Post image for 42 Lokasi Kamera AES/Awas Seluruh Malaysia 2019

42 Lokasi Kamera AES/Awas Seluruh Malaysia 2019

Ini adalah info penting buat semua pemandu berkenaan lokasi-lokasi kamera AES/Awas yang perlu anda tahu.

AES atau Automated Enforcement System adalah alat kamera yang dipasang di atas jalan untuk merakam imej kesalahan dengan mengambil gambar dan video pemandu sebagai satu sistem penguatkuasaan jalan raya untuk pemandu yang suka memandu laju dan yang melanggar undang-undang jalan raya sebelum ianya menghantar surat saman (melalui pos) kepada anda.

Kamera AES ini beroperasi secara automatik dan beroperasi 24 jam tanpa henti tanpa mengira keadaan jua keadaan cuaca, hujan atau panas mahupun malam.

Pemasangan kamera ini dibuat di lokasi-lokasi tertentu seperti di Lebuh Raya, Jalan Persekutuan dan lampu isyarat.

Senarai Lokasi Kamera AES/Awas Trap 2019

Sehingga kini (2019), JPJ telah mengemaskini terdapat 42 lokasi kamera AES dan kamera AWAS seluruh Malaysia untuk had laju (speed trap) dan juga lampu isyarat.

Lokasi Kamera Hadlaju (Speed Trap)

Lokasi penguatkuasaan kamera Awas/AES untuk hadlaju bagi lebuhraya di negeri Johor, Melaka, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah seperti berikut:

lokasi kamera aes speedtrap

Manakala bagi jalan persekutuan di negeri Kelantan dan Perak pula adalah sepeti berikut:

kamera awas jalan persekutuan

Lokasi Kamera Lampu Isyarat

Terdapat 16 kamera yang dipasang di lampu isyarat bagi negeri Kedah, Perak dan Kuala Lumpur.

lokasi terkini kamera speedtrap

Lokasi Kamera Ditangguhkan

Manakala lokasi-lokasi dibawah ini, akan ditangguhkan operasi buat sementara untuk tujuan kaji semula lokasi yang strategik.

kamera aes ditangguhkan

✱ ✱ ✱ ✱
Bagi semakan saman AES/Awas, anda boleh semak secara online di portal JPJ atau menggunakan portal MyEG. Di portal MyEG, anda boleh terus bayar saman anda secara online.

Klik LIKE jika anda suka artikel ini!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: