Post image for (Panduan Bergambar) Cara Mengisi Borang Permohonan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4

(Panduan Bergambar) Cara Mengisi Borang Permohonan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Berikut dikongsikan panduan untuk borang permohonan MRSM secara online bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2019/2020.

Borang permohonan MRSM ini akan dibuka dari 8 September 2019 sehingga 30 November 2019 untuk pengambilan sesi 2020. Dan pemohon boleh membuat permohonan tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR/PMR.

Cara-cara Mengisi Borang Permohonan MRSM Online

Kami kongsikan panduan dan cara-cara mengisi borang permohonan MRSM online ini langkah demi langkah untuk memudahkan anda.

Langkah 1: Dapatkan Kata Laluan Untuk Pengguna Baru

• Untuk dapatkan kata laluan, pergi ke website permohonan MRSM (mengikut tingkatan) dan klik pada ‘DAFTAR PENGGUNA’.

Panduan Mengisi Borang Permohonan MRSM

Website permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah tidak sama tapi prosesnya adalah sama sahaja. So, jangan tersalah pilih website.

• Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa simbol (-) dan klik ‘HANTAR’.

• Sekiranya berjaya, maklumat nama, nombor kad pengenalan dan angka giliran akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang tertera adalah tepat.

• Kemudian masukkan emel yang anda gunakan dan klik ‘HANTAR’.

• Satu mesej akan dipaparkan sekiranya pendaftaran telah berjaya. Sila simpan kata laluan yang diberikan untuk tujuan log masuk. Kata laluan ini juga akan dihantar ke emel yang didaftarkan diatas.

• Klik pada butang ‘OK’ untuk teruskan ke laman log masuk.

Langkah 2: Isi Borang Permohonan MRSM

• Selepas klik ‘OK’ tadi, ianya akan kembali ke halaman permohonan tadi. Dan anda hanya perlu memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan tadi untuk log masuk.

log masuk pendaftaran mrsm

• Borang permohonan ini mengandungi 4 bahagian iaitu Maklumat Peribadi, Maklumat Ibu Bapa/Penjaga, Pilihan MRSM dan Perakuan.

• Pada bahagian Maklumat Peribadi, pemohon perlu mengisi maklumat :

contoh borang permohonan mrsm

  1. Nombor telefon
  2. Jantina
  3. Warganegara
  4. Bangsa
  5. Agama
  6. Kategori Calon
  7. Alamat Surat Menyurat
  8. Status OKU
  9. Kesihatan

• Bagi pemohon OKU, sila lengkapkan nombor kad OKU dan kategori OKU.

• Bagi pemohon yang mempunyai penyakit kronik, sila nyatakan Jenis Penyakit.

• Sila klik butang ‘SIMPAN’ dan mula mengisi maklumat di bahagian Maklumat Ibu Bapa/Penjaga

• Di bahagian Maklumat Ibu Bapa / Penjaga, pemohon perlu mengisi maklumat penjaga seperti berikut :

  1. Nama Penjaga
  2. Nombor Kad Pengenalan
  3. Warganegara
  4. Bangsa
  5. Pekerjaan
  6. Hubungan dengan pemohon
  7. Bilangan tanggungan
  8. Pendapatan Bulanan
  9. Maklumat OKU
  10. Maklumat Kematian
  11. Maklumat Jenis Ketidakupayaan

• Setelah selesai, klik butang ‘SIMPAN’ dan mula mengisi maklumat di bahagian Pilihan MRSM pula.

• Di bahagian Pilihan MRSM, pemohon perlu memilih sekurang-kurangnya 1 pilihan dan maksimum 5 pilihan sahaja dan pastikan pilihan program serta pilihan MRSM disusun mengikut keutamaan.

pilihan mrsm

• Sila klik pada butang Icon Hitam (seperti dalam contoh gambah diatas) untuk menambah pilihan MRSM.

• Pemohon boleh membuat kemaskini atau memadam pilihan yang dibuat.

• Sila tandakan pilihan samaada pemohon hanya berminat ke MRSM dan Program yang dipilih sahaja ataupun boleh ditempatkan di mana-mana MRSM dan Program MRSM.

• Klik butang ‘SIMPAN’ dan mula mengisi maklumat di bahagian Perakuan .

• Untuk bahagian Perakuan, pemohon hanya perlu menandakan ✔ di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik ‘HANTAR’.

• Selepas klik ‘HANTAR’ tadi, satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar. Dan klik ‘OK’.

STATUS PERMOHONAN MRSM

• Sila klik ‘CETAK’ bagi print borang permohonan yang telah lengkap diisi untuk rujukan.

• Siap sudah permohonan anda. Sekarang anda boleh ‘LOG KELUAR’.

• Bagi menyemak semula maklumat permohonan, sila masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan di laman log masuk. Daftar pengguna hanya perlu dibuat sekali sahaja.

✱ ✱ ✱ ✱

Begitulah panduan untuk mengisi borang permohonan MRSM. Senang bukan? Untuk yuran pendaftaran, sila baca disini Yuran Pendaftaran MRSM 2019/2020.

Apa-apapun kami ucapkan semoga berjaya kepada semua pemohon!

Jika terdapat sebarang masalah @ soalan berkaitan MRSM, boleh ajukan dalam ruangan komen dibawah ye.

{ 1 comment… read it below or add one }

Nur sakinah September 21, 2019 at 9:38 pm

Saya tersilap masukan alamat emel ada mslh tak untuk dihubungi

Reply

Leave a Comment