Adakah ibu-ibu sedang survey untuk pendaftaran tadika Little Caliphs atau sedang survey yuran Little Caliphs?
Mesti ibu-ibu menganggap tadika swasta seperti Little Calips ni mahal kan? Jom baca dulu kelebihan belajar di tadika Little Caliphs untuk anak anda.

- Anak-anak dapat membaca dengan cepat melalui membaca melalui kaedah phonics suku kata a-ba-ca-da-fa dan mengecam suku kata melalui Pergerakan dan Flash Cards.
- Anak-anak diajar untuk mendirikan solat secara berjemaah bersama-sama dan belajar Pergerakan dan Bacaan Dalam Solat secara praktikal.
- Guru-guru yang terlatih dan dilatih dari semasa ke semasa untuk memberikan pengajaran yang terbaik kepada anak-anak.
Apa kata ibubapa pula mengenai tadika ini?
“Baru 3 bulan masuk Little Caliphs, Iman dah menguasai bacaan dalam solat”– Puan Siti Jauriah
“Saya terkejut Aisyah Dania dah boleh baca Whatsapp fon saya, dia baru 6 Tahun “– Puan Fazilah binti Hasan
Testimonial ini diperolehi daripada Tadika Little Caliphs dibawah naungan Tadika Khalifah Budiman
Yuran Little Caliphs 2022 / 2023
Untuk pengetahuan ibu-ibu semua, yuran Little Caliphs ini berbeza bagi setiap lokasi kerana ia juga dipengaruhi kadar sewa premis di bandar dan luar bandar.
Oleh itu, yuran tadika caliphs yang kami kongsikan ini hanyalah untuk gambaran awal mengenai charge fee yang dikenakan tadika Little Calips.
Pakej Little Caliphs | Yuran Pendaftaran | Fee Bulanan |
---|---|---|
5 tahun | RM1,626.00 – RM1,807.00 | |
6 tahun | RM1,666.00 – RM1,847.00 | |
Pra Tahfiz | RM1,729.00 – RM1,910.00 | |
Half-day | RM360.00 | |
Full-day | RM540.00 | |
Kelas tambahan: – berenang – taekwondo | RM120 |
Sesetengah tadika menawarkan kokurikulum tambahan seperti kelas swimming dan latihan taekwondo dengan fee tambahan. Ibu-ibu boleh semak dengan guru semasa mendaftar.
Semua fee dan yuran little caliphs hendaklah dijelaskan pembayaran sebelum sesi sekolah baru bermula.
Pendaftaran Tadika Little Caliphs (TLC)
Little Caliph menerima kemasukan anak yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun. Bagi ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka ke TLC bolehlah terus membuat registration dengan menghubungi tadika yang terdekat.
Atau boleh terus google ‘Little Caliph + daerah/kawasan rumah anda’ . Contoh ‘Little Caliph Kajang’.
Anda juga boleh rujuk senarai lokasi TLC ini di Portal Little Caliphs.
Proses Pendaftaran TLC
Ada 5 langkah untuk membuat pendaftaran anak anda ke Little Caliphs:
-
Pendaftaran secara online
Ibubapa sila dapatkan link pendaftaran online dari TLC masing-masing.
-
Temujanji dengan guru
Buat temujanji dengan guru untuk meninjau keadaan persekitaran premis tadika.
-
Isi borang yuran dan persetujuan
Mengisi borang dan membuat kiraan yuran tahunan dan dapatkan pengesahan daripada ketua guru dan sahkan terma & syarat perkhidmatan.
-
Bayaran deposit
Membuat bayaran deposit dan pembayaran penuh dan bulanan pertama pula sebelum sesi sekolah bermula.
-
Ambil barang sekolah anak
Mengambil kelengkapan pembelajaran anak yang telah dibeli di premis tadika.
Setiap anak yang mendaftar di Little-Caliphs akan mendapat:
- 2 pasang uniform
- 2 unit kopiah / tudung
- 1 pasang pakaian sukan mingguan
- 1 pasang pakaian sukan tahunan
- Buku & modul mengikut umur/peringkat mereka
- Takaful
Sekiranya ibu-ibu berminat untuk menghantar anak dan umur anak memenuhi syarat kelayakan, seeloknya ibu-ibu membuat registration Little Caliph lebih awal kerana tadika ini sentiasa penuh dan kemasukan agak terhad.
Ibu-ibu juga boleh buat pendaftaran PASTI yang lebih murah tapi silibus lebih kurang sama dengan Little Caliph.
Atau ibubapa mungkin berminat dengan Little Caliph. Boleh survey yuran Brainy Bunch 2022 / 2023 ini.
Rujukan: https://kathyjem.blogspot.com
Salam, Saya berminat nak tau lebih lanjut mengenai silibus di little caliph, anak umur 4 tahun tahun 2023
Harga yuran dan pendaftaran berbeza ya. Ikut kawasan dan lokasi . Jadi x bole guna jadual dia atas. Kene rujuk terus ke cawangan berdekatan.