ePasti: Pendaftaran Tadika Pasti Online 2022 / 2023

Adakah ibu-ibu berminat untuk menghantar anak ke PASTI? Jom semak cara membuat pendaftaran tadika PASTI secara online.

Tadika PASTI

PASTI atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas Islam. PASTI  juga merupakan salah satu insitusi yang merupakan pusat pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak dikelola oleh Jabatan PASTI, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Program PASTI memberi penekanan kepada pendidikan Islami yang menerapkan nilai al-quran dan hadis dalam setiap kurikulum dan ko-kurikulumnya.

Antara subjek yang diajar adalah:

  • Subjek Fardhu Ain teori dan amali
  • Hafazan surah-surah pendek al Quran dan doa-doa harian
  • Belajar  asas bahasa Arab, Inggeris, Melayu, Jawi & Matematik
  • Amali solat & wuduk setiap hari
  • Adab dan cara hidup dalam Islam seharian.

PASTI juga menawarkan yuran pendaftaran tadika dan bulanan yang murah dan mampu milik untuk terutamanya golongan B40.

Pendaftaran Tadika Pasti 2022/2023

cara membuat pendaftaran tadika pasti anak online

Permohonan pendaftaran tadika PASTI untuk tahun 2022 dan 2023 dibuka sepanjang tahun secara online untuk semua negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah dan termasuk Sabah dan Sarawak.

Pendaftaran PastiSenarai Negeri
PutrajayaSelangor
PerakKelantan
PahangTerengganu
PerlisKedah
JohorMelaka
Pulau PinangNegeri Sembilan
SabahSarawak

Pendaftaran Pasti Online

Ibubapa juga boleh dapatkan panduan ajar anak hafal sifir dengan mudah & pantas ini untuk membantu anak belajar matematik dengan mudah.

Bagi ibubapa yang berminat untuk menghantar anak ke sekolah PASTI 2023 nanti, bolehlah mula membuat pendaftaran PASTI secara online.

Berikut adalah cara untuk membuat pendaftaran PASTI secara online:

  1. Pergi ke PASTI Online

    pendaftaran tadika pasti

    Dapatkan borang pendaftaran PASTI online di website ePASTI Online – www.pastimalaysia.com/epasti-online dan klik pada butang ‘Pendaftaran Baru’.

  2. Masukkan kod PASTI

    kod tadika pasti

    Kemudian anda diminta masukkan ‘Kod Pasti’. Dan klik ‘Masuk’. Anda boleh dapatkan kod ini daripada tadika PASTI yang anda ingin hantarkan nanti.

  3. Isi maklumat ibubapa / penjaga

    borang pendaftaran pasti

    Isikan segala maklumat ibubapa atau penjaga yang diminta. Setelah selesai, klik ‘Simpan’.

  4. Isi maklumat anak

    borang pasti terkini

    Isikan segala maklumat anak. Pilih tahun yang ingin dimasukkan anak ke tadika. Dan klik simpan.

  5. Print dan hantar

    slip pendaftaran tadika pasti

    Setelah selesai, print semula borang tadi dan hantarkan slip permohonan ke PASTI pilihan anda tadi.

Untuk buat semakan status permohonan anda tadi, pergi ke Portal ePASTI tadi dengan masukkan nombor Mykid anak dan klik pada ‘Semak Status Permohonan’.

Selain PASTI, ramai juga ibu-ibu yang rekemen tadika Little Caliph dan tadika Brainy Bunch. So bolehlah usya-usya dua tadika itu dulu ye.

Jangan lupa share Borang Pendaftaran PASTI Online ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan lain yang berminat ye 🙂

Bagaimana nak daftar anak ke tadika PASTI?

Ibubapa boleh membuat pendaftaran secara online. Boleh refer pada panduan yg kami sediakan.

Dimanakah boleh saya dapatkan Kod PASTI untuk pendaftaran tu?

Ibubapa dan penjaga boleh dapatkan Kod PASTI dari guru tadika yang hendak dihantarkan nanti.

Bolehkah saya menghantar anak ke PASTI walaupun saya di Sarawak?

Ya, PASTI mempunyai cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak.

Leave a Comment

Artikel ePasti: Pendaftaran Tadika Pasti Online 2022 / 2023 membantu anda? Kongsikannya di sosial media anda juga.

https://melur.net/wp-content/uploads/2022/10/TADIKA-PASTI-copy.webp best
Tutup