[rank_math_breadcrumb]

Cara Guna Setel Beli Minyak Petronas

Jom belajar cara guna Setel untuk beli minyak di Petronas. Tak perlu beratur dah. Guna phone je dah boleh isi minyak di Petronas. Mudah, cepat dan efisien!

Cara Guna Setel Untuk Beli Minyak Petronas

cara guna setel beli minyak petronas

Setakat melur guna Setel beli minyak Petronas ni cukup mudah dan senang sebab tak perlu nak beratur panjang-panjang dah dekat kaunter. Hanya guna phone dan setel!

Jom daftar Setel dan dapatkan kredit free RM7.

Berikut adalah cara guna Setel untuk isi minyak 95/97 ni:

1 Buka apps Setel dan GPS

panduan guna setel untuk beli minyak di stesen petronas

Buka apps Setel dan GPS di telefon anda untuk detect stesen minyak Petronas terdekat dengan anda. Tekan ‘Go To Stesyen‘ dan drive ke stesyen minyak Petronas itu.

2 Topup akaun Setel

topup duit dalam ewallet setel

Pastikan anda topup dahulu kredit ke dalam akaun Setel ewallet sebelum buat pembelian minyak.

3 Tekan Purchase Fuel

beli minyak dalam setel apps

Bila dah sampai di stesen minyak tadi, tekan ‘Puchase Fuel‘ atau ‘Beli Minyak‘ untuk buat pembelian minyak ron 95 atau 97.

baca panduan keselamatan dan scroll kebawah dan klik ‘Saya Terima‘.

4 Pilih nombor pam minyak

Pilih nombor pam minyak dalam apps setel

Pilih nombor pam yang dipaparkan pada Setel.

Anda juga boleh lihat nombor pam pada sticker biru yang ditampal pada setiap pam.

5 Pilih jumlah isian

pilih jumlah isian minyak dalam setel

Pilih jumlah isian minyak kereta anda. Untuk full tank limit RM100 sahaja.

6 Masukkan password Setel

masukkan password setel

Masukkan password atau scan jari anda. Tunggu sehingga penyambungan berjaya.

7 Mula isi minyak

start isi minyak petronas

Setel akan tunjukkan nombor pam yang anda pilih tadi dan anda boleh mula isi minyak kereta.

8 Bonus point Kad Mesra

tengok resit pembelian minyak dan bonus kad mesra petronas

Selepas selesai isi minyak, kita boleh tengok bonus point yang dapat dari isi minyak tadi dan invoice pembelian minyak.

beli kereta lelong
Video panduan cara guna Setel untuk beli minyak Petronas

Cara Topup Setel

Sebelum isi minyak, pastikan anda mempunyai baki yang cukup dalam ewallet Setel anda. Berikut adalah cara untuk topup kredit Setel:

Klik ewallet Setel

klik pada ewallet setel untuk topup

Buka apps Setel dan tekan baki ewallet (atas sebelah kanan).

Pilih Topup

pilih jenis topup

Ada 2 option untuk topup iaitu manual atau auto kad debit/kad kredit. Untuk topup auto dengan kad, anda kena link dahulu Setel dengan kad debit.

Untuk topup manual klik Top-up pada Setel Wallet.

Pilih Jumlah Topup

pilih jumlah topup yang anda inginkan

Pilih jumlah topup yang diinginkan. Anda juga boleh convert point kad Mesra kepada kredit ewallet.

Pilih Pembayaran

pilih option pembayaran topup ewallet

Pilih jenis pembayaran topup. Anda boleh topup menggunakan:

  • Kad kredit / kad debit
  • Online banking – CIMB, Maybank2u, Hong Leong dan lain-lain
  • Boost ewallet
  • Grabpay
  • Shopeepay

Selesai Topup Setel

kredit topup ewallet setel anda berjaya

Selesai topup akaun Setel anda. Anda boleh mula menggunakan untuk beli minyak atau di kedai Mesra Petronas.


Semoga panduan ini membantu anda mengisi minyak Petronas dan topup ewallet Setel anda.

Oh ya, anda boleh link-kan kad Mesra Fizikal anda dengan setel untuk 3x point setiap kali isi minyak atau membeli di kedai Mesra.

Cik Melur

Cik Melur adalah seorang suri rumahtangga. Mempunyai sorang anak comel berusia 11 bulan.Suka menulis dan berkongsi kepada orang ramai.

Leave a Comment

Klik Share!

Kongsikan artikel Cara Guna Setel Beli Minyak Petronas ini di sosial media anda. Melur ucapkan terima kasih untuk setiap share.