Assalamualaikum..saya daapt tawaran ILP …Boleh ke saya Mohon Wang ehsan ni..
Assalamualaikum, saya pelajar IPTA kemasukan 2019. Adakah saya ini masih layak untuk memohon wang Ehsan pd tahun ini? Krn pd borang prmohonan tu ada thun kemasukan semasa sahaja 2020…
Terima Kasih.
Maaf bertanya untuk pengeluaran duit wang ehsan boleh ke dekat mana2 kaunter bsn? Walaupun bukan di bsn kelantan?
salam
mohon bantuan utk nak klik bhgn u mana jika dapat ipg
harap maklum
Kenapa saya dh memohon dri bulan 9 lagi tp tetap dalam proses?
Kalau sy belum ambik cek tu walaupun dh lebih 45 hari, duit tuh lesap ke?
Assalamualaikum admin, nak tanya kalau duit ehsan tu dalam proses pnyediaan bayaran, biasanya berapa lama baru dapat?
Cakap macam senang aje , tapi i sj dapat bantuan am , i seorang oku tp kenapa? Tak ada sesiapa yg ble beri pertolongan , harap harap ada orang ble tolong terangkan dan juga tolong dapat pertolongan, tk
Nak tanya kalau saya dah ada dekat kolej tapi tak boleh keluar, boleh ke hantar wakil untuk ambilkan dekat bank?
Sy pnya wang ihsan diluluskn. Tetapi sekarang pkp. So xleh g amik lg. Cnna ek?? Ad limit ke masa tamat ntk ambik tu?