Post image for Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Sesi 2019/2020

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Sesi 2019/2020

Permohonan dan borang MRSM tingkatan 1 dan 4 untuk sesi 2020 kini dibuka dari 8 September 2019 – 30 November 2019.

Buat pelajar lepasan Tahun 6 dan Tingkatan 3 atau ibubapa yang berminat untuk menghantar anak melanjutkan pelajaran MRSM untuk Tingkatan 1 dan 4 bolehlah membuat permohonan MRSM secara online segera tanpa menunggu keputusan UPSR/PMR.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)


Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sistem pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif & berintegriti.

Bemula tahun 2002, nisbah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di MRSM adalah 90% bumiputera dan 10% bukan bumiputera.

Walau bagaimanapun, hanya MRSM tertentu sahaja mempunyai pelajar bumiputera dan bukan bumiputera. MRSM PKP dan MRSM Ulul Albab hanya mempunyai pelajar bumiputera sahaja.

Program MRSM

Ramai sudah sedia maklum MRSM adalah antara sekolah terbaik di Malaysia selain Sekolah Berasrama Penuh (SBP). MRSM telah memperkenalkan banyak program baru untuk pelajar sesuai dengan peredaran masa seperti:

  • Program IGCSE – Sistem pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan IGCSE dalam tempoh tempoh lima tahun pengajian. Pelajar menduduki kedua-dua peperiksaan iaitu Cambridge IGCSE semasa di Tingkatan 4 dan SPM semasa di Tingkatan 5
  • International Baccalaureate – Mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
  • Program Teknikal – Menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal.
  • Program Ulul Albab – Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah aktiviti-aktiviti yang termasuk dalam Program Ulul Albab seperti membaca Al-Quran, Hafazan, menunggang kuda, memanah, berenang dan lain-lain lagi.
  • Program Premier -Melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA sama seperti sekolah menengah lain dengan tambahan Kursus khas yang merupakan satu kursus yang menekankan nilai keusahawanan dan kemahiran insaniah.
  • Program Khas Pendidikan (PKP) – menawarkan pendekatan dalam pendidikan yang mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar. Program pintar cerdas (gifted) menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Sekiranya pemohon memilih MRSM yang menawarkan Program IGCSE, Program Ulul Albab atau Program Teknikal, pemohon dikehendaki menduduki ujian khas sebelum dipilih ke program tersebut.

Panggilan untuk ujian khas ini akan dihantar ke emel @ SMS pemohon.

Tarikh Permohonan MRSM 2019/2020

tarikh permohonan mrsm tingkatan 1 4Bagi pengambilan pelajar baru MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2020, permohonan kini dibuka bermula dari 8 September 2019 sehingga 30 November 2019.

Pemohon boleh segera membuat permohonan tanpa menunggu keputusan UPSR/PMR.

Yuran Pendaftaran MRSM

Yuran pendaftaran bagi pelajar baharu Tingkatan 1 dan 4 untuk kemasukan ke MRSM 2019/2020 adalah sebanyak RM342 dimana sebahagian besar yuran itu digunakan untuk menampung aktiviti pelajar sepanjang pembelajaran mereka di MRSM.

Walaubagimanapun, MARA memberikan kelonggaran kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran pendaftaran dengan membuat bayaran ansuran atau memohon penangguhan bayaran.

MRSM juga menyediakan bantuan pelajaran kepada pelajar yang layak iaitu bantuan wang saku RM50 sebulan atau dikecualikan daripada bayaran caruman RM60 setiap bulan.

PerkaraBayaran
Bayaran Extra-Mural RecreationRM 50.00
Bayaran Wang CarumanRM 60.00
Skim Takaful Insurans Pelajar MRSM (Termasuk Cukai Jualan 6%)RM 14.00
Khidmat DobiRM 10.00
Saham KoperasiRM 21.00
Yuran Pendaftaran MuafakatRM 20.00
Yuran Keahlian MuafakatRM 50.00
Program Penyesuaian DiriRM 20.00
Majalah MaktabRM 20.00
Bayaran Badan Wakil PelajarRM 7.00
Bayaran Kertas UjianRM 20.00
* Ujian Cambridge Lower Secondary 1 (Tingkatan 2)RM 405.00
* Peperiksaan Cambridge IGCSE (Tingkatan 4)RM 2130.00

.
* Bayaran tambahan bagi pelajar yang ditawarkan MRSM program SPMRSM IGCSE. Bayaran ini adalah tanggungan ibu bapa/penjaga pelajar.

Syarat Kemasukan MRSM 2019/2020

Berikut adalah antara syarat permohonan MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4:

• Pemohon mestilah warganegara Malaysia

• Ibu/bapa adalah warganegara Malaysia

• Pemohon hendaklah memohon MRSM secara online.

• Pemohon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang & aktif dalam ko-kurikulum & bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan

• Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit

• Pemohon mestilah sihat tubuh badan, tiada masalah mental dan bebas penyakit kronik – masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan yang boleh membataskan penglibatan aktiviti ko-kurikulum

• Pelajar kurang upaya mestilah pemohon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain

• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

• Untuk kemasukan Tingkatan 1, pemohon mestilah telah menagmbil Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan KoKurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

• Untuk kemasukan Tingkatan 4, pemohon mestilah telah mengambil Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometerik (PPsi)

Borang Permohonan MRSM 2019/2020

Untuk permohonan MRSM 2019/2010, semua borang permohonan boleh didapati secara online. Berikut adalah langkah mendapatkan borang MRSM:

1. Untuk pemohon baru, anda dikehendaki mendaftar telebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan permohonan dengan hanya memasukkan no kad pengenalan sahaja:

PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM

2. Selepas mendapat kata laluan tadi, barulah pemohon boleh mengisi Borang Permohonan MRSM. Klik pautan dibawah untuk ke borang permohonan.

borang permohonan mrsm 2019/2010

3. Lengkapkan borang permohonan tadi dengan mengisi semua maklumat yang diminta. Pemohon boleh baca (Panduan Bergambar) Cara Mengisi Borang Permohonan MRSM sekiranya memerlukan bantuan mengisi borang.

4. Setelah selesai, print borang tadi untuk rujukan anda.

5. Bagi menyemak semula maklumat permohonan, sila masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan di laman log masuk (semak langkah 2).

✱ ✱ ✱ ✱
Sekiranya terdapat sebarang masalah @ soalan, boleh ajukan dalam ruangan komen dibawah.

Semoga berjaya diucapkan kepada pemohon!

Kata Carian:

  • permohonan mrsm tingkatan 4 2019
  • yuran bayaran tingkatan 3 mrsm mukah 2019

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment