Sebagai ibubapa, kita hendaklah peka dengan kehadiran anak ke sekolah. Sekiranya anak tidak dapat hadir kesekolah, ibubapa hendaklah menghantar surat rasmi tidak hadir sekolah dan surat cuti sakit dari doktor kepada sekolah atau surat tunjuk sebab sebagai bukti kepada guru kelas dan juga guru besar.
Kita tidak mahu setiap kali ketidak-hadiran anak ke sekolah dikira sebagai ponteng kerana ianya memberi kesan kepada buku rekod kedatangan sekolah mereka selepas tamat sekolah.
Kenapa perlu menghantar surat rasmi? Ianya kerana surat rasmi digunapakai oleh semua individu atau syarikat bagi tujuan-tujuan rasmi untuk perhatian pihak penerima untuk tujuan seperti surat rasmi tidak hadir sekolah, surat permohonan, surat rayuan dan banyak lagi.
Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan kongsikan 6 contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah atau kuliah untuk sebab-sebab seperti:
Dan anda boleh download template contoh surat ini dalam format Ms Word (PDF tidak boleh edit) untuk kegunaan anda.
Download: 5 Contoh Resume Format Word
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Sekolah
Cara membuat surat ketidakhadiran ke sekolah ini mudah sahaja kerana kami sudah sediakan dalam Microsoft Word seperti dibawah:
-
Download contoh surat sakit
Pilih contoh surat yang anda inginkan dan klik Download.
-
Kemaskini maklumat
Buka file tadi dalam Ms Word dan masukkan maklumat yang diperlukan.
-
Print dan serahkan kepada sekolah
Print surat tadi dan hantarkan kepada guru/pihak sekolah.
Contoh surat rasmi ini juga boleh digunakan buat pelajar kolej / universiti yang tidak dapat hadir ke kuliah. Anda hanya perlu edit sedikit sebahagian ayat mengikut kesesuaian sebelum dihantar kepada lecturer.
Bagaimana nak download contoh surat tidak hadir sekolah ni?
Boleh klik pada butang ‘Download’ pada setiap tajuk surat tersebut.
Adakah contoh surat tidak hadir ke sekolah ini ada dalam format PDF?
Tiada. Format yang kami sediakan adalah format Ms Word untuk memudahkan anda membuat editing.
Contoh Surat Cuti Sakit
Sekiranya anak anda betul-betul tidak sihat seperti sakit seperti batuk, demam, selsema dan sakit perut dan perlu berehat di rumah, ibubapa boleh gunakan contoh surat cuti sakit ini.
Anak saya hafal sifir tak sampai seminggu. Ini teknik rahsia sifir yang saya ajar pada anak.
Pastikan anda telahpun merujuk anak anda kepada klinik untuk mendapatkan surat cuti atau MC dari doktor sebagai tanda sokongan untuk dilampirkan bersama surat nanti (jika perlu).
Tajuk: Surat Tidak Hadir Sekolah Kerana Sakit
Format: Ms Word
Contoh Surat: Bercuti Luar Negara
Sekiranya anda urusan di luar negara ataupun negeri dan perlu membawa seluruh keluarga bersama, sama-ada anda ada meeting di luar atau percutian, anda boleh gunakan format surat rasmi ini:
Tajuk: Surat Rasmi Bercuti Luar Negara
Format: Ms Word
Contoh Surat: Urusan Keluarga
Anda boleh menggunakan surat rasmi ini sekiranya anda ada urusan keluarga yang penting.
Anda boleh jelaskan mengenai urusan tersebut atau anda hanya nyatakan ianya urusan keluarga yang lebih bersifat peribadi.
Tajuk: Surat Rasmi Urusan Keluarga
Format: Ms Word
Contoh Surat: Balik Kampung
Mungkin anda perlu pulang ke kampung kerana melawat orang tua atau balik cuti raya lebih awal.
Tajuk: Surat Tidak Hadir ke Sekolah Balik Kampung
Format: Ms Word
Contoh Surat: Melawat Orang Sakit
Anda perlu melawat saudara atau sahabat sakit di hospital atau rumah mereka dan jarak perjalanan agak jauh dan perlu membawa keluarga bersama.
Tajuk: Surat Rasmi Melawat Orang Sakit
Format: Ms Word
Contoh Surat: Tidak Hadir Sebab Kematian
Biasanya pihak sekolah akan membenarkan cuti sekiranya berlaku kematian terhadap keluarga – nenek, atuk, ibu, bapa, bapa saudara dan sebagainya.
Anda boleh gunakan surat ini sebagai bukti ketidakhadiran.
Jika perlu, anda boleh sertakan sekali salinan sijil kematian sebagai bukti lampiran.
Tajuk: Surat Tidak Hadir ke Sekolah Sebab Kematian
Format: Ms Word
Anda juga boleh download template kosong surat cuti sekolah simple ini dalam format Ms Word.
Anda boleh tinggalkan komen dibawah untuk sebarang cadangan penambahbaikan template ini.
Sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda, sila klik SHARE kepada kawan-kawan yang lain.
Kenapa tak boleh download apa-apa? Bila tekan link, dia keluar “Nothing Here”
cuba download lagi sekali..link dah fix.
Assalamu’alaikum w.b.t. Terima kasih diucapkan kepada admin dan yang terlibat dalam pembikinan template surat cuti sekolah ini.
Template ini sangat berguna. Saya akan memanfaatkannya sebaik mungkin. Semoga tuan/puan yang terlibat beroleh pahala berlipat ganda daripada Allah s.w.t atas usaha tuan/puan membantu insan lain yang memerlukan bantuan,