Sekiranya anda mencari nombor plat kenderaan terkini untuk kereta Honda atau kereta Proton, anda boleh bookmark portal ini kerana kami akan mengemaskini no plat terkini setiap minggu disini mengikut negeri.
Nombor pendaftaran kenderaan Malaysia adalah nombor yang perlu dipamerkan oleh semua kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Plate number termahal yang pernah dibida di Malaysia adalah dibeli oleh Sultan Johor dengan nilai pembelian RM836,660 bagi no plat “F1”.
Nombor Plat Khas
Ini adalah no plat yang dikeluarkan khas untuk badan tertentu atau peristiwa tertentu yang mana menjadikan bidaan no plat ini sangat tinggi kerana ia adalah terhad.
No plat “R1” tidak dibida oleh sesiapa kerana merupakan no plat khas Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
- Z: Kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
- ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
- ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
- ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
- ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
- JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
- Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
- PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
- Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
- Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
- Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
- Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
- Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
- PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
- NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
- LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
- Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
- Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
- BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
- SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
- X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
- G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
- 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
- Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
- TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
- GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
- Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
- VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
- GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
- SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
- PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
- RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
- MALAYSIA : Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 ‘Sayangi Malaysiaku’.
- SMS : Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan DYMM TUANKU ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (SULTAN KEDAH) sebagai SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-V & KE-XIV.
- GG : Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).
- G : Hanya dikeluarkan kepada Lee Chong Wei Foundation.
- T1M : Hanya dikeluarkan semperna Transformasi 1 Malaysia yang diusahakan oleh NGO Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.
- NBOS : Hanya dikeluarkan semperna program National Blue Ocean Strategy (NBOS).
- A1M : Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia.
- NAAM :Hanya dikeluarkan semperna New Affirmative Action Movement dari NGO yang menumpukan pembangunan ekonomi belia india melalui keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan.
Nombor Plat Terkini
Berikut adalah senarai nombor plat kenderaan terkini untuk September 2019 yang dikeluarkan oleh pihak JPJ. *Kemaskini 3 September 2019
JPJ plate latest number list for November 2019. Kemaskini diambil terus daripada Portal JPJ.
Semenanjung Malaysia
Kawasan | No Plat Terkini |
---|---|
Putrajaya | FC9999 |
Kuala Lumpur | VDR7433 |
Johor | JTQ1044 |
Kedah | KET3674 |
Langkawi | KV2107E |
Kelantan | DDN9921 |
Melaka | MDE5398 |
Negeri Sembilan | NDM1843 |
Pahang | CED7831 |
Pulau Pinang | PPB4826 |
Perak | ALK3372 |
Perlis | RAD1879 |
Selangor | BPY5987 |
Terengganu | TCC5025 |
.
Sabah & Sarawak
Kawasan | No Plat Terkini |
---|---|
Kota Kinabalu | SYD2001 |
Sandakan | SMB478 |
Kudat | SK4438B |
Tawau | SWA3827 |
Beaufort | SB6469D |
Keningau | SU8464E |
Lahad Datu | SD3062P |
Kuching | QAA4731X |
Sibu | QS6700K |
Miri | QM4264F |
Sri Aman | QBD6624 |
Sarikei | QRM3444 |
Bintulu | QTS5807 |
Limbang | QLC3087 |
Kota Samarahan | QCJ6496 |
Kapit | QPB3681 |
Labuan | LG3028 |
.
Tempahan No Pendaftaran Kenderaan
Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad V telah memenangi bidaan dua nombor plat iaitu RR6 dan RR9 dengan jumlah RM856,780.
SHarga tempahan bagi no pendaftaran adalah berbeza mengikut populariti. Berikut adalah harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran :
- Nombor Bernilai Utama (Golden Number) : RM20000.00
- Nombor Menarik (Attractive Number) : RM3000.00
- Nombor Popular (Popular Number) : RM800.00
- Nombor Semasa (Running Number) : RM300.00
Anda boleh membuat pembelian no plat kenderaan secara online melalui Sistem Transaksi dalam talian mySIKAP.
Kata Carian:
- no flat nat tahun?
- plate nombor ken
- yayasan modal insan harta no plate
{ 0 comments… add one now }