Sekiranya anda mencari nombor plat terkini untuk kereta ataupun motor baru, anda boleh bookmark portal ini kerana kami akan mengemaskini no plate terkini setiap minggu disini mengikut negeri.
Nombor plate atau nombor pendaftaran kenderaan Malaysia adalah nombor yang perlu dipamerkan oleh semua kenderaan bermotor termasuk kereta, motor, lori yang berdaftar di Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Plate number termahal yang pernah dibida di Malaysia adalah dibeli oleh Sultan Johor dengan nilai pembelian RM836,660 bagi no plat “F1”.
Nombor Pendaftaran JPJ Mengikut Negeri
Berikut adalah kod pendaftaran yang kenderaan bagi negeri-negeri di Malaysia.
Kod plate JPJ | Negeri |
---|---|
A | Perak |
B | Selangor |
C | Pahang |
D | Kelantan |
F | Putrajaya |
J | Johor |
K | Kedah |
KV | Langkawi |
L | Labuan |
M | Melaka |
N | Negeri Sembilan |
P | Pulau Pinang |
R | Perlis |
T | Terengganu |
V | Kuala Lumpur |
W | Kuala Lumpur |
Q | Sarawak |
S | Sabah |
Nombor Plat Terkini
JPJ number plate latest list for October 2022. Kemaskini diambil terus daripada Portal JPJ.
Nombor Plat Terkini Semenanjung Malaysia
Berikut adalah senarai nombor plat terkini 2022 yang dikeluarkan oleh pihak JPJ untuk semua negeri di Malaysia – Selangor, Putrajaya, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Langkawi, Penang, Perlis, Labuan.
Semakan list plate JPJ terkini ini dikemaskini pada 8 Oktober 2022
-
Selangor
Nombor plat terkini – BRC4930
-
Kelantan
Nombor pendaftaran terkini JPJ – DEL6517
-
Kedah
Nombor pendaftaran JPJ – KFL1163
-
Johor
Nombor pendaftaran terkini JPJ – JVR2975
-
Kuala Lumpur
Nombor terkini – VJP6829
-
Terengganu
Nombor plat terkini – TCN8954
-
Pahang
Nombor terkini – CEQ8872
-
Perlis
Nombor terkini – RAN1580
-
Langkawi
Nombor terkini – KV4399E
-
Pulau Pinang
Nombor terkini – PQL6980
-
Perak
Nombor terkini – AMQ4147
-
Melaka
Nombor terkini – MDP5092
-
Negeri Sembilan
Nombor terkini – NDV3307
-
Wilayah Persekutuan Labuan
Nombor plat terkini – LH447
-
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Nombor terkini tiada. Sila rujuk pejabat JPJ berhampiran.
Ada nombor pendaftaran kenderaan yang menarik anda diatas? Atau anda masih menunggu nombor ‘lucky’ anda? Tinggalkan komen anda dibawah ye.
Klik share sekiranya artikel no plate terkini JPJ ini membantu anda.
Nombor Pendaftaran Terkini JPJ Sabah & Sarawak
Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, anda boleh rujuk nombor pendaftaran terkini JPJ dibawah:
Negeri | Nombor Pendaftaran JPJ |
---|---|
Kota Kinabalu | SYV3794 |
Sandakan | SMG4790 |
Kudat | SKK1153D |
Tawau | SWF2571 |
Beaufort | SB6250F |
Keningau | SU1517J |
Lahad Datu | SD7943T |
Kuching | QAB8167E |
Sibu | QS4557Q |
Miri | QM3846L |
Sri Aman | QBF4278 |
Sarikei | QRR4743 |
Bintulu | QTW9761 |
Limbang | QLD8073 |
Kota Samarahan | QCP1274 |
Kapit | QPC3096 |
Mukah | QS4557Q |
Bentong | QBF4278 |
Lawas | QLD8073 |
Bagi yang bertanda (-), tiada maklumat no pendaftaran terkini JPJ yang diperoleh dari Portal JPJ. Sila terus rujuk JPJ berhampiran untuk membuat semakan no plate.
Tips: Sekiranya ada list nombor pendaftaran terkini JPJ yang menarik perhatian anda tapi nak beli kereta lambat lagi, anda boleh bid terlebih dahulu dan daftarkan nombor plat JPJ itu motor baru (sebab motor lebih murah). Jika lambat membuat pendaftaran, JPJ akan menarik kembali nombor plate yang anda baru beli tadi.
Nombor Plat Khas
Ini adalah no plat yang dikeluarkan khas untuk badan tertentu atau peristiwa tertentu yang mana menjadikan bidaan no plat ini sangat tinggi kerana ia adalah terhad.
No plat “R1” tidak dibida oleh sesiapa kerana merupakan no plat khas Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
- Z: Kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
- ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
- ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
- ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
- ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
- JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
- Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
- PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
- Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
- Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
- Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
- Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
- Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
- PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
- NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
- LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
- Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
- Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
- BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
- SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
- X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
- G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
- 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
- Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
- TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
- GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
- Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
- VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
- GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
- SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
- PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
- RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
- MALAYSIA : Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 ‘Sayangi Malaysiaku’.
- SMS : Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan DYMM TUANKU ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (SULTAN KEDAH) sebagai SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-V & KE-XIV.
- GG : Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).
- G : Hanya dikeluarkan kepada Lee Chong Wei Foundation.
- T1M : Hanya dikeluarkan semperna Transformasi 1 Malaysia yang diusahakan oleh NGO Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.
- NBOS : Hanya dikeluarkan semperna program National Blue Ocean Strategy (NBOS).
- A1M : Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia.
- NAAM :Hanya dikeluarkan semperna New Affirmative Action Movement dari NGO yang menumpukan pembangunan ekonomi belia india melalui keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan.
Tempahan No Pendaftaran Kenderaan
Harga tempahan bagi no pendaftaran adalah berbeza mengikut populariti. Berikut adalah harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran :
- Nombor Bernilai Utama (Golden Number) : RM20000.00
- Nombor Menarik (Attractive Number) : RM3000.00
- Nombor Popular (Popular Number) : RM800.00
- Nombor Semasa (Running Number) : RM300.00
Anda boleh membuat pembelian nombor plat terkini kenderaan secara online melalui Sistem Transaksi dalam talian mySIKAP.
Dah dapat nombor plate yang korang nak tu, nanti bolehlah letak kat kereta Honda atau kereta Proton tu.
Berapakah nombor plate terkini bagi Selangor?
Nombor plate terkini di JPJ Selangor adalah BRC4930.
Apakah no plat JPJ Kelantan?
Untuk negeri Kelantan adalah DEL6517.
Macamana nak beli nombor plate terkini?
Korang kena masuk portal mySIKAP dan boleh bid secara online.