Anda sedang mencari contoh resume bahasa Melayu terbaik untuk mohon kerja baru? Anda berada di tempat yang betul.
Sebenarnya susah nak cari contoh-contoh resume bahasa Melayu yang simple dan ringkas kat internet ni. So, kami buatkan 5 template premium resume Bahasa Melayu edisi 2022 yang baru dan lebih moden khas untuk anda. Dan ianya adalah percuma sahaja. Dekat Shopee pun resume ni harga RM10 taw.

Contoh resume Bahasa-Melayu yang ada dekat internet ni semua adalah template design lama dan sudah outdated sangat. Anda boleh tengok pada contoh gambar diatas.
Jika anda buat carian di Google untuk keyword contoh resume bahasa Melayu, kebanyakan contoh yang ada adalah contoh-contoh resume yang lama. Kurang sesuai digunakan zaman sekarang.
Dengan template kami yang lebih moden dan terkini, anda boleh edit resume dalam Ms Word dengan mudah dan cepat – tukar gambar dan tukar warna background mengikut warna kegemaran anda. So harap dengan contoh template resume ni boleh membantu anda membuat resume yang menarik.
Nak kerja kerajaan tanpa kabel? Dapatkan ebook rahsia temuduga ni.
Resume Bahasa Melayu ini juga boleh digunakan oleh pelajar yang baru nak cari kerja atau mereka yang sedang ingin sesuai untuk memohon apa-apa kerja seperti:
- kerani
- kilang
- engineer
- cikgu
- operator
Template Premium Resume
Kenapa anda perlu dapatkan template resume kerja ini?
- Template resume premium. Dekat luar kena bayar RM10-RM50 untuk design template ni.
- Cepat dan mudah. Boleh tukar warna, font dan gambar anda menggunakan Ms Word. Anda boleh refer pada ‘Cara Membuat Resume’ untuk panduan edit.
- Format umum. Resume ni sesuai untuk semua dari pelajar yang baru nak cari kerja ataupun mereka nak tukar kerja baru.
- Download percuma. Susah nak cari resume design moden dalam bahasa Melayu yang free dekat internet.
Ini adalah format resume yang kami gunakan:
- Font – Calibri, Bebas Neue, Arial
- Spacing: 1.5
- Format file: Microsoft Word
Download Contoh Resume Bahasa Melayu
5 template resume;
Download: Resume Kuning Langsat
Download: Resume Oren Moden
Download: Resume Biru Simple
Download: Resume Pepel Simple
Download: Resume Biru Moden
Bagaimana nak download template resume Bahasa melayu ni?
Klik pada ‘nama’ resume dan download dalam komputer/hp anda.
Bagaimana nak edit contoh resume Bahasa Melayu ni?
Rujuk pada bahagian Cara Edit Resume dalam artikel.
Bolehkah saya jual template resume ni?
Anda tidak dibenarkan menjual kembali kerana ianya hakmilik Melur.net dan ianya diedarkan secara percuma.
Cara Edit Resume Dalam Ms Word
Berikut kami kongsikan cara edit contoh resume ini:
-
Download Contoh Template Resume Bahasa Melayu
Download mana-mana template resume Bahasa Melayu yang anda berminat. Masukkan password –melur.net untuk buka file tadi.
-
Buka Ms Word
Bukak Ms Word dan buka file template resume yang anda download tadi.
-
Edit Resume
Anda boleh update dan edit gambar, tulisan (font) dan warna mengikut keselesaan anda.
Untuk tukar gambar, klik pada ‘gambar default’ ➝ Format Shape ➝ Fill ➝ Picture or Texture Fill ➝File.
Bagi yang tiada gambar passport, boleh rujuk cara buat gambar passport sendiri menggunakan phone.
-
Save dan Print
Jikalau dah siap kemaskini dan semak resume tadi, anda boleh klik Save dan siap untuk di-print.
5 Tips Menulis Resume Terbaik!
Ini adalah 5 tips penting yang perlu anda tahu untuk membuat resume terbaik untuk memohon kerja:
Pemilihan template | Pilih template resume yang nampak simple dan clean seperti template nombor 3 dan 4. |
Tulisan/ font | Pastikan anda memilih tulisan atau font yang jelas dan senang dibaca seperti Arial. |
Ringkas dan padat | Resume yang baik adalah 1-3 mukasurat sahaja dan sebaik-baiknya 2 mukasurat. Pastikan anda menulis maklumat secara ringkas dan padat dalam resume. |
Maklumat diri lengkap | Masukkan maklumat diri yang berkenaan dan bersesuaian dengan kerja yang akan anda pohon seperti pengalaman kerja dan kemahiran anda. |
Semak semula | Semak kembali ejaan dan typo untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan maklumat yang anda berikan adalah betul. |
Info Penting Dalam Resume
Perkara utama dalam sesebuah resume yang terbaik adalah mengandungi info-info lengkap berikut:
- Work Experience
- Contact Information
- Portfolio *
- Skills
- Education
- Awards & Certification *
- Projects *
- Languages
- Interests & Hobbies *
Kami harapkan Template Premium Resume Bahasa Melayu kami kongsikan ini dapat dijadikan rujukan orang ramai yang sedang mencari contoh resume kerja.
Dan jika anda apa yang kami kongsikan ini berguna untuk anda, bolehlah klik share kepada kawan-kawan yang lain ya.
Kalau ada apa-apa cadangan untuk penambahbaikan resume ini, boleh komen dibawah.
terima kasih.semoga tuan dimurahkan rezeki sentiasa
sama-2..gudlak dalam memohon kerja 🙂
Saya tekan “Resume Biru Moden”. Tak keluar apa-apa. Kena subscribe apa entah tu.
Saya dah download dan masukkan password. Tapi tak boleh edit atau tukar. Tulis nya “selection is locked”.
Bantu saya. URGENT
Terima kasih berkongsi..saya dah download resume
Terima kasih sudi share.. lawa resume..
saya dah download tapi tak boleh buka
Salam,
Boleh saya dapatkan softcopy untuk Resume.
Tq.
salam tak boleh extract