Permohonan Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN) 2019/2020

Info lengkap tentang Permohonan Pinjaman YAKIN 2019/2020, Syarat Permohonan YAKIN dan Cara Semakan Permohonan Yayasan Kelantan. Anda boleh bookmark portal ini untuk rujukan di masa hadapan.

YAKIN atau nama penuhnya Yayasan Kelantan Darulnaim menawarkan bantuan pendidikan dalam bentuk pinjaman pelajaran YAKIN kepada anak-anak Kelantan yang berkelayakan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA tempatan dan juga universiti luar negara yang yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

YAKIN telah meluluskan 1451 permohonan pinjaman untuk ijazah daripada 2654 permohonan yang diterima dan sebanyak 461 kelulusan pinjaman bagi diploma daripada 755 permohonan yang diterima sejak dari tahun 2013-2015.

Pinjaman pendidikan Yayasan Kelantan ini diberikan kepada pelajar peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah.

Bantuan pinjaman YAKIN ini adalah untuk pelajar yang baru mendapat kemasukan ke universiti. Bagaimanapun, permohonan untuk tahun lain – tahun 2,3 dan 4 akan dipertimbangkan permohonan dengan melihat CGPA pelajar.

Syarat Permohonan Pinjaman YAKIN

  1. Warganegara Malaysia peranakan Kelantan (rakyat Kelantan) atau bermastautin di Kelantan.
  2. Telah mendapat tawaran kemasukan ke mana-mana IPTA sama ada diploma atau ijazah.
  3. Mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu untuk SPM.
  4. Tidak melebihi umur 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  5. Pelajar-pelajar IPTA yang berada di tahun 2, 3 dan 4 semasa memohon akan dipertimbangkan permohonan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya.
  6. Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain adalah tidak layak untuk memohon.

Cara Memohon Pinjaman Pelajaran YAKIN

Kini, anda tidak lagi perlu beratur dan mengambil borang permohonan di pejabat YAKIN. Anda boleh membuat permohonan terus secara online.

Berikut adalah cara-cara untuk memohon pinjaman YA-KIN:

borang permohonan pinjaman yakin kelantan

1. Pergi ke website www.espmb.com/yakin untuk borang permohonan YAKIN dan klik pada ‘Permohonan YAKIN’.

2. Lengkapkan semua maklumat yang diminta dalam borang.

3. Cetak permohonan yang telah lengkap tadi.

4. Hantarkan borang permohonan bersama dokumen sokongan (yang telah disahkan) yang diperlukan kepada:

Pengarah
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
Jalan Gajah MAti
15000 Kota Bharu, KELANTAN
Tel : 09-7483213 / 7446127


5. Pemohon boleh menyemak status permohonan di www.espmb.com/yakin pada bahagian ‘Semakan Online’ dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan ditutup.

6. Permohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dua (2) set dokumen perjanjian di www.espmb.com/yakin.

7. Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat tawaran diterima.

Tarikh Tutup Permohonan YAKIN 2019/2020

Peringkat Sijil/Diploma: Sudah Ditutup

Peringkat Ijazah: Sudah Ditutup

Sila bookmark portal ini untuk mengetahui info tarikh permohonan tahun hadapan.

Semakan Permohonan Pinjaman Pendidikan YA-KIN 2019/2020

Status permohonan pinjaman pendidikan ini boleh disemak dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan ditutup.

semakan permohonan pinjaman pendidikan yakin

Pemohon boleh membuat semakan online status permohonan di www.espmb.com/yakin pada bahagian ‘Semakan Online’ dengan hanya memasukkan No Kad Pengenalan dan No Siri Permohonan.

Info: Semakan Permohonan YAKIN Peringkat Sijil/Diploma Bagi Sesi 2019/2020 sudah boleh disemak. Pemohon yang berjaya dikehendaki menghantar dokumen lengkap sebelum atau pada 15 Oktober 2019.

✱ ✱ ✱ ✱
Kepada pemohon yang menghadapi masalah semasa mengisi borang permohonan, sila dapatkan panduan cara-cara mengisi borang permohonan YAKIN.

Semoga berjaya diucapkan kepada pemohon.

Sekiranya anda mempunyai persoalan, sila ajukan dalam ruangan komen dibawah.

Kata Carian:

  • semakan pinjaman yayasan islam kelantan

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment