Post image for Contoh Resume Terbaik 2019 • Download 27 Design Resume Moden & Elegan Terkini

Contoh Resume Terbaik 2019 • Download 27 Design Resume Moden & Elegan Terkini

Contoh Resume Terbaik 2019 • Download contoh re-sume terkini 2019 secara percuma dan edit semula dalam Ms Word.

Bagi graduan yang baru hendak memohon jawatan kosong mahupun mereka yang ingin memohon kerja lain – contoh kerja kerani, kerja kilang mahupun kerja manager di mana-mana syarikat, Cover Letter (CV) dan resume merupakan 2 aspek penting yang akan dilihat dahulu oleh majikan ataupun HR.

Apabeza CV dan resume?

Kerana majikan ataupun HR tidaklah mengenal anda secara peribadi. Jadi,  CV yang kemas dan resume kerja lengkap akan yang menjadi first impression anda terhadap mereka.

Semestinya anda sendiri tidak mahu permohonan anda diketepikan atau di-reject oleh mereka.

Cara Membuat Resume Terbaik


Sumber gambar: Jobscan

Bagaimanakah cara membuat resume yang terbaik yang dapat diterima oleh HR? Apakah format resume sebenar?

Ini kami kongsikan beberapa tips penting semasa anda membuat resume anda:

1. Pilih design template resume yang mudah dibaca dan difahami

  • pilih template resume yang simple dan senang dibaca
  • gunakan font yang mudah dibaca dan size antara 10.5 hinggat 12. Contoh tulisan Arial, Geneva, Trebuchet MS, Century Gothic, Gill Sans MT, Lucida Sans & Tahoma
  • pastikan ada margin/jarak antara tulisan dan kategori/seksyen
  • jika anda anda attach gambar didalam resume, pastikan gambar itu bersesuaian. Contoh gambar selfie adalah tidak sesuai digunakan

2. Masukkan maklumat penting dan terkini sahaja!

  • resume yang bagus adalah hanya 2 mukasurat sahaja. Maksimum 3 mukasurat
  • masukkan maklumat anda secara ringkas dan tepat seperti Nama, No Tel, Emel, Umur, Lesen (jika perlu seperti resume driver) dan lain-lain
  • tulis kelayakan dan pengalaman kerja anda sebelum ini (jika ada) secara ringkas tapi padat. Contohnya, memasukkan maklumat yang berkaitan kerja yang anda memohon sahaja
  • bagi latar belakang pendidikan, cukup mengisi 3 sahaja yang disusun dari pendidikan yang terkini. Contoh Degree, Diploma dan SPM. Latar belakang PMR atau PT3 dan kebawah tidak perlu dinyatakan, melainkan ianya diminta atau anda memohon dengan kelayakan SPM sahaja.

3. Reference amat penting!

Reference atau rujukan amat penting untuk kegunaan HR bagi menyemak segala maklumat yang diberikan adalah sahih serta meminta pandangan peribadi daripada rujukan mengenai anda di tempat kerja lama anda.

Oleh itu sertakan nama penuh reference, jawatan pekerjaan reference dan nombor telefon yang boleh dihubungi bagi memudahkan HR membuat semakan.

4. Buat semakan akhir

Akhir sekali, sebelum anda menghantar resume dan cv anda yang sudah siap, buat semakan kembali untuk mengelakkan sebarang kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Jangan disebabkan kesalahan kecil ini, permohonan anda di-reject begitu sahaja!

Bagi info yang lebih detail bagaimana membuat resume yang bagus, anda boleh baca artikel ini ➟ Panduan Membuat Resume Yang Terkini

Download Contoh Resume Terbaik 2019

Walaupun template resume ini design @ rekabentuk yang moden dan elegen, ianya masih lagi dikategorikan resume yang simple dan stylish.

Contoh-contoh resume ini bukanlah template resume Bahasa Melayu, tetapi anda boleh edit dan isi maklumat anda dalam Bahasa Melayu.

Saranan kami, anda boleh download secara percuma kesemua 27 resume ini dan simpan di dalam komputer/laptop anda atau anda boleh bookmark terus website Melur.net untuk rujukan di masa hadapan.

Kesemua template ini adalah di dalam format Ms Word.

Resume Contrast

Resume Creative 1

Resume Headline

Resume Rose

Resume Simple Minimalist

Resume Cyan Blue

Resume Modern Highlight

Resume Standout

Resume Pink Feminine

Resume Clean Modern

Resume Trendy

Advertisement

Resume Simple Snapshot

Resume Sophie

Resume Modern Dark

Resume Dotted Red

Resume Yellow Black

Resume Clean Goldenrod

Resume Simple & Clean

Resume Sunny Afternoon

Resume Magnifier

Resume Oxygen

Resume Cardinal Red

Resume Stand Out

Resume Sunny Valley

Resume Fancy Red

Resume Creatively Smart

Resume Blue Denim

.

Panduan Download & Edit Resume

Bagi anda yang masih keliru bagaimana untuk edit resume yang anda download tadi, boleh ikut panduan yang kami berikan ini:

  1. Pertama sekali download mana-mana contoh template resume 2019 ini.
  2. Buka file yang anda download tadi dalam Ms Word
  3. Mula editing dan kemaskini maklumat anda ke dalam file tadi
  4. Apabila sudah berpuas hati dengan kemaskini anda, klik ‘Save’ dan kemudian ‘Print’ resume tadi
✱ ✱ ✱ ✱
Bagi yang mencari contoh resume bahasa Melayu, anda boleh download disini➟ 149 Contoh Resume Bahasa Melayu Mohon Kerja .

Jangan lupa kongsikan koleksi template resume terbaek ini dengan rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Semoga contoh-contoh resume yang kami sediakan ini dapat membantu mereka dalam mendapatkan kerja baru. Nanti dah dapat kerja, barulah boleh pakai kereta Honda pula kan!

Kata Carian:

  • contoh resume 2019
  • tips terbaik siap phd ikut setiap format
  • contoh resume bahasa melayu terbaik
  • resume terbaik malaysia 2019
  • contoh resume terbaik percuma
  • contoh resume lengkap
  • contoh cv 2019
  • yellow resume template
  • contoh resume bahasa melayu template
  • contoh resume melayu 2019

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment