Post image for Geran Perniagaan TERAJU 2019: Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) Geran Sehingga RM500,000

Geran Perniagaan TERAJU 2019: Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) Geran Sehingga RM500,000

Selain menyediakan skim pinjaman Teraju, Teraju juga menyediakan skim geran perniagaan sehingga RM500,000 untuk usahawan bumiputera yang dikenali sebagai Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif.

Ini adalah salah satu daripada bantuan perniagaan kerajaan  bertujuan membantu syarikat-syarikat start-up terutama syarikat bumiputera dengan dana sebanyak RM100 juta.

Apa yang best mengenai geran ini adalah ia tidak sama dengan pinjaman perniagaan. Setiap duit geran perniagaan diberi percuma untuk membantu anda mengembangkan lagi perniagaan anda tanpa bayaran semula!

Antara individu/company yang pernah memenangi geran RM500k daripada SUPERB ini adalah Katsana, Moovby dan juga DERMAGs Skin Solution.

Geran Perniagaan SUPERB (TERAJU)

Sehingga Januari 2018, TERAJU telah meluluskan RM79.8 juta dana kepada usahawan bumiputera yang layak iaitu fasa prototaip sebanyak RM100k dan fasa komersial sebanyak RM500k.

Sejak menerima Superb, DERMAGS berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM17.3 juta. Kemenangan ini telah menyumbang kepada kemajuan syarikat Biopro Cosmeceutical Sdn Bhd dalam menubuhkan sebuah kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB) dan telah membuka banyak peluang pekerjaan di kalangan masyarakat setempat.

Kini, DERMAGS mempunyai seramai 4000 pengedar dan stokis di seluruh Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. Selain itu, DERMAGS turut menyumbang geran kajian akademik kepada Universiti Teknologi Malaysia. Sehingga kini, DERMAGS telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Mesti ramai anak muda yang berjiwa keusahawanan serta beridea kreatif dan inovatif tapi mempunyai masalah tentang dana untuk mengembangkan lagi perniagaan kan? Jangan risau!

TERAJU menyediakan skim atau geran pembangunan perniagaan untuk anda bernilai RM100 juta.

Bagi permohonan yang berada di fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip – geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM100 ribu.

Manakala, perniagaan yang sudah berada di fasa pra-komersial atau penkomersialan – geran pembangunan perniagaan sehingga RM500 ribu.

Syarat Kelayakan Memohon SUPERB TERAJU

  • mestilah berwarganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera
  • berumur 21 tahun hingga 40 tahun
  • status bukan muflis
  • permohonan boleh dibuat secara individu atau melalui syarikat yang ditubuhkan tidak lebih dari 3 tahun dari tarikh memohon

Tema Projek SUPERB 2019

Tema berubah setiap tahun. Bagi tahun ini, tema-tema projek SUPERB yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Penilaian SUPERB 2019 adalah seperti berikut:

tema superb 2019

  • Ekonomi Digital (Digital Economy)
  • Revolusi Perindustrian 4.0 (Industrial Revolution 4.0)
  • Perusahaan Sosial / Ekonomi Perkongsian (Social Enterprise / Sharing Economy)
  • Kreatif / Seni / Kesihatan / Fesyen (Creative / Art / Health / Fashion)
  • Inovasi Makanan (Food Innovation)
  • Perniagaan Agro / Agri (Agro / Agri Business)

Cara Memohon Geran Perniagaan SUPERB

Hanya 3 langkah mudah untuk anda memohon skim SUPERB ini.

dana teraju - skim superb

  1. Isi dan lengkapkan borang permohonan secara online disini ➞ Borang SUPERB
  2. Muat naik video 2 minit mengenai idea perniagaan anda
  3. Hantarkan permohonan anda

Setiap permohonan yang diterima akan disaring terlebih dahulu dan dinilaikan berdasarkan potensi, inovasi dan kebolehpasaran produk serta kelestarian dan keupayaan perniagaan tersebut.

Bagi permohonan yang layak sahaja dan disenarai pendek, pemohon akan bersaing di sesi “Business Challenge” dimana pemohon dikehendaki untuk membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan panel juri profesional.

Sekiranya idea perniagaan yang terpilih, pemohon akan mara ke peringkat separuh akhir dan layak menghadiri sesi “Boot Camp” selama 3 hari sebelum melakukan pembentangan mereka di peringkat separuh akhir di hadapan Jawatankuasa Penilaian SUPERB.

Bagi pemohon yang layak ke peringkat akhir, pemohon akan dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka sekali lagi di hadapan juri profesional yang terdiri daripada tokoh usahawan dan korporat Bumiputera yang ternama.

✱ ✱ ✱ ✱
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan geran ini, jangan lupa daftar secara online di website superb.teraju.gov.my sebelum 31 Ogos 2019.

Peserta yang disenarai pendek akan menerima jemputan untuk Sesi Roadpitch SUPERB seperti dibawah:

  • Hotel Tabung Haji, Alor Setar, Kedah [18 – 19 September 2019]
  • Hotel Zenith, Kuantan, Pahang [23 – 24 September 2019]
  • Hotel Le Meridian Kota Kinabalu, Sabah [28-29 September 2019]
  • Hotel Pullman, Kuching, Sarawak [2 – 3 Oktober 2019]
  • Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor [7-8 Oktober 2019]
  • Hotel The Royale Chulan Damansara Selangor [12 – 13 Oktober 2019]

Kepada peserta, kami ucapkan semoga berjaya!

Klik LIKE jika anda suka artikel ini!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: