Dengan dunia yang semakin canggih, anda kini boleh semak saman JPJ dan saman Polis PDRM dengan pantas secara online dan sms.
Tak perlu lagi anda ambil nombor dan beratur pagi-pagi lagi di hadapan kaunter JPJ atau Polis untuk check saman kereta/kenderaan anda. Kini, semuanya dihujung jari sahaja.
Dibawah ini kami sediakan panduan membuat semakan online saman Polis/JPJ/AES dan membayar saman tersebut.
Diskaun Saman 2019
Diskaun Saman Polis Trafik
Diskaun saman trafik sebanyak 50 peratus oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak sempena program Jom Sambut Ramadan 2019. Sebanyak tiga kaunter dibuka dari dari pukul 9 pagi hingga 4 petang di perkarangan Masjid Daerah Kerian di Parit Buntar untuk pembayaran diskaun saman kesalahan trafik ini.
Tawaran diskaun ini adalah untuk semua jenis kesalahan trafik kecuali saman kemalangan, saman berstatus tiada kompaun (NC), saman Op Selamat tahun semasa, saman berstatus mahkamah dan juga saman berkaitan lori.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad mengatakan 6 kaunter dibuka untuk orang ramai membuat semakan saman dan bayaran saman yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang, pada 3 dan 4 Ogos 2019 di Dataran Pahlawan, lokasi pelancaran itu.
Semakan Saman Online
Anda boleh menggunakan 4 portal untuk menyemak saman terkini:
- Portal SSO Polis PDRM – Semakan saman trafik dan polis
- Portal JPJ – Check saman JPJ dan AES
[adstext1]
- Portal MyEG – Semakan saman Polis, JPJ, AES
- Portal Rilek – Check saman Polis, JPJ dan AES
Semakan Saman SSO Polis PDRM
Bagi saman trafik pula, anda boleh buat semakan melalui portal khas Polis PDRM yang diberi nama Sistem Semakan Online (SSO).
- Layari Portal SSO Polis PDRM di www.sso.rmp.gov.my
- Sila Daftar terlebih dahulu kemudian klik Login
- Kemudian klik pada button Status Saman
- Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan anda untuk semakan saman
Semakan Saman Portal JPJ
Di portal JPJ, anda hanya boleh membuat semakan saman JPJ dan AES (AES adalah dibawah bidang kuasa JPJ) dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan (no IC) dan nombor kenderaan sahaja.
Saman JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
Saman AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
- Layari portal JPJ di www.jpj.gov.my
- Klik pada Semakan Saman
- Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
- Klik butang Semak
- Sistem akan menunjukkan laporan saman sekiranya kenderaan anda disaman JPJ / AES
Sekiranya anda mahu membuat pembayaran manual saman anda di kaunter JPJ, sila semak dahulu waktu operasi JPJ berhampiran anda.
Untuk pendaftaran nombor baru kenderaan, anda boleh buat semakan nombor plate secara online sahaja.
Semakan Saman MyEG
Anda boleh menjimatkan masa untuk check semua saman anda di atas hanya di portal MyEG.
Anda juga boleh terus membuat pembayaran saman secara online di MyEG.
- Pergi ke portal MyEG di www.myeg.com.my
- Daftar terlebih dulu sekiranya menggunakan servis ini untuk pertama kali.
- Kemudian login dengan nama dan kata laluan anda.
- Klik Services pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Bagi saman AES, sila pilih JPJ.
- Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.
Semakan Saman Portal Rilek
Satu lagi cara untuk semak dan terus bayar saman anda secara online adalah melalui portal Rilek.
Anda boleh buat pembayaran saman menggunakan internet banking seperti Maybank2u, Cimbclicks, RHB dan PublicBank Online.
- Pergi ke portal RILEK – www.rilek.com.my
- Daftar sebagai pengguna untuk mereka yang belum ada akaun
- Kemudian Login untuk masuk
- Klik pada menu Search By dan pilih JPJ / Polis
- Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak
Check Saman SMS
Selain semakan saman online di portal-portal diatas, anda juga boleh membuat semakan saman SMS melaui perkhidmatan mySMS.
Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak 15 sen dan caj 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.
Semak Saman Polis SMS
- Taip POLIS SAMAN jarak No. Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN DCB7070
Atau
- Taip POLIS SAMAN jarak No. IC
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN 901216036085
Check Saman JPJ SMS
- Taip JPJ SAMAN jarak No. IC
- Hantar ke 15888
- Contoh: JPJ Saman 901216036085
Atau
- Taip JPJ SAMAN jarak No. Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh: JPJ Saman DCB7070
Baca juga: 42 Lokasi AES & Speed Trap (Kemaskini JPJ 2019)
Jangan biarkan saman anda tertunggak lama sehingga menyebabkan kereta Honda dan motorsikal anda diblacklist oleh JPJ/PDRM.