Cara Mohon Lampu Jalan TNB RM10/sebulan (Download Borang Permohonan)

Ramai yang tidak tahu, anda boleh membuat permohonan lampu jalan TNB dihadapan rumah dengan hanya RM10 sebulan. Murah dan terang! Jom semak cara mohon lampu jalan untuk rumah anda.

Setiap tiang lampu yang anda mohon tidak boleh menghala ke rumah anda semata-mata (kena share dengan orang ramai).

Untuk membuat permohonan lampu jalan ini anda mestilah merupakan pelanggan TNB kerana caj akan dikenakan terus ke dalam akaun TNB.

Kos pemasangan lampu jalan TNB

Antara caj kos yang akan dikenakan:

  • caj pemasangan / penyambungan tiang (one-time payment)
  • caj bulanan RM10.00

Caj pemasangan akan ditentukan selepas lawatan tapak dilakukan dan caj bulanan lampu akan dimasukan ke dalam bil anda.

Cara mohon lampu jalan TNB

permohonan lampu jalan tnb

Untuk mohon tiang lampu jalan dari TNB, anda hendaklah membuat permohonan secara online manual (tiada permohonan online dibuka) ke cawangan TNB berhampiran anda.

  1. Dapatkan borang Lampu Jalan Individu

    Boleh download borang Lampu Jalan Individu di bawah atau dapatkan di pejabat TNB.

  2. Lengkapkan borang

    Lengkapkan borang dan bersama ilutrasi (lukisan) pelan kedudukan lampu yang anda mahukan.

  3. Hantar borang bersama dokumen sokongan

    Hantarkan borang yang lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pejabat TNB berhampiran.

Salinan dokumen yang diperlukan adalah:

  • Borang permohonan Lampu Jalan Individu
  • Salinan bil terkini untuk premis berkenaan
  • Salinan kad pengenalan pemilik akaun

Anda juga boleh melantik mana-mana jurutera perunding dan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memohon untuk anda.

Borang permohonan lampu jalan TNB

Anda boleh dapatkan borang Lampu Jalan Individu TNB dibawah atau boleh dapatkan terus walk-in ke pejabat TNB berhampiran.

cara memohon lampu jalan tnb majlis daerah

Nama: Borang TNB Lampu Jalan Individu
Format: PDF
Password: melur.net

*Sila buka di dalam komputer/laptop anda dan masukkan password melur.net.

Klik share sekiranya artikel ini membantu anda untuk mohon lampu jalan rumah anda. Sekiranya terdapat persoalan boleh ajukan dalam ruangan komen dibawah.

Sumber rujukan: Portal TNB dan Facebook TNB

6 thoughts on “Cara Mohon Lampu Jalan TNB RM10/sebulan (Download Borang Permohonan)”

  1. Maaf bertanya, boleh saya tahu, sekiranya permohonan telah lulus, bagaimana cara hendak membuat pembayaran? Dimanakah saya boleh melihat jumlah yang perlu dibayar? Dan adakah cara pembayaran nya sama seperti bayaran bill elektrik bulanan?

    Reply

Leave a Comment

Artikel Cara Mohon Lampu Jalan TNB RM10/sebulan (Download Borang Permohonan) membantu anda? Kongsikannya di sosial media anda juga.

https://melur.net/wp-content/uploads/2022/06/surat-tidak-hadir-sekolah-thumb-copy.jpg best
Tutup