Pendaftaran Tadika & Yuran Brainy Bunch 2022 / 2023

yuran tadika brainy bunch

Jom survey pula Yuran Brainy Bunch dan cara untuk membuat pendaftaran tadika Brainy Bunch.

Mungkin ramai ibubapa tidak tahu bahawa Brainy Bunch membuat pengambilan dari anak yang berumur 1.5 tahun (18 bulan) sehingga 6 tahun.

Untuk anak 1.5 tahun hingga 3 tahun dikenali sebagai Playschool atau daycare sambil belajar dan anak 4 -6 tahun dikenali sebagai Preschool sebagai persiapan untuk memasuki alam persekolahan nanti.

Selain itu, Brainybunch juga mempunyai private international school untuk sekolah rendah.

Brainy Bunch

Brainy Bunch telah beroperasi selama 11 tahun dan mempunyai 102 cawangan di seluruh negeri Malaysia dan luar negara.

Kenapa perlu pilih Brainy-Bunch?

Kenapa ibubapa perlu pilih Brainy-Bunch untuk anak anda?

  • Cikgu-cikgu yang terlatih oleh tenaga pengajar dan pakar.
  • menekankan Islam sebagai asas pembelajaran anak dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pedoman hidup.
  • pembelajaran Kaedah Montessori yang merangsang kepada perkembangan minda dan kecerdasan dalam anak.
  • menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium berkomunikasi untuk melatih anak dari kecil lagi.

Yuran Brainy Bunch 2022 / 2023

yuran brainy bunch 2022 2023

Harga fee Brainy Bunch ini sedikit berbeza mengikut kampus (lokasi). Dibawah ini adalah harga fee pendaftaran Brainy-Bunch yang terkini:

Fee Pendaftaran Brainy BunchRM
Enrolment feeRM150
Annual Registration Fees (2 years old)RM1400
Annual Registration Fees (3-6 years old)RM1700

Dan di tadika ini juga ada menyediakan slot full day untuk ibubapa yang bekerja. Boleh refer harga yuran bulanan brainy bunch dibawah:

Yuran Bulanan Brainy BunchRM
Regular (8am – 12pm)RM360 – RM380
Star Session (8am – 3pm)RM560 – RM680
Full Day (8am – 6.30pm)RM660 – RM780

Tiada diskaun yuran fee tadika walaupun anda menghantar 2 orang anak ke tadika yang sama.

Bagi yang terlewat mengambil anak daripada waktunya (selepas 30 min), akan didenda sebanyak RM20 sejam.

Refer pada gambar untuk maklumat penuh yuran Brainy Bunch:

yuran pendaftaran brainy bunch rasmi

Berapakah yuran Brainy Bunch untuk kemasukan 2023?

Yuran pendaftaran tahunan bermula dari RM1400 dan fee bulanan Brainy Bunch pula bermula dari RM380.

Berapakah fee denda jika lewat mengambil anak?

Brainy Bunch akan mengenakan fee penalti RM20 sejam selepas 30 minit dari masa tamat sekolah anak.

Bolehkah saya mendapat diskuan sekiranya saya mendaftar dua anak ke BrainyBunch?

Tiada diskaun yang diberikan dan harga adalah tetap.

Pendaftaran Tadika Brainy Bunch

Ibubapa yang berminat untuk mendaftar anak di tadika Brainy Bunch, anda bolehlah membuat pendaftaran secara online.

  1. Pergi ke Portal Brainy Bunch – https://www.brainybunch.com
  2. Pergi pada ‘Register’ dan klik pada ‘Register My Interest’
  3. Lengkapkan borang dan klik ‘Register Interest’.
pendaftaran brainy bunch

Selain Brainy Bunch, ibu-ibu juga boleh survey yuran Little Caliphs 2022 / 2023 dan tadika PASTI kerana kedua-dua tadika ini juga menjadi tadika pilihan ibubapa.

Rujukan: brainybunch.com, nadiafarahida.com

Leave a Comment

Artikel Pendaftaran Tadika & Yuran Brainy Bunch 2022 / 2023 membantu anda? Kongsikannya di sosial media anda juga.

https://melur.net/wp-content/uploads/2022/10/yuran-brainy-bunch-2022-2023.webp best
Tutup