Sedang mencari contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah atau Tenancy Agreement Contract? Anda boleh download template kosong surat sewa rumah ringkas dan simple dalam format Word dibawah.
Surat perjanjian sewa rumah
Surat perjanjian sewa-rumah ini adalah digunakan untuk memberi perlindungan kepada tuan rumah seperti anda dan juga penyewa rumah tersebut.
Format Kandungan surat sewa rumah
Format surat perjanjian sewa adalah berbeza mengikut rumah sewa tersebut, tapi secara umumnya ianya boleh dikatakan sama dari segi syarat-syarat utama dalam perjanjian sewa rumah.
Beli rumah RM50k jual balik RM100k. Dapatkan di Rahsia Rumah Lelong!
Setiap perjanjian surat sewa rumah yang lengkap mestilah mempunyai:
-
Muka hadapan surat perjanjian sewa rumah
Mengandungi detail ringkas antara nama tuan rumah dan penyewa seperti nama tuan rumah, nama penyewa, alamat rumah sewa dan tarikh perjanjian dibuat.
-
Maklumat penyewa
Merekodkan maklumat penting penyewa seperti alamat tempat kerja dan nombor telefon.
-
Jadual pembayaran
Mengandungi maklumat pembayaran (deposit rumah), sewa rumah bulanan, tarikh pembayaran dan tarikh sewa bermula.
-
Senarai inventori
Anda boleh senaraikan barangan di dalam rumah tersebut terutama yang membuat sewa semi-furnished dan fully-furnished.
-
Syarat-syarat perjanjian
Nyatakan dengan jelas syarat-syarat lain kepada penyewa seperti peraturan penggunaan rumah.
-
Tandatangan persetujuan sewa rumah
Akhir sekali, perlu ada tandatangan bahawa penyewa bersetuju dengan tenancy agreement tadi dengan tuan rumah.
Download Contoh Surat perjanjian sewa rumah
Contoh surat tenancy agreement ini boleh digunapakai untuk urusan sewa rumah dan juga sewa kedai di seluruh Malaysia.
Contoh surat perjanjian ini adalah lengkap dengan:
- Muka hadapan
- Maklumat penyewa
- Jadual pembayaran
- Senarai inventori
- Syarat-syarat perjanjian
- Tandatangan persetujuan
Anda boleh download 2 template kosong surat tenancy agreement dalam format Word (bukan PDF kerana tidak boleh edit) yang kami sediakan dibawah.
Kami galakkan anda download dan buka file di dalam komputer/laptop anda dan masukkan password melur.net.
Bagaimana untuk menggunakan Surat Perjanjian Sewa Rumah ini?
Anda hanya klik pada butang ‘Download’ ke dalam komputer anda dan boleh terus edit dalam Ms Word.
Bolehkah saya gunakan template Surat Sewa Rumah ini untuk kedai saya?
Ya boleh. Anda hanya perlu edit dan sesuaikan dengan kedai anda.
Surat Perjanjian Sewa Rumah Word Melur.net
Template surat perjanjian sewa ini khas dari Melur.net untuk anda. Anda boleh edit semula dalam Ms Word dan edit semula dengan memasukkan nama anda sebagai Tuan Rumah dan bakal penyewa.
Tajuk: perjanjiansewarumahmelur.doc
Format: Word
Password: melur.net
Surat Sewa Rumah Ringkas Word
Template Surat Sewa Rumah Ringkas ini sesuai digunakan untuk semua tuan rumah.
Untuk pemilik kedai atau premis perniagaan, anda boleh menggunakan template ini sebagai surat surat sewa kedai.
Tajuk: suratsewarumahringkas.docx
Format: Word
Password: melur.net
Selepas perjanjian dah dibuat dan dah siap sign, anda sebagai tuan rumah hendaklah mematikan setem dari LHDN untuk mengesahkan dokumen surat perjanjian dan barulah agreement antara tuan rumah dan tenancy tadi laku untuk dibawa ke mahkamah jika berlaku kejadian tidak diingini.
Kalau taknak pening-pening kepala, boleh beli je surat perjanjian sewa rumah lengkap ini Sewanify.com.
Untuk yang ada rumah landed, korang boleh buat permohonan lampu jalan TNB ini. Hanya bayar RM10 sebulan dan jalan rumah anda akan terang-benderang.
BAHAN YANG DIBERIKAN ADALAH PERCUMA. Jika anda “share” di media sosial ataupun website anda, sila berikan kredit semula website melur.net. Kami menghargai jasa baik anda. Sekiranya terdapat persoalan tentang template tenancy agreement ni, anda boleh ajukan dalam ruangan komen dibawah.