Post image for [Download PDF] 8 Jenis Peta Pemikiran • Peta i-Think

[Download PDF] 8 Jenis Peta Pemikiran • Peta i-Think

Peta Pemikiran yang juga dikenali sebagai Peta iThink merupakan salah satu bahagian daripada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mana merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid.


Peta ini amatlah digalakkan untuk diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) kerana ianya dapat membantu murid dalam melahirkan pemikiran yang kreatif dan kiritis.

Peta Pemikiran i-Think ini terdiri daripada 8 jenis iaitu :

  1. Peta Bulatan (The Circle Map)
  2. Peta Buih (The Bubble Map)
  3. Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map)
  4. Peta Pokok (The Tree Map)
  5. Peta Dakap (The Brace Map)
  6. Peta Alir (The Flow Map)
  7. Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map)
  8. Peta Titi (The Bridge Map)

Penerangan 8 Peta i-Think

Dibawah ini kami sediakan kegunaan untuk setiap peta berserta contoh bergambar bagi memudahkan pemahaman murid.

1. Peta Bulatan (The Circle Map)

Peta bulatan digunakan untuk mendefiniskan sesuatu perkara, menjana idea, menilai sesuatu perkara.

2. Peta Buih (The Bubble Map)

Peta buih digunakan untuk menerangkan sesuatu benda atau watak (kata atau frasa adjektif).

3. Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map)

Peta buih berganda digunakan untuk membandingkan atau membezakan sesuatu perkara.

4. Peta Pokok (The Tree Map)

Peta pokok digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara mengklasifikasi atau membahagikan sesuatu perkara mengikut kelas/kategori.

5. Peta Dakap (The Brace Map)

Peta dakap digunakan untuk menerangkan bahagian-bahagian sesuatu perkara secara menyeluruh dan terperinci.

6. Peta Alir (The Flow Map)

Peta alir digunakan untuk menyusun sesuatu plot, proses atau kronologi.

7. Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map)

Peta pelbagai alir digunakan untuk membuat sebab dan akibat.

8. Peta Titi (The Bridge Map)

Peta titi digunakan untuk membuat analogi (Mencari faktor penghubung).

Download Peta i-Think

peta_ithink_kosong_download

Melur.net sediakan bahan mengajar 8 Peta i-Think Bahasa Melayu untuk guru.

Guru bolehlah gunakan peta pemikiran kosong ini untuk pembelajaran apa jua tajuk yang bersesuaian.

Caranya guru hanya download i-think map kosong dibawah ini dan print untuk diberikan latihan kepada murid.

✱ ✱ ✱ ✱

Tajuk: Latihan Peta iThink (kosong)
Format Bahan: A4 PDF (hitam-putih)
Sumber: Melur.net

Guru juga boleh download slideshow presentation berkenaan peta ithink ini disini ➟ Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)

Klik LIKE jika anda suka artikel ini!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: