MELUR.NET Semakan Online Bantuan Kerajaan Pendidikan Destinasi
Post image for Tarikh Baru Peperiksaan UPSR, PT3, SPM 2020

Tarikh Baru Peperiksaan UPSR, PT3, SPM 2020

Seperti kita ketahui sekarang, dunia sedang terlibat dalam penyebaran virus corona termasuklah Malaysia. Dan kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 dan ternyata PKP ini memberi kesan kepada semua orang. Sekolah terpaksa ditutup dan kedai hanya dibenarkan beroperasi separuh hari sahaja.

Disebabkan sekolah terpaksa ditutup, semestinya pelajar tidak dapat dapat meneruskan pelajaran dan sekiranya PKP ini terpaksa dilanjutkan, kemungkinan besar lebih banyak pembelajaran akan tertinggal.

Oleh itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang penjadualan semula tarikh peperiksaan untuk tahun 2020 yang dikendalikan oleh KPM termasuklah UPSR, PT3 dan SPM untuk memastikan semua kurikulum mata pelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh ditetapkan.

Penjadualan Semula Peperiksaan Dibawah KPM

Berikut adalah tarikh baru exam yang dipinda untuk rujukan pelajar dan ibubapa.


1. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi Sesi 2019/2020

Tarikh asal: 30 Mac 2020 – 6 April 2020
Tarikh baru: 20 April 2020 – 4 Mei 2020

2. Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2020

Tarikh asal: 28 Mac 2020
Tarikh baru: 5 September 2020

3. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

Tarikh asal: 4 Mei – 11 Mei 2020
Tarikh baru: 3 Jun – 12 Jun 2020

4. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)

Tarikh asal: 4 April – 6 April 2020
Tarikh baru: 27 April – 30 April 2020

5. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Tarikh asal: 4 Mei – 21 Mei 2020
Tarikh baru: 3 Jun – 18 Jun 2020

6. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Tarikh asal: 4 Mei – 21 Mei 2020
Tarikh baru: 3 Jun – 18 Jun 2020

7. Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)

Tarikh asal: 22 Jun 2020
Tarikh baru: Kekal

8. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Lisan

Tarikh asal: 2 Jun – 30 Jun 2020
Tarikh baru: Kekal

9. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Bertulis

Tarikh asal: 23 Jun – 25 Jun 2020
Tarikh baru: Kekal

10. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)


Tarikh asal: 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020
Tarikh baru: Kekal

11. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) – Pentaksiran Pusat

Tarikh asal: 28 September – 6 Oktober 2020
Tarikh baru: 28 September – 29 September 2020
(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

12. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) – Bertulis

Tarikh asal: 21, 22, 26 – 28 Oktober 2020
Tarikh baru: Kekal

13. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Bertulis


Tarikh asal: Fasa 1 (5 Oktober – 14 Oktober 2020)
Fasa 2 (2 November – 19 November 2020)
Tarikh baru: 16 November – 7 Disember 2020

14. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) -Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251

Tarikh asal: 2 November dan 3 November 2020
Tarikh baru: 16 November dan 25 November 2020

15. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Semester 2

Tarikh asal: 6,12,13 dan 14 Mei 2020
Tarikh baru: 18,19, 23 dan 24 November 2020

16. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan 1

Tarikh asal: 18,19, 23 dan 24 November 2020
Tarikh baru: 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020

17. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Semester 3

Tarikh asal: 3, 4, 5, 9 dan 10 November 2020
Tarikh baru: Kekal

18. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan 2

Tarikh asal: 25, 26, 30 November dan 1 Dis. 2020
Tarikh baru: 15 – 18 Mac 2021

✱ ✱ ✱ ✱

Bagi Peperiksaan STPM Semester 2 pula akan dianjak dari bulan Mei ke bulan November untuk memberi peluang sekolah menguruskan sukatan Semester 2 yang tertinggal.

Peperiksaan STPM Ulangan Semester 2 pula dianjak ke bulan Mac 2021.

Sebarang pindaan jadual akan dimaklumkan oleh KPM dari masa ke semasa.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, boleh hubungi bahagian Pusat Panggilan COVID-19 KPM di nombor 03-884 9383/ 8884 9325.

Artikel Menarik, Baca Lagi.

[display-posts orderby="rand" image_size="medium_large" wrapper="div" wrapper_class="display-posts-listing grid" meta_key="_thumbnail_id"]

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment