Jom semak harga-harga Perodua 2019 untuk Perodua Axia, Perodua Myvi, Perodua Bezza, Perodua Alza dan juga Perodua Aruz.
Pada tahun 2006 dan 2007, Perodua berjaya mencatatkan jualan kereta paling banyak di Malaysia berbanding jenama lain lebih-lebih lagi oleh Proton dan Honda.
Kereta-kereta keluaran Perodua amatlah popular terutamanya Myvi dan Axia yang berjaya menenggelamkan kereta Proton.
Buktinya adalah kemana-mana sahaja anda pergi atau memandu di jalan raya, anda boleh melihat kedua-dua model ini. Dan secara tidak langsung menunjukkan jenama Perodua sangat berjaya dalam pasaran Malaysia.
Perodua Myvi adalah model paling banyak di atas jalan di Malaysia, manakala Perodua Axia pula mendapat tempat disebabkan harga yang murah, rekabentuk yang menggiurkan serta penggunaan bahan minyak paling efisyen di Malaysia.
4 Sebab Kenapa Ramai Membeli Perodua
Ini sebab-sebab utama kenapa kereta Perodua menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia sehingga hari ini seperti yang dijelaskan oleh Pandulaju.com.my
- Harga mampu milik – Perodua berjaya mengekalkan harga jualan kereta tanpa membebankan mana-mana pihak. Anda boleh membuat perbezaan sendiri antara harga Perodua dengan harga kereta Proton.
- Produk berkualiti – Perodua sangat menitikberatkan aspek kualiti. Memang agak jarang kita dengar model-model Perodua kerap berdepan masalah kualiti.
- Kereta terpakai masih tinggi nilainya – Harga kereta secondhand Perodua masih lagi tinggi dan tetap laku tidak kira manual ataupun auto.
- Servis sebelum/selepas jualan terbaik! – Pelanggan amatlah mementingkan kualiti servis sebelum mahupun selepas jualan dan Perodua berjaya melakukannya. Contohnya, mengenakan caj kos upah lebih murah bagi kereta yang sudah tamat tempoh waranti.
Macamana? Sudahla produk yang berkualiti tapi harga kereta pun mampu milik. After sales service Perodua pun terbaik! Apa kata anda?
Harga Kereta Perodua Terkini 2019
[adstext1]
Mari kita semak pula senarai harga kereta Perodua terkini. Pricelist Perodua ini adalah harga rasmi yang dikeluarkan seperti website Perodua.com.my dan ianya adalah harga on the road (OTR) tanpa insuran.
Harga Axia
Jenis Model | Harga (Solid & Metallic) |
---|---|
Axia 1.0 Standard E – Manual | RM 22,990.00 |
Axia 1.0 Standard G – Manual | RM 32,590.00 |
Axia 1.0 Standard G – Automatic | RM 34,390.00 |
Axia 1.0 Special Edition – Manual | RM 35,590.00 |
Axia 1.0 Special Edition – Automatic | RM 37,490.00 |
Axia 1.0 Advance Version – Automatic | RM 40,390.00 |
Harga Myvi
Jenis Model | Harga (Solid & Metallic) |
---|---|
Myvi 1.3L G – Manual | RM 42,790.00 |
Myvi 1.3L G – Automatic | RM 44,590.00 |
Myvi 1.3L X – Automatic | RM 46,590.00 |
Myvi 1.5L H – Automatic | RM 50,290.00 |
Myvi 1.5L AV – Automatic | RM 54,090.00 |
Harga Bezza
Jenis Model | Harga (Solid & Metallic) |
---|---|
Bezza 1.0 GXtra – Manual | RM 34,490.00 |
Bezza 1.0 GXtra – Automatic | RM 36,290.00 |
Bezza 1.3 Premium X – Manual | RM 40,090.00 |
Bezza 1.3 Premium X – Automatic | RM 41,890.00 |
Bezza 1.3 Advance | RM 47,790.00 |
Harga Alza
Jenis Model | Harga (Solid & Metallic) |
---|---|
Alza 1.5 AV – Automatic | RM 62,690.00 |
Alza 1.5 SE – Automatic | RM 56,890.00 |
Alza 1.5 S – Manual | RM 51,490.00 |
Alza 1.5 S – Automatic | RM 54,290.00 |
Harga Aruz
Jenis Model | Harga (Solid & Metallic) |
---|---|
Aruz 1.5 X – Automatic | RM 72,900.00 |
Aruz 1.5 AV – Automatic | RM 77,900.00 |
Promosi & Diskaun Perodua
Harga yang dipaparkan diatas boleh berubah mengikut musim atau ketika promosi jualan sedang berlangsung seperti promosi perayaan dan jualan akhir tahun. Sila semak dengan agen rasmi pengedar Perodua berhampiran dengan anda untuk sebarang promosi & juga rebat diskaun ketika pembelian Perodua baharu.
Jangan lupa semak juga harga kereta terkini Proton dan Honda dibawah ini okay!