Jom daftar Setel dan isi minyak di Petronas untuk nikmati pelbagai kelebihan dan rebat bila membeli minyak dan juga Kedai Mesra Petronas.
Apa itu Setel?
Setel adalah aplikasi yang membolehkan anda membuat pembelian minyak petrol dan diesel hanya dalam kereta tanpa ke kaunter di 1000 stesen Petronas seluruh Malaysia. Setel juga adalah ewallet dan boleh digunakan untuk membeli barang-barang di Kedai Mesra Petronas, beli insuran kereta dan motor, bayar roadtax dan membeli di semua kedai yang menerima pembayaran ewallet.
Setel dimiliki dan dibangunkan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB).
Cara Daftar Setel Petronas (Free RM7 kredit)
Senang je nak daftar Setel Petronas ni. Anda kena ada smartphone dan internet je.
Jom Melur tunjukkan cara mendaftar Setel ni dan anda boleh claim kredit free RM7.
1 Muat turun apps Setel
Mula-mula kena download apps Setel di Apps Store untuk iOS dan Google Play untuk Android.
2 Masukkan nombor telefon
Buka Setel tadi dan masukkan nombor telefon anda untuk pendaftaran.
3 Masukkan nombor OTP
Anda akan menerima satu kod pengesahan atau kod OTP dalam SMS. Masukkan nombor OTP itu untuk mengesahkan nombor telefon anda.
4 Masukkan nama dan emel
Kemudian masukkan nama dan emel anda dan klik ‘Continue’.
5 Masukkan kod referral 8ajac dan dapat free RM7
Seterusnya masukkan kod referral 8ajac dan dapat free kredit RM7 di dalam akaun Setel anda.
6 Buat password Setel
Buat password akaun Setel anda. Anda juga boleh setup biometric login dengan ibu jari anda.
7 Link kad kredit/debit ke Setel
Anda boleh link-kan terus kad debit atau kad kredit anda dengan Setel untuk memudahkan pembelian minyak dan lain-lain di Petronas. Atau anda boleh settingkan kemudian.
8 Pendaftaran berjaya
Kini anda dah boleh SETELkan semua urusan anda di Petronas dengan Setel. Dan boleh nikmati pelbagai ganjaran dan rebat dari apps Setel.
Kod Referral Setel (Dapat RM7 kredit)
Kod: 8ajac
Untuk dapatkan kredit ewallet Setel RM7 secara percuma, anda perlu masukkan kod referral 8ajac semasa pendaftaran akaun Setel anda.
Kelebihan Setel
Ini kelebihan Setel selepas Melur guna apps ni bertahun dah:
- Senang dan mudah: Melur rasa ini paling best pakai Setel Petronas ni sebab tak perlu pi beratur kaunter. Buka Setel, pilih pam minyak, pastu isi je.
- Kumpul point Kad Mesra: Lepas daftar Setel tadi, korang akan dapat terus kad Mesra baru dan boleh terus kumpul point kalo spend. Atau boleh jugak link-kan dengan kad sedia ada.
Dan yang bestnye, boleh tengok berapa point yang ada dan redeem terus dalam apps.
- Senang redeem point: Point-point kad mesra tadi boleh terus redeem dalam apps. Contoh boleh redeem Dunkin’ Donuts, boleh beli voucher Fipper, beli voucher Shopee dan banyak lagi.
- Boleh guna sebagai ewallet: Kalo terlupa bawa dompet ke duit ke, boleh je terus topup dan guna buat pembayaran ewallet kat mana-mana kedai.
- Boleh tengok stesen Petronas: Yang ni Melur rasa best sebab boleh check terus mana stesen Petronas yang masih buka dalam apps selepas 12 malam dan pi isi minyak situ.
Now dah ada akaun setel korang boleh tengok cara guna Setel untuk panduan topup dan isi minyak menggunakan Setel di Petronas.