Homestay Murah Kota Bharu, Kelantan

Masih tercari-cari homestay yang murah dan selesa di Kota Bharu?

Kami sediakan beberapa pilihan homestay yang murah untuk anda buat pilihan mengikut kesesuaian bilangan family anda yang akan turut serta ke sana nanti.

1. Homestay Studio Exclusive (Kota Bharu City Point)

Homestay Studio Exclusive (Kota Bharu City Point) terletak betul-betul di bandar Kota Bharu dan terletak 500 meter dari Kampung Kraftangan yang mana terkenal dengan Nasi Ulam Cikgu dan juga Masjid Muhammadi. Turut terletak berhampiran dalam radius 500m – 1km AEON Mall, Tesco dan KB Mall. Bagi yang ingin ke Pulau Perhentian, Jeti Kuala Besut hanya berjarak kira-kira satu jam memandu dari penginapan ini. Airport terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang berjarak 7 km sahaja.

Homestay ini turut menyediakan WiFi percuma sepanjang penginapan dan kemudahan parking percuma.

Setiap bilik homestay ini ber-aircond/ berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV skrin rata. Linen dan tuala disediakan. Sebuah kedai dobi layan diri juga disediakan.

Homestay ini menyediakan dua bilik untuk dipilih iaitu Bilik Selesa Triple – 1 katil single & 1 katil double besar (RM108) dan Bilik Kuadrupel Comfort 2 katil single & 1 katil double besar (RM144) yang mampu memuatkan 4 orang dalam 1 masa.

Jika anda berminat, buatlah tempahan Homestay Studio Exclusive (Kota Bharu City Point) cepat-cepat kerana ianya mendapat permintaan tinggi dan sentiasa penuh pada waktu cuti ➜ Semak Tarikh Kosong

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment