Post image for Portal FOMEMA: Registration & Check FOMEMA Online Results Foreign Workers

Portal FOMEMA: Registration & Check FOMEMA Online Results Foreign Workers

Portal FOMEMA adalah untuk registration foreign worker untuk medical checkup dengan panel klinik/doktor yang telah ditetapkan. FOMEMA online results akan diberikan secara online di portal FEMOMA.

Setiap majikan – individu mahupun syarikat yang ingin menggunakan pekerja asing (foreign worker) termasuklah orang gaji (maid online) mestilah membuat pendaftaran pemeriksaan FOMEMA ini sebelum pekerja asing itu diberikan visa/permit kerja di Malaysia oleh pihak Imigresen Malaysia.

Sekiranya pekerja asing itu gagal dalam pemeriksaan kesihatan ini, majikan hendaklah menghantar pekerja itu pulang ke negara asal mereka.

FOMEMA : Foreign Workers’ Medical Examination Online

FOMEMA atau nama penuhnya Foreign Workers’ Medical Examination Online adalah satu organisasi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan peringkat pertama untuk pekerja asing yang tinggal dan bekerja di Malaysia dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit kepada orang ramai.

Sehingga sekarang, FOMEMA mempunyai panel perubatan di seluruh negara – lebih daripada 4,000 klinik, pusat X-ray dan makmal perubatan untuk menjalankan pemeriksaan fizikal, pemeriksaan sinar-X dan ujian makmal untuk memudahkan pekerja asing membuat program pemeriksaan perubatannya.

Portal FOMEMA: FOMEMA Online Form Registration For Foreign Workers

Setiap majikan yang ingin membuat pemeriksaan perubatan @ medical screening untuk pekerja asing hendaklah membuat pendaftaran secara online terlebih dahulu di Portal FOMEMA.

fomema medical examination process

Berikut adalah panduan untuk membuat pendaftaran pemeriksaan perubatan pekerja asing di FOMEMA:

Every employer who want to make a medical screening for a foreign worker must register online first at the FOMEMA Portal. This is the guidelines for registering foreign medical examinations at FOMEMA:

Langkah 1 – Daftar Majikan/FOMEMA Online Registration

• Buat pengguna/majikan baru, klik ‘REGISTER’ terlebih dahulu untuk mendaftar di portal.fomema.my

fomema online registration

• Kemudian, Borang Pendaftaran Majikan akan dipaparkan. Sila pilih jenis majikan yang anda mahu mendaftar – Individual, Company atau Maid Online. Isi semua maklumat yang diperlukan termasuk salinan kad pengenalan anda dan salinan permit kerja (pekerja).

fomema registration form employer

• Selepas siap mengisi semua maklumat diperlukan, klik butang ‘SUBMIT REGISTRATION’.

• Sekiranya pendaftaran anda berjaya, satu notis akan dipaparkan dan anda dikehendaki semak email anda untuk tujuan pengesahan.

pendaftaran fomema pekerja asing

• Kemudian, buka emel anda yang anda daftarkan tadi dan cari emel FOMEMA. Klik pada link pengesahan yang diberikan di dalam emel untuk emel seterusnya yang mengandungi menerima Employer Code dan login ke portal FOMEMA.

Langkah 2 – Daftar Pekerja

• Sekarang anda sudah boleh login ke portal FEMOMA menggunakan Employer Code dan kata laluan yang anda dapat tadi.

• Ada 5 langkah untuk pendaftaran online pemeriksaan kesihatan pekerja asing

  1. buat biodata pekerja
  2. daftar pekerja dan doktor pilihan
  3. semak perkerja dan pilih pembayaran
  4. buat pembayaran online
  5. print borang pemeriksaan perubatan

• Klik butang ‘START’ dan anda boleh mulai menambah pekerja ke dalam sistem dan ikuti proses seterusnya sehingga ke bahagian payment FOMEMA dan sampai ke bahagian print borang pemeriksaan perubatan pekerja.

Langkah 3 – Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing

• Selepas pendaftaran selesai, anda perlu mencetak fomema medical check up form dan membawanya ke klinik

example medical examination form fomemaContoh Medical Examination Form FOMEMA

• Setiap pekerja asing dibenarkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan X-ray di klinik panel seperti yang tercatat dalam borang (borang yang anda print tadi) dalam masa 30 hari pendaftaran pekerja asing di FEMOMA.

• Pekerja asing perlu melalui proses pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum melakukan proses X-ray

• Sila pastikan doktor telah mengisi bahagian tarikh pemeriksaan selepas pemeriksaan dibuat.

Langkah 4 – Semakan Status Pemeriksaan Kesihatan/ FEMOMA Online Result Check

• Status keputusan pemeriksaan FOMEMA akan keluar dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan dibuat dan anda boleh semak fomema online medical results check di:

  • Laman web : www.fomema.com.my
  • Hubungi Jabatan Perkhidmatan Pelanggan FOMEMA di 03 2782 8777

• FEMOMA akan menghantar keputusan tadi kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

FOMEMA Payment Method

Caj atau fee yang dikenakan untuk medical checkup untuk 1 pekerja saing hanyalah RM 191.00 dan majikan boleh membuat payment fee terus secara online menggunakan sistem Financial Process Exchange (FPX).

Sistem ini akan menghubungkan terus dengan 15 bank berdaftar termasuk Maybank, CIMB, Hong Leong dan lain-lain di dalam portal untuk memudahkan payment FOMEMA dibuat.

FOMEMA Online Check Clinic/Doctor

• Untuk memudahkan urusan anda, anda juga boleh membuat semakan doktor panel FOMEMA di kawasan berhampiran anda di semua negeri di fomema.com.my/index.php/doctor-availability

• Majikan hendaklah mempertimbangkan untuk memilih doktor lain jika doktor pilhan tidak boleh didapati pada masa pendaftaran.

✱ ✱ ✱ ✱
Sekiranya anda memerlukan bantuan segera boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Pelanggan FOMEMA di 03 2782 8777 atau email cs@fomema.com.my.

Anda juga boleh bertanyakan pada ruangan komen dibawah sekiranya terdapat sebarang masalah dan soalan.

Kata Carian:

  • keputusan medical test FOMEMA
  • check fomema result online
  • fomema online result
  • portal fomema

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment