Post image for Petua Hilangkan Sakit Gigi Paling Simple & Berkesan Dengan Kos 20sen Sahaja!

Petua Hilangkan Sakit Gigi Paling Simple & Berkesan Dengan Kos 20sen Sahaja!

Sakit gigi ni kadang-kadang datang secara tiba-tiba. Tengah elok duk makan daging bakar, tiba-tiba sakit gigi geraham yang berlubang tu. Sebabnya daging tu masuk dalam gigi yang berlubang tadi.

Nak pergi klinik gigi takut kena cabut. Maklumlah gigi geraham yang berlubang ni susah sikit nak cabut.

Kos cabut gigi klinik pun mahal. Harga rawatan biasanya antara RM150 – RM1500 bergantung kepada klinik.

Apakata cuba petua hilangkan sakit gigi yang simple dan berkesan ini dengan kos yang sangat murah iaitu tidak sampai RM0.20 sahaja.

Petua ini boleh digunakan untuk kanak-kanak dan juga ibu mengandung.

Hilangkan Sakit Gigi Dengan Kos 20sen sahaja!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • seulas bawang
  • sedikit garam

Cara menggunakannya pun senang dan simple. Anda hanya perlu tumbuk bawang putih tadi bersama garam. Kemudian tempek dekat gigi/gusi yang sakit tadi.

Tunggu beberapa ssaat dan terus hilang sakit gigi tadi..

Tips tambahan: Anda juga boleh beli ubat kumur Oradex kt farmasi. Insha-Allah mcm cubit tauk buang. Hilang sakit di gigi tu.

Seminggu berguling-guling sakit gigi berubat kampung, pi klinik gigi merata.. Semua tak boleh buat apa sebab pregnent.. last-last kak Norhashikin Ahmad bagi petua, tumbuk bawang putih dengan garam, tempek kat gigi yang skit.. memang ajaib terus hilang sakit oii.. hebat sangat petua ni…hampa2-hampa yang sakit gigi tu boleh cuba. – dikongsikan di FB Noraini Ahmad Anne

Selamat mencubaa!

Kata Carian:

  • petua sakit gigi
  • tips kurangkan sakit gigi berlubang

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment