Buat cikgu-cikgu yang mencari template peta i-Think kosong untuk dijadikan bahan mengajar, anda boleh download peta iThink kosong kami sediakan dibawah.
Peta Pemikiran yang juga dikenali sebagai Peta iThink merupakan salah satu bahagian daripada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mana merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid.
Peta iThink
Peta i-Think ini amatlah digalakkan untuk diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) kerana ianya dapat membantu murid dalam melahirkan pemikiran yang kreatif dan kiritis.
Peta Pemikiran i-Think ini terdiri daripada 8 jenis iaitu :
Peta Bulatan (The Circle Map)
Peta Bulatan digunakan untuk mendefiniskan sesuatu perkara, menjana idea, menilai sesuatu perkara.
Peta Buih
Peta Buih digunakan untuk menerangkan sesuatu benda atau watak (kata atau frasa adjektif).
Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map)
Peta Buih Berganda digunakan untuk membandingkan atau membezakan sesuatu perkara.
Peta Pokok (The Tree Map)
Peta Pokok digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara mengklasifikasi atau membahagikan sesuatu perkara mengikut kelas/kategori.
Peta Dakap (The Brace Map)
Peta Dakap digunakan untuk menerangkan bahagian-bahagian sesuatu perkara secara menyeluruh dan terperinci.
Peta Alir (The Flow Map)
Peta Alir digunakan untuk menyusun sesuatu plot, proses atau kronologi.
Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map)
Peta Pelbagai Alir digunakan untuk membuat sebab dan akibat.
Peta Titi (The Bridge Map)
Peta Titi digunakan untuk membuat analogi (Mencari faktor penghubung).
Download Peta i-Think Kosong







Melur.net sediakan template kosong untuk peta i-Think dalam bentuk hitam-putih dan format PDF. So cikgu-cikgu boleh terus print.
Dan kami sertakan sekali ruangan nama, kelas untuk diisi oleh pelajar sebelum menghantar kepada cikgu.
File: Template kosong Peta i Think
Format: A4 PDF (hitam-putih)
Sumber: Melur.net
Bahan Mengajar Peta i-Think yang lain:
Kami listkan juga bahan mengajar lain berkaitan Peta i-Think untuk cikgu dibawah:
- Grafik 8 Jenis Peta Pemikiran oleh sistemguruonline.my
- Peta Kosong i-Think oleh pembelajaranabad21.com
- Video Peta i-Think
- Slideshow Peta Pemikiran 1
- Slideshow Peta Pemikiran 2
Kami harap perkongsian bahan mengajar untuk Peta Pemikiran/iThink ini dapat dimanfaatkan dan memudahkan lagi kerja cikgu.
Boleh klik share sekiranya bahan kami kongsikan ini membantu cikgu. Dan tinggalkan komen dibawah sekiranya terdapat cadangan lain.
Tima kasih yea..izinkan Saya copy..
Terima kasih, sy gunakan untuk PdPc dengan murid
Terima kasih
mohon izin dimanfaatkan. terima kasih
MOHON SHARE UNTUK AJAR ANAK MURID
MOHON SHARE UNTUK PELAJAR
saya mintak izin utk guna ye…
terima kasih.izinkan saya copy