Semakan Permohonan Bantuan RM500 Pemandu E-hailing

bantuan pemandu ehailing

[adstext1]

Baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan insentif bantuan secara one-off melalui skim Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM500 pemandu e-hailing seperti Grab, Maxim, MyCar dan sebagainya untuk meringankan beban golongan pemandu yang terkesan kerana kekurangan pelanggan ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Syarat Kelayakan Untuk Permohonan BPN Pemandu E-hailing

Berikut adalah antara syarat-syarat yang ditetapkan untuk seseorang pemandu e-hailing menerima insentif bantuan RM500 ini:

[adspostresponsive]

1. Mestilah seorang pemandu sepenuh masa.

2. Pendapatan bulanan bayaran tambang kasar sekurang-kurangnya RM1200 (dikira mengikut bulan November 2019, Disember 2019 dan Januari 2020).

3. Mestilah seorang rakyat Malaysia.

4. Harus memiliki lesen PSV yang masih dalam tempoh sahlaku dari JPJ.

5. Kenderaan hendklah telah dilesenkan dengan eVP oleh APAD.

6. Pemandu tidak menerima bantuan pemandu teksi RM600.

Cara Memohon & Semakan Insentif Pemandu E-hailing

[adspostresponsive]

Ramai pemandu e-hailing tertanya-tanya bagaimanakah mereka dapat memohon bantuan ini.

Jawapannya adalah kerajaan akan memberikan dana bantuan ini kepada e-Hailing Operators (EHO) masing-masing. Contoh Grab, Maxim, Mycar dan sebagainya.

Dan pembayaran akan dibuat oleh EHO masing-masing kepada pemandu yang layak.

Bantuan akan diterima seawal-awalnya pada 20 April 2020 dan pemandu boleh semak status kelayakan dengan EHO masing-masing.

Pemandu E-hailing Part Time Tidak Layak Bantuan Ini?

Untuk pemandu part-time, anda masih boleh membuat rayuan nanti.

Cara Membuat Rayuan Insentif Pemandu E-hailing

Jangan bimbang sekiranya anda tidak layak. Anda masih boleh membuat rayuan permohonan masih di portal APAD pada Mei nanti (portal rayuan sedang dibangunkan).

SOAL-JAWAB

Soalan: Bolehkah saya menggunakan portal Bantuan Prihatin untuk membuat semakan bantuan Pemandu e-Hailing RM500 ini?

Jawapan: Di portal Bantuan Prihatin tidak disenaraikan bantuan Pemandu e-Hailing ini.

 

Soalan: Sekiranya saya berdaftar dengan 2 syarikat e-hailing dan memandu untuk kedua-duanya, adakah saya menerima 2 kali bayaran intensif ini?

Jawapan: Setiap pemandu hanya layak mendapat 1 kali bayaran sahaja.

 

Soalan: Sekiranya saya memnadu teksi dan e-hailing, adakah saya mendapat kedua-dua insentif bagi pemandu teksi dan ehailing?

Jawapan: Pemandu teksi yang sudah menerima bantuan RM600 tidak layak menerima bantuan pemandu e-hailing.

 

Soalan: Saya merupakan pemandu e-hailing sepenuh masa dan pendapatan saya kurang RM1200 sebulan sedangkan syarat kelayakan hendaklah RM1200 sebulan. Apa yang perlu saya buat?

Jawapan: Anda boleh membuat rayuan di portal APAD yang akan dibangunkan selepas Mei 2020 nanti.

 

Soalan: Bolehkah saya memohon bantuan lain selain daripada bantuan ini?

Jawapan: Sila rujuk kelayakan individu Bantuan Prihatin Nasional .

 

Soalan: Saya telah membuat semakan dengan EHO dan mereka mengatakan saya tidak layak sedangkan saya memang layak. Apa patut saya buat?

Jawapan: Anda dinasihatkan mengemaskini status dengan EHO dan membuat rayuan kembali di portal APAD (sedang dibangunkan) kerana nama yang layak diberikan oleh EHO masing-masing kepada APAD.

 

Soalan: Saya pemandu e-hailing part-time. Adakah saya layak?

Jawapan: Tidak layak kerana bantuan ini adalah khusus kepada pemandu sepenuh masa sahaja. Namun anda boleh membuat rayuan pada Mei nanti.

 

Untuk sebarang pertanyaaan, anda boleh terus menghubungi talian Menteri Pengangkutan (MOT) di 1-800-88-7723 atau tinggalkan komen anda di bawah ini.

26 comments

  1. Saya Wong Yoke Kuan, masa penuh pemandu e-hailing ingin memohon bantuan BPN e-hailing Rm500 supaya ringankan beban hidup selepa Dengan ujudnya covid, pendapatan kurang 95%, dengan beban kereta sew a swasta
    Rm 1800 Bulanan,
    Harap pemohohan bantuan BPN e-hailing dapat untuk ringankan beban hidup.
    Sekian terima kasih.
    Salam sihat

      1. Hasil semakan, nama saya tersenarai sebagai LAYAK untuk terima Bantuan RM500 E-Hailing. Sehingga kini masih blum terima bantuan tersebut. Bilakah bantuan tersebut akan diagihkan kepada yang tersenarai sebagai LAYAK? Mohon ketetapan satu tarikh pembayaran tersebut. Setahu saya bantuan tersebut telah diterima dari Kementerian Kewangan untuk disalurkan kepada pemandu yang layak. Terima kasih.

  2. PM atau kerajaan dah umumkan bantuan rm500 utk pemandu e-hailing seramai 120ribu,janganla pandai2 buat undang2 sendiri.Nak kira income dari bulan tu bulan ni la,sy fulltime tapi tak dapat jgak.Perbuatan tu menganiaya kami pemandu e-hailing,semoga dapat balasan org2 tertentu tu..

  3. What rules are this……..need to do rm1200 than only alligeble for the prihatin rm500….part time and full time drivers are the same…..both parties must follow the rules to drive grab than why is the benefit only for fulltime drivers…..and with the income rm1200….the prihatin aid is a helping hand during the lockdown period……its not a must to drive during lockdown period….each and everyone have their own reason for doing so…pls reconsider the prihatin rm500 for all drivers whether part time or fulltime as all drivers are part of grab team..

    1. Saya pemandu Grab full time tapi belum dapat 500 tu, keadaan makin teruk. Bila nak masuk tuan. Saya ada bukti Grab Annual statement Mungkin bula Januari saya tak cukup kerana kena culik selama 23 hari. Saya ada repot polis berkenaan

  4. semua pemandu e-hailing yang berdaftar sepatutnya mendapat bpn. Tetap kan bantuan insentif mengikut kelayakan masa berkerja. sekurang-kurangnya cara ini bersifat adil kepada pemandu yang di istihar Tidak Layak.

  5. Saya driver grab fulltime ( JB ), Saya memiliki kesemua syarat yg di tetapkan ( PSV, EvP, Warga Malaysia, Driver Sepenuh Masa dan Pendapatan kasar purata dari Sept. 19 hingga Jan. 2020 adalah rm4,000 sebulan tetapi kenapa saya tidak menerima BPN e-hilling rm500 sehingga sekarang…

  6. Assalamualaikum..kenapa saya tidak layak dapat bantuan BPN E-HILLING,Syarat2 smua dh buat, psv,evp..tapi saya tidak mempunyai kerja tetap

  7. Saya salah seorang pemandu taksi bahagian sabah dimana permit berdaftar dengan LPKP Sabah…. Merujuk kepada bantuan prihatin 600 saya telah membuat semakan web yang do sediakan tapi keputusan yang saya dapat (maklumat tidak terdapat dalam sistem) saya nak tanya apa masalahnya harap pihak terlibat dapat memberi penjelasan

  8. Sy sebagai pemandu kereta sewa no kereta sewa WUL 9302 di Tapah perak no Mykad 560309085897 .beralamat A202 tmn seri Gemilang Pprt Jalan Chenderiang lama 35000 Tapah perak….no talian 0175632120
    Terima kasih kepada Yb mb perak di atas menyokong masyarakat pemandu pemandu teksi dan kereta sewa di negeri perak.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *