[rank_math_breadcrumb]

8 Template Peta i-Think Kosong Bahasa Melayu (Bahan Mengajar Guru)

Buat cikgu-cikgu yang mencari template peta i-Think kosong untuk dijadikan bahan mengajar, anda boleh download peta iThink kosong kami sediakan dibawah.

Peta Pemikiran yang juga dikenali sebagai Peta iThink merupakan salah satu bahagian daripada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mana merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid.

Peta iThink

Peta i-Think ini amatlah digalakkan untuk diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) kerana ianya dapat membantu murid dalam melahirkan pemikiran yang kreatif dan kiritis.

Peta Bulatan (The Circle Map)

Peta Bulatan digunakan untuk mendefiniskan sesuatu perkara, menjana idea, menilai sesuatu perkara.

Peta Buih

Peta Buih digunakan untuk menerangkan sesuatu benda atau watak (kata atau frasa adjektif).

Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map)

Peta Buih Berganda digunakan untuk membandingkan atau membezakan sesuatu perkara.

Peta Pokok (The Tree Map)

Peta Pokok digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara mengklasifikasi atau membahagikan sesuatu perkara mengikut kelas/kategori.

Peta Dakap (The Brace Map)

Peta Dakap digunakan untuk menerangkan bahagian-bahagian sesuatu perkara secara menyeluruh dan terperinci.

Peta Alir (The Flow Map) 

Peta Alir digunakan untuk menyusun sesuatu plot, proses atau kronologi.

Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map) 

Peta Pelbagai Alir digunakan untuk membuat sebab dan akibat.

Peta Titi (The Bridge Map)

Peta Titidigunakan untuk membuat analogi (Mencari faktor penghubung).

Download Peta i-Think Kosong

Melur.net sediakan template kosong untuk peta iThink dalam bentuk hitam-putih dan format PDF. So cikgu-cikgu boleh terus print.

Dan kami sertakan sekali ruangan nama, kelas untuk diisi oleh pelajar sebelum menghantar kepada cikgu.

File: Template kosong Peta iThink
Format: A4 PDF (hitam-putih)
Sumber: Melur.net

Download Peta iThink

Bolehkah saya gunakan template peta iThink ini untuk pelajar saya?

Ya, cikgu boleh download dan print peta ithink yang kami sediakan ini sebagai bahan mengajar guru di dalam kelas.

Apakah format file template ini?

File yang kami sediakan adalah format PDF dan cikgu boleh terus print untuk diberikan kepada pelajar.

Bahan Mengajar Peta i-Think yang lain:

Kami listkan juga bahan mengajar lain berkaitan Peta i-Think untuk cikgu dibawah:

Kami harap perkongsian bahan mengajar untuk Peta Pemikiran Peta iThink ini dapat dimanfaatkan dan memudahkan lagi kerja cikgu.

Boleh klik share sekiranya bahan kami kongsikan ini membantu cikgu. Dan tinggalkan komen dibawah sekiranya terdapat cadangan lain.

Cik Melur

Cik Melur adalah seorang suri rumahtangga. Mempunyai sorang anak comel berusia 11 bulan.Suka menulis dan berkongsi kepada orang ramai.

Leave a Comment

Klik Share!

Kongsikan artikel 8 Template Peta i-Think Kosong Bahasa Melayu (Bahan Mengajar Guru) ini di sosial media anda. Melur ucapkan terima kasih untuk setiap share.