[rank_math_breadcrumb]

6 Contoh Resume Bahasa Melayu Format Word 2024

Anda boleh muat turun 6 contoh resume Bahasa Melayu premium ini secara percuma je. Contoh-contoh resume ini juga boleh digunakan untuk fresh graduate yang sedang mencari kerja atau adik-adik lepasan SPM yang nak kerja part-time.

Adakah anda sedang mencari contoh resume bahasa Melayu terbaik untuk mohon kerja baru? Atau anda seorang fresh graduate yang nak cari kerja? Anda boleh download 6 contoh resume premium yang menarik ini saya berikan secara percuma je.

Melur ingat lagi masa nak apply kerja lepas grad dulu, Melur buat carian di Google untuk cari contoh-contoh resume bahasa Melayu, memang susah nak jumpa resume bahasa Melayu ni. Banyak yang ada versi English je.

template contoh resume bahasa melayu format word

So, Melur buatkan 5 template premium resume Bahasa Melayu edisi 2022 + 1 bonus template resume edisi terkini 2024 yang baru dan lebih moden khas untuk anda. Dan ianya adalah percuma sahaja. Dekat Shopee pun jual resume ni harga RM10 taw.

Template Premium Resume Melur.net

Kenapa anda perlu dapatkan template resume kerja ini?

  1. Template resume premium. Dekat luar kena bayar RM10-RM50 untuk design template yang sama macamni.
  2. Cepat dan mudah. Boleh tukar warna, font dan gambar anda menggunakan Ms Word. Anda boleh refer pada ‘Cara Membuat Resume’ untuk panduan edit.
  3. Format umum. Resume ni sesuai untuk semua dari pelajar yang baru nak cari kerja ataupun mereka nak tukar kerja baru.
  4. Download percuma. Susah nak cari resume design moden dalam bahasa Melayu yang free dekat internet.

Kemaskini 2024: Melur tambahkan 1 contoh resume bahasa Melayu terbaru yang diinspirasikan daripada contoh resume Havard University yang pernah viral sebelum ini.

Memang agak take time buat resume dalam Bahasa Melayu ni sebab buat daripada scratch kan. Tapi yang penting, Melur harap dengan resume ni dapat membantu anda semua mohon kerja dan memberi 1st impression yang baik dekat bakal majikan nanti.

Dengan template resume Bahasa Melayu ni, anda boleh edit resume dalam Ms Word dengan mudah dan cepat – tukar gambar dan tukar warna background mengikut warna kegemaran anda. So harap dengan contoh template resume ni boleh membantu anda membuat resume yang menarik.

6 Contoh Resume Bahasa Melayu

template resume kerja simple bahasa melayu

Contoh template Resume Bahasa Melayu ini boleh digunakan oleh semua orang yang hendak mohon kerja. Untuk yang nak cari kerja lain dan perlukan resume baru, untuk pelajar SPM yang baru nak mohon kerja part-time seperti kerani atau mereka yang ingin sesuai untuk memohon kerja kerajaan SPA9.

Ini adalah format resume Melur:

  • Font – Calibri, Bebas Neue, Arial
  • Spacing: 1.5
  • Format file: Microsoft Word

Oh ya, setiap file resume ni ada password untuk elakkan orang curi. Masukkan password melur.net bila nak buka file tu and dicadangkan buka melalui komputer atau laptop ye untuk lebih mudah.

1 Resume Kuning Langsat

contoh resume bahasa melayu 2023

Nama: Resume Kuning Langsat
Format: MS Word
Password: Melur.net

Resume kerja ini sesuai digunakan untuk mereka yang nak memohon kerja dalam bidang creative seperti designer dan marketing.

2 Resume Oren Moden

contoh resume bahasa melayu boleh edit ms word

Nama: Resume Oren Moden
Format: MS Word
Password: Melur.net

Resume ini sesuai digunakan untuk mereka menunjukkan skill kerja.

3 Resume Pepel Simple

contoh template resume bahasa melayu

Nama: Resume Pepel Simple
Format: MS Word
Password: Melur.net

Resume kerja ini sesuai digunakan untuk memohon jawatan kerajaan seperti SPA9.

4 Resume Biru Simple

template resume bahasa melayu download percuma

Nama: Resume Biru Simple
Format: MS Word
Password: Melur.net

Resume ini sesuai digunakan untuk mereka yang hendak memohon latihan industri atau praktikal.

5 Resume Biru Moden

format resume bahasa melayu

Nama: Resume Biru Moden
Format: MS Word
Password: Melur.net

Sesuai untuk mohon semua pekerjaan.

6 Resume Havard Simple

contoh resume kerja

Nama: Resume Havard Simple
Format: MS Word
Password: Melur.net

Resume kerja simple ini sesuai untuk yang baru nak start kerja seperti adik-adik lepasan SPM atau yang baru lepas grad.

Cara Buat Resume Dalam MS Word

Ini adalah panduan untuk cara buat resume menggunakan resume Melur.net diatas:

cara buat resume menggunakan template resume melur.net dalam ms word
LangkahDetail
Download Template ResumeDownload mana-mana template kosong resume Bahasa Melayu yang anda berminat. Masukkan password –melur.net untuk buka file tadi.
Buka Ms WordBuka Ms Word dan buka file template resume yang anda download.
Edit ResumeAnda boleh update dan edit gambar, tulisan (font) dan warna mengikut keselesaan anda.
Edit GambarUntuk tukar gambar, klik pada ‘gambar default’ ➝ Format Shape ➝ Fill ➝ Picture or Texture Fill ➝File (dan pilih gambar anda).

Bagi yang tiada gambar passport, boleh rujuk cara buat gambar passport sendiri menggunakan phone.
Save dan PrintJikalau dah siap kemaskini dan semak resume tadi, anda boleh klik Save dan siap untuk di-print.

Contoh Resume Terbaik!

Apakah ciri-ciri resume terbaik?

Contoh resume terbaik adalah resume yang boleh memberikan first impression yang baik kepada bakal majikan atau HR yang lengkap dengan maklumat diri dan kerja yang dimohon kerana resume adalah dokumen pertama yang dilihat oleh bakal majikan.

ciri-ciri contoh resume terbaik

Apa yang Melur selama duk apply kerja ni, selain dari design resume itu sendiri, ciri-ciri resume kerja terbaik mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:

Nak kerja kerajaan tanpa kabel? Dapatkan ebook rahsia temuduga kerajaan ni.

#1 Tulis dalam format yang kemas

Pilih format resume yang kemas dan mudah dibaca seperti struktur yang jelas, termasuk bahagian seperti maklumat peribadi, pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran, dan rujukan.

Gunakan font yang senang dibaca seperti Arial atau Times New Roman dan digalak menggunakan size 11-12px.

#2 Ringkasan profesional

Mulakan resume dengan ringkasan profesional yang menekankan kekuatan dan kebolehan anda. Ringkasan ini harus singkat, padat, dan mencerminkan tujuan anda serta kelayakan yang anda bawa kepada majikan.

Contohnya : ‘Seorang yang mampu menyerap pelbagai  tugasan yang berganda dengan kemahiran organisasi yang cemerlang dan mampu bekerja dalam pasukan dengan bagus.

#3 Penekanan pada Pendidikan dan Kelayakan

Tuliskan pendidikan anda dengan terperinci, termasuk gelaran yang anda miliki, nama institusi, tahun tamat, dan keputusan akademik yang cemerlang mengikut susunan daripada yang terkini dan tertinggi.

Jika anda mempunyai kelayakan tambahan, seperti kursus profesional atau sijil dalam bidang tertentu, boleh dinyatakan juga.

#4 Pengalaman kerja yang relevan

Sertakan maklumat tentang pengalaman kerja anda yang paling relevan dengan pekerjaan yang anda ingin mohon.

Tuliskan nama syarikat, jawatan yang dipegang, tempoh kerja, dan tugas-tugas utama yang anda laksanakan. Berikan penekanan pada pencapaian dan kejayaan yang telah anda raih ketika bekerja.

#5 Nyatakan Kemahiran anda

Nyatakan kemahiran anda dengan jelas. Ini termasuk kemahiran teknikal seperti penguasaan perisian atau alat-alat khusus dalam bidang anda, serta kemahiran interpersonal seperti kemahiran komunikasi, kepemimpinan, dan kerjasama kumpulan.

Sebagai contoh, sekiranya anda memang expert menggunakan Ms Excel untuk kerja-kerja editing dan database, anda boleh tuliskan Ms Excel : 9/10.

#6 Aktiviti luar pekerjaan

Berikan gambaran mengenai aktiviti-aktiviti di luar pekerjaan yang menunjukkan kepimpinan, kebolehan organisasi, atau minat khusus anda.

Contohnya, sertakan keahlian dalam organisasi sukarelawan, keanggotaan dalam kelab profesional, atau penyertaan dalam acara-acara industri.

#7 Rujukan dan testimoni

Ramai yang memandang remeh pada bahagian Rujukan ini. Sila tuliskan nama rujukan atau mereka yang boleh memberi testimoni berkenaan kemahiran dan kelayakan anda.

Pastikan telah mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu sebelum menyebutkan nama mereka dalam resume anda.

Kebiasaanya, diletakkan nama majikan / HR lama atau bagi lepasan graduate yang belum bekerja, boleh letakkan nama lecturer / cikgu homeroom.


So harap dengan adanya 6 template kosong contoh resume ni; ada yang Melur design simple ada yang design terkini, memudahkan anda untuk pilih resume yang bersesuaian dengan citarasa masing-masing dan seterusnya dapat kerja yang dipohon.

Sekiranya Template Resume Bahasa Melayu berguna untuk anda, bolehlah klik share kepada kawan-kawan yang lain ya.

Melur harapkan Template Premium Resume Bahasa Melayu kami kongsikan ini dapat dijadikan rujukan orang ramai yang sedang mencari contoh resume kerja.

Kalau ada apa-apa cadangan untuk penambahbaikan resume ini, boleh komen dibawah ya.

Bagaimana nak download template resume Bahasa melayu ni?
Klik pada ‘nama’ resume dan download dalam komputer/hp anda.
Bagaimana nak edit contoh resume Bahasa Melayu ni?
Rujuk pada bahagian Cara Buat Resume dalam artikel.
Bolehkah saya jual template resume ni?
Anda tidak dibenarkan menjual kembali kerana ianya hakmilik Melur.net dan ianya diedarkan secara percuma.
Berapa muka surat untuk resume yang terbaik?
Tiada syarat khas. Tapi seeloknya 1-2 mukasurat. Jika terlalu banyak pengalaman atau kemahiran yang perlu dimasukkan, boleh dibuat 3 mukasurat.

Cik Melur

Cik Melur adalah seorang suri rumahtangga. Mempunyai sorang anak comel berusia 11 bulan.Suka menulis dan berkongsi kepada orang ramai.

1 thought on “6 Contoh Resume Bahasa Melayu Format Word 2024”

Leave a Comment

Klik Share!

Kongsikan artikel 6 Contoh Resume Bahasa Melayu Format Word 2024 ini di sosial media anda. Melur ucapkan terima kasih untuk setiap share.