Sebelum membeli kereta PROTON, anda hendaklah membuat survey tentang harga terkini kereta PROTON 2019 dan tawaran bonus yang diberikan oleh penjual bagi memastikan anda membuat pilihan yang bijak bersesuaian dengan budget anda.
PROTON – Kereta Pertama Malaysia
Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad atau lebih dikenali sebagai PROTON merupakan pengeluar kereta yang pertama di Malaysia.
Ianya yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 yang merupakan idea bernas daripada Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir bin Mohamad, sebagai satu langkah untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.
Dan sehingga kini, PROTON telah berkembang dan mampu berdaya saing dengan syarikat automotif lain.
Antara senarai kereta yang pernah dikeluarkan ialah:
Senarai Lengkap Kereta Keluaran Proton
Model | Tahun |
---|---|
Proton Arena | 2002 |
Proton Exora | 2009 |
Proton Gen-2 | 2004 |
Proton Inspira | 2010 |
Proton Iswara | 1992 |
Proton Juara | 2001 |
Proton Perdana | 1994 |
Proton Persona | 2007 |
Proton PERT | – |
Proton Prevé | 2012 |
Proton Putra | 1995 |
Proton Saga | 1985 |
Proton Satria | 1995 |
Proton Satria GTi | 1998 |
Proton Satria Neo | 2006 |
Proton Savvy | 2005 |
Proton Tiara | 1996 |
Proton Waja | 2000 |
Proton Wira | 1993 |
Proton Iriz | 2014 |
Proton Ertiga | 2016 |
Proton X70 | 2018 |
.
Nota: Tahun diatas merujuk kepada model pertama yang dilancarkan dan diperkenalkan kepada umum.
Harga Rasmi Terbaru Kereta PROTON
[adstext1]
Senarai harga ini harga kereta PROTON terkini dan baharu yang dikeluarkan sendiri oleh pihak PROTON sendiri dan harga ini adalah untuk nilai OTR (on-the-road) dan tidak termasuk harga insurans.
On-the-road price (OTR) is the price that you pay for a new car – ready to drive away – and includes the additional costs of first registration fee, number plates and your first year’s road tax. – Carwow.co.uk
This PROTON list price 2019 is issued by PROTON itself and this price is for OTR (on-the-road) and does not include insurance prices.
Harga PROTON Iriz
Proton Iriz yang juga dikenali Proton Compact Car (PCC) bagi menggantikan Proton Savvy. Sejak dilancarkan pada tahun 2015, Proton Iriz telah terjual lebih daripada 50,000 unit.
Jenis Model | Harga |
---|---|
Iriz 1.3L Standard Manual | RM 36,700.00 |
Iriz 1.3L Standard Auto | RM 39,700.00 |
Iriz 1.3L Executive Auto | RM 44,700.00 |
Iriz 1.6L Executive Auto | RM 46,700.00 |
Iriz 1.6L Premium Auto | RM 50,700.00 |
Harga PROTON Saga
PROTON Saga merupakan model pertama PROTON dan telah dilancarkan pada Julai 1985. Dan Saga yang dijual sekarang adalah generasi PROTON Saga yang ketiga.
Jenis Model | Harga |
---|---|
Saga Standard – Manual | RM 33,591.03 |
Saga Standard – Auto | RM 36,343.22 |
Saga Executive – Auto | RM 39,095.41 |
Saga Premium – Auto | RM 41,847.59 |
Harga PROTON Persona
PROTON Persona ini adalah generasi yang ketiga. Persona dibuat berdasarkan pelantar PROTON Iriz yang trlah dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Iriz.
Jenis Model | Harga |
---|---|
Persona Standard – Manual | RM 42,600.00 |
Persona Standard – Auto | RM 44,600.00 |
Persona Executive – Auto | RM 49,600.00 |
Persona Premium – Auto | RM 54,600.00 |
Harga PROTON Perdana
PROTON Perdana generasi ke-empat telah dilancarkan pada tahun 2006 yang mana direka berasaskan Honda Accord di mana Proton telah menukar sepenuhnya rupa luaran.
Jenis Model | Harga |
---|---|
Perdana 2.0 (Solid) – Auto | RM 103,927.68 |
Perdana 2.0 (Metallic) – Auto | RM 104,326.21 |
Perdana 2.4 (Solid) – Auto | RM 126,849.21 |
Perdana 2.4 (Metallic) – Auto | RM 127,247.74 |
Harga PROTON Preve
PROTON Preve dilancarkan pada tahun 2012 sebagai menggantikan kepada Persona dan Gen-2 kereta sedan PROTON pertama yang dilengkapi enjin pengecas turbo.
Jenis Model | Harga |
---|---|
Preve Executive – Auto | RM 61,090.94 |
Preve Premium – Auto | RM 68,430.57 |
Harga PROTON Ertiga
Proton Ertiga merupakan MPV compact pertama yang dikeluarkan dan berasaskan pada Suzuki Ertiga.
Jenis Model | Harga |
---|---|
Ertiga Executive MT | RM 56,773.00 |
Ertiga Executive AT | RM 59,525.00 |
Ertiga Premium AT | RM 62,278.00 |
Harga PROTON Exora
Pembangunan model PROTON Exora ini adalah 100% MPV pertama rekaan anak Malaysia sendiri.
Jenis Model | Harga |
---|---|
Exora Executive – Auto | RM 62,008.24 |
Exora Executive Plus – Auto | RM 69,347.41 |
Harga PROTON X70
PROTON X70 adalah SUV pertama yang dari PROTON sendiri dan didatangi dengan 5 pilihan warna iaitu Merah, Coklat, Kelabu, Perak dan juga Putih.
Jenis Model | Harga |
---|---|
X70 Standard 2WD | RM 99,800.00 |
X70 Executive 2WD | RM 109,800.00 |
X70 Executive AWD | RM 115,800.00 |
X70 Premium 2WD | RM 123,800.00 |
Promosi & Diskaun Pembelian Kereta Proton
Harga yang dipaparkan diatas boleh berubah mengikut musim (Hari Raya) atau promosi-promosi yang diadakan. Sila semak dengan agen rasmi pengedar PROTON berdekatan anda untuk sebarang promosi dan rebat diskaun ketika pembelian PROTON.
Harga ini adalah rujukan bagi Semenanjung Malaysia sahaja. Harga kereta PROTON bagi Sabah/Sarawak/Labuan/Langkawi (bebas cukai) mungkin berbeza sedikit daripada yang dipaparkan. Anda boleh rujuk disini ➜ Senarai harga PROTON Sabah/Sarawak/Langkawi/Labuan
Semoga senarai harga kereta PROTON 2019 ini dapat membantu anda membuat penilaian dan keputusan sebaiknya sebelum anda membeli.
Sekiranya anda ada pengalaman menarik tentang kereta PROTON ini, kongsikan dalam ruangan komen dibawah ini.
2 thoughts on “Senarai Harga Terkini Kereta PROTON 2019”