Anda seorang lepasan SPM yang berminat untuk masuk Kolej Komuniti? Sila semak dahulu senarai Kolej Komuniti di seluruh Malaysia dan kursus-kursus kolej komuniti yang ditawarkan.
Kolej Komuniti
Kolej Komuniti adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diseliakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Terdapat 103 buah Kolej Komuniti di seluruh Malaysia yang menawarkan 67 program / kursus sepenuh masa – 19 program Diploma, 40 program Sijil dan 8 program Sijil Kemahiran Khas.
Lulusan Kolej Komuniti Susah Dapat Kerja?
Orang kata lulusan Kolej Komuniti ni susah nak dapat kerja nanti sebab sijil Kolej Komuniti tak laku. Betul ke?
Jawapan itu adalah SALAH!
Mengikut data yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti pada tahun 2018, peratusan graduan yang mendapat kerja pada tahun 2017 adalah sebanyak 78.94% dimana peratusan ini agak tinggi.
Ini kerana kolej ini lebih menekankan gaya pembelajaran amali kepada pelajar iaitu 25% meliputi teori dan 75% adalah meliputi praktikal. Dan seterusnya menyebabkan majikan lebih mempercayai skill latihan mereka untuk diapply dalam skop kerja.
Oleh itu, jangan bimbang dan khuatir dengan kerja selepas habis belajar kerana kebolehpasaran graduan untuk lulusan Kolej Komuniti amatlah tinggi!
Kenapa Perlu Pilih Kolej Komuniti?
Ini sebab utama kenapa anda harus memilih kolej Komuniti selepas SPM:
- Institusi milik penuh Kerajaan
- Program pengajian yang diiktiraf
- Lokasi di seluruh negara
- Yuran yang berpatutan dan murah
- Peluang pekerjaan yang cerah
- Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi
Bagi OKU, mereka juga berpeluang mendapatkan sijil melalui program yang ditawarkan dan peluang mendapatkan biasiswa penuh daripada kerajaan.
Senarai Bantuan Pendidikan Kolej Komuniti
Bagi pelajar yang dapat masuk ke Kolej Komuniti ini, anda juga boleh memohon bantuan pendidikan seperti universiti. Antara bantuan yang anda boleh mohon adalah:
Agensi | Anggaran Nilai Tajaan Setahun |
---|---|
PTPTN | RM4750.00 |
Jabatan Perkhidmatan Awam | RM5000.00 |
Yayasan Sarawak | RM3000.00 – RM4200.00 |
Baitulmal Sarawak | RM4800.00 – RM6000.00 |
Bantuan Kewangan OKU (Biasiswa KPM) | RM5000.00 |
Bantuan Pendidikan Khas (Biasiswa KPM) | RM3660 per sem |
Yayasan Raja Muda Selangor | RM400.00 |
Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU)
Bantuan Kewangan OKU ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU tanpa mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
Elaun ini diberikan khas kepada pelajar OKU yang mengikuti kursus-kursus institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.
.
Terdapat juga bantuan lain yang ditawarkan oleh Yayasan Negeri, Baitulmal dan sebagainya.
Senarai Kolej Komuniti Di Malaysia
Terdapat 95 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang boleh anda pilih. Dan 6 lagi kolej akan dibuka.
- Kolej Komuniti Teluk Intan
- Kolej Komuniti Chenderoh
- Kolej Komuniti Gerik
- Kolej Komuniti Sungai Siput
- Kolej Komuniti Pasir Salak
- Kolej Komuniti Batu Gajah
- Kolej Komuniti Taiping
- Kolej Komuniti Bagan Datuk
- Kolej Komuniti Bagan Serai
- Kolej Komuniti Manjung
- Kolej Komuniti Kuala Kangsar
- Kolej Komuniti Cawangan Lenggong
- Kolej Komuniti Tapah
- Kolej Komuniti Rtc Gopeng
- Kolej Komuniti Sabak Bernam
- Kolej Komuniti Kuala Langat
- Kolej Komuniti Hulu Selangor
- Kolej Komuniti Hulu Langat
- Kolej Komuniti Selayang
- Kolej Komuniti Ampang
- Kolej Komuniti Kelana Jaya
- Kolej Komuniti Tanjong Karang
- Kolej Komuniti Klang
- Kolej Komuniti Shah Alam
- Kolej Komuniti Kuantan
- Kolej Komuniti Bentong
- Kolej Komuniti Temerloh
- Kolej Komuniti Paya Besar
- Kolej Komuniti Rompin
- Kolej Komuniti Pekan
- Kolej Komuniti Raub
- Kolej Komuniti Bera
- Kolej Komuniti Cawangan Maran
- Kolej Komuniti Kok Lanas
- Kolej Komuniti Jeli
- Kolej Komuniti Cawangan Tanah Merah
- Kolej Komuniti Pasir Mas
- Kolej Komuniti Cawangan Rantau Panjang
- Kolej Komuniti Segamat
- Kolej Komuniti Ledang
- Kolej Komuniti Bandar Penawar
- Kolej Komuniti Segamat 2
- Kolej Komuniti Pasir Gudang
- Kolej Komuniti Kluang
- Kolej Komuniti Batu Pahat
- Kolej Komuniti Muar
- Kolej Komuniti Tanjung Piai
- Kolej Komuniti Pagoh
- Kolej Komuniti Kota Tinggi
- Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah
- Kolej Komuniti Bandar Darulaman
- Kolej Komuniti Sungai Petani
- Kolej Komuniti Kulim
- Kolej Komuniti Baling
- Kolej Komuniti Padang Terap
- Kolej Komuniti Sik
- Kolej Komuniti Cawangan Jerlun
- Kolej Komuniti Bandar Baharu
- Kolej Komuniti Jerai
- Kolej Komuniti Bukit Beruang
- Kolej Komuniti Masjid Tanah
- Kolej Komuniti Selandar
- Kolej Komuniti Jasin
- Kolej Komuniti Kota Melaka
- Kolej Komuniti Tangga Batu
- Kolej Komuniti Jempol
- Kolej Komuniti Jelebu
- Kolej Komuniti Rembau
- Kolej Komuniti Tampin
- Kolej Komuniti Kuala Pilah
- Kolej Komuniti Kepala Batas
- Kolej Komuniti Bayan Baru
- Kolej Komuniti Seberang Jaya
- Kolej Komuniti Nibong Tebal
- Kolej Komuniti Bukit Mertajam
- Kolej Komuniti Tasek Gelugor
- Kolej Komuniti Kuching
- Kolej Komuniti Mas Gading
- Kolej Komuniti Miri
- Kolej Komuniti Sarikei
- Kolej Komuniti Santubong
- Kolej Komuniti Arau
- Kolej Komuniti Cawangan Kangar
- Kolej Komuniti Tawau
- Kolej Komuniti Lahad Datu
- Kolej Komuniti Sandakan
- Kolej Komuniti Beaufort
- Kolej Komuniti Tambunan
- Kolej Komuniti Penampang
- Kolej Komuniti Kota Marudu
- Kolej Komuniti Semporna
- Kolej Komuniti Kuala Terengganu
- Kolej Komuniti Besut
- Kolej Komuniti Kemaman
- Kolej Komuniti Cawangan Setiu
Kursus-Kursus Kolej Komuniti 2019
Berikut adalah senarai kursus-kursus yang ditawarkan untuk peringkat Diploma, Sijil dan Sijil Kemahiran Khas.
Program Diploma Kolej Komuniti
- Diploma in Culinary Arts
- Diploma in Patisserie
- Diploma in Architectural Technology
- Diploma In Sound & Lighting Technology
- Diploma In Customer Service Management
- Diploma In Games Art
- Diploma In Mobile Technology
- Diploma In Telecommunication Technology
- Diploma In Hotel Operations
- Diploma In Security Surveillance Technology
- Diploma Teknologi Solar Fotovoltan / Diploma in Photovoltaic Solar Technology
- Diploma Teknologi Automotif (Kenderaan Perdagangan) / Diploma in Automotive Technology (Commercial Vehicles)
- Diploma Terapi Kecantikan / Diploma in Beauty Therapy
- Diploma In Rail Signalling And Communication Technology
- Diploma Dandanan Rambut / Diploma in Hairdressing
- Diploma In Electronics (Instrumentation)
- Diploma In Mechanical Technology (CADD)
- Diploma In 3D Animation
- Diploma in Hotel Management Joint Certificate with Taylor’s University
Program Sijil Kolej Komuniti
- Sijil Teknologi Maklumat
- Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
- Certificate in Industrial Internet of Things
- Sijil Pengoperasian Perniagaan
- Sijil Animasi 2D
- Sijil Animasi 3D
- Sijil Seni Visual Kreatif
- Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
- Sijil Pembuatan Kasut dan Kraf Kulit
- Sijil Fesyen dan Pakaian
- Certificate in Culinary Arts Joint Certificate with Taylor’s University
- Certificate in Food & Beverage Service Joint Certificate with Taylor’s University
- Certificate in Room Division Joint Certificate with Taylor’s University
- Certificate In Recreational Tourism Joint Certificate with Taylor’s University
- Sijil Kulinari
- Sijil Pastri
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
- Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
- Sijil Pengendalian Acara
- Sijil Operasi Perhotelan
- Sijil Perkhimatan Logistik
- Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
- Sijil Dandanan Rambut
- Sijil Teknologi Elektrik
- Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)
- Sijil Teknologi Pembuatan
- Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
- Sijil Teknologi Seni Bina
- Sijil Penyenggaraan Industri
- Sijil Penyenggaraan Bangunan
- Sijil Penyeliaan Tapak Bina
- Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
- Sijil Rekabentuk Pembuatan Perabot
- Sijil Rekabentuk Dalaman
- Sijil Teknologi Telekomunikasi
- Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
- Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)
- Sijil Servis Kenderaan Ringan
Program Sijil Kemahiran Khas Kolej Komuniti
Kursus-kursus adalah dikhaskan untuk pelajar OKU Masalah Pembelajaran.
- Sijil Asas Pemprosesan Makanan
- Sijil Asas Pastri
- Sijil Asas Pembuatan Seramik
- Sijil Asas Ukiran Kayu
- Sijil Asas Kulinari
- Sijil Asas Ikan Hiasan
- Sijil Asas Landskap
- Sijil Asas Jahitan Kreatif
Syarat Kelayakan Kolej Komuniti
Syarat kelayakan untuk memohon sangat-sangat rendah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dapat mengikuti kursus yang ditawarkan.
- mestilah berwargenegara Malaysia
- mestilah LULUS SPM atau SPMV (Lulus BM & Sejarah)
Cara Memohon Kolej Komuniti 2019/2010
Ada 3 cara untuk anda memohon kemasukan ke Kolej Komuniti ini.
#1 Permohonan melalui UPU Online
Anda boleh membuat permohonan secara online dengan mengisi borang permohonan di UPU di http://upu.mohe.gov.my
Tempoh membuat permohonan adalah dari 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019 melalui Permohonan UPU online.
Pemohon perlu untuk memmbeli nombor PIN unik UPU terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional untuk mendaaftar sistem UPU.
#2 Permohonan Melalui e-pengambilan Kolej Komuniti Online
Anda boleh terus memohon di website Kolej Komuniti Borang Permohonan Kolej Komuniti 2019/2010
Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti bagi sesi Disember 2019 adalah bermula pada 30 Ogos 2019.
#3 Hadir Ke Kolej Komuniti (Walk-in)
Atau anda boleh terus ke mana-mana lokasi Kolej Komuniti untuk memohon (semak lokasi diatas).
Ia adalah satu pusat pembelajaran yang hebat dalam melahirkan lepasan pelajar yang berkemahiran tinggi, cekap, berdaya saing dan menjadi asas kepada pembangunan negara. Seharusnya, Kolej Komuniti wajar dijadikan antara pilihan terbaik lepasan SPM untuk menyediakan diri dalam pasaran kerja yang semakin mencabar kini.
Dan selamat berjaya kepada anda yang memohon di Kolej Komuniti ini!
Kolej kominiti dridal couse
macam mana saya nak mohon kolej komuniti untuk tahun 2022? sekarang saya masih lagi student spm 2021