Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Online (Deposit RM20 sahaja)

Harini Melur nak kongsikan cara buka akaun Hong Leong Bank online je dari rumah dengan deposit serendah RM20 sahaja.

Buka Akaun Hong Leong Bank Online

So minggu lepas, Melur nak buka account dekat Hong Leong bank dekat adik sebab dia kerja jadi tak sempat nak singgah bank. Sebab malas nak drive pergi kaunter bank, Melur usya-usya website Hong Leong tu tengok boleh buka akaun simpanan dengan akaun semasa online je.

Jadi, Melur nak kongsikan panduan cara buka akaun simpanan Hong Leong bank online dengan deposit hanya RM20 sahaja. Buat online je senang tak payah nak berpeluh bermekap bagai kan.

Syarat Kelayakan Buka Akaun Hong Leong

Antara syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk membuka akaun simpanan Bank Hong Leong adalah:

  • Mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  • Mempunyai kad pengenalan biru.
  • Anda mesti memberikan bil utiliti atau penyata bank terkini sebagai bukti alamat.
  • Anda perlu mengambil selfie dengan kad pengenalan atau pasport anda di tangan.
  • Sediakan duit deposit. Contoh akaun simpanan hanya deposit RM20.

Yuran Deposit Buka Akaun Hong Leong

Yuran deposit atau caj deposit permulaan untuk buka akaun Hong Leong bank adalah berbeza mengikut jenis akaun. Untuk akaun simpanan asas deposit diperlukan hanya RM20 manakala akaun semasa pula deposit permulaan RM500.

Jenis AkaunDeposit Permulaan
Akaun Simpanan AsasRM20
Akaun Pay&SaveRM50
Akaun SemasaRM500
Akaun Simpanan HarvestRM1000

Jenis Dokumen Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan buka akaun ni adalah :

  • Kad Pengenalan
  • pasport (untuk foreigner)
  • bil utiliti seperti bil tnb/bil telefon
  • sijil kelahiran (kalau perlu)

Tapi untuk apply online, korang just perlukan Kad Pengenalan je.

Penghantaran Kad Debit ATM

Bank Hong Leong akan menghantar kad debit ATM mengikut alamat rumah yang anda daftar dalam tempoh 14-21 hari bekerja.

Panduan Buka Akaun Hong Leong

Cara Buka Akaun Simpanan Hong Leong Bank Online

Untuk membuka akaun simpanan Hong Leong Bank secara online, anda perlu muat turun aplikasi Apply@HLB ke smartphone. Pemohon mestilah berumur 18 tahun keatas dan perlu mempunyai akaun bank lain (nama pemohon mesti sama) untuk membuat pengesahan bayaran deposit.

Download Apps Apply@HLB

Mula-mula sekali download dan install dahulu apps Apply@HLB di Google Play untuk android atau di Playstore untuk iphone.

Buka Apps Apply@HLB

Buka apps tadi dan masuukan nombor Kad Pengenalan dan Nombor telefon anda dan tunggu nombor OTP melalui SMS.

Kemudian masukkan nombor OTP tadi.

Pilih Jenis Akaun dan Kegunaan

Anda perlu pilih jenis akaun dan kegunaan akaun bank anda.

Pilih Personal Bank AccountSavingsIslamic Bank AccountBasic Savings Account.

Baca semua term and conditions dan kemudian klik Agree.

Gambar Kad Pengenalan

Pegang dan ambil gambar Kad Pengenalan anda (depan dan belakang).

Isi Maklumat Diri

Isikan maklumat diri anda yang diperlukan. Pastikan alamat rumah anda yang terkini kerana kad debit akan dihantar melalui pos ke rumah.

Semak semua maklumat dan tekan Next.

Setup Akaun Bank Hong Leong Online

Seterusnya, anda perlu buat username, password dan gambar sekuriti untuk access akaun Hong Leong bank secara online nanti.

Pastikan anda ingat username dan password ini untuk urusan semakan baki dan transfer duit online nanti.

Pengesahan Permohonan Akaun Hong Leong Bank

Anda akan menerima 1 emel dari pihak Hong Leong bank sekiranya permohonan anda melalui apps tadi berjaya.

Pihak bank akan proses permohonan anda dalam tempoh 3 hari bekerja.

Aktifkan Akaun Hong Leong Bank

Selepas 3 hari, anda akan menerima 1 lagi emel bahawa akaun simpanan Hong Leong anda sudah tersedia dan anda perlu aktifkan dengan membuat transfer online dari akaun lain (atas nama anda).

Sekiranya tiada akaun bank lain, anda boleh terus ke cawangan bank Hong Leong berdekatan dan membuat pengesahan dengan Kad Pengenalan.

Login Hong Leong Bank Online Atau HLB Connect

Akaun Hong Leong kini sudah berjaya dibuka. Langkah akhir adalah anda hanya perlu setup akaun Hong Leong Bank Connect untuk semak baki dan transfer duit secara online.

Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Online Melalui Portal HLB

Anda juga boleh buka akaun Hong Leong Bank secara online terus di Portal HLB.

1. Buka Portal Hong Leong Bank @ HLB

Pergi ke Portal Hong Leong di https://www.hlb.com.my dan kemudian pilih Personal ➝ Apply Online ➝ Current / Savings account

Anda boleh pilih bahasa di portal HLB samada Bahasa Melayu atau English. Melur tulis panduan ni guna English ye.

2. Pilih Jenis Akaun

Terdapat beberapa jenis akaun yang anda boleh pilih disini seperti:

  • Basic savings account
  • Pay&Save account
  • Current account
  • Harvest savings account (sesuai untuk warga emas 50 keatas)

So, pilih Basic savings account dengan deposit RM20 sahaja dan klik Apply Now.

3. Masukkan Poskod Rumah

Anda akan diminta untuk memasukkan nombor poskod rumah anda untuk memudahkan pihak bank assign cawangan bank Hong Leong terdekat menghubungi anda dan klik Lets Go.

4. Lengkapkan Maklumat Anda

Isikan nama penuh, email dan no telefon anda dengan tepat dan klik Submit.

Kemudian tunggu pihak bank akan menghubungi anda dalam masa 2 hari bekerja.

Sila sediakan salinan Kad Pengenalan dan juga bil utility (untuk pengesahan alamat) nanti.

Korang juga boleh tengok video cara buka akaun Hong Leong Bank online dibawah:

Selepas dah setel permohonan untuk buka akaun ni, korang boleh ke step seterusnya iaitu Daftar Online Banking Hong Leong Bank untuk urusan semakan baki akaun Hong Leong dan urusan transfer duit secara online.

Cik Melur

Cik Melur adalah seorang suri rumahtangga. Mempunyai sorang anak comel berusia 11 bulan.Suka menulis dan berkongsi kepada orang ramai.

Leave a Comment

Klik Share!

Kongsikan artikel Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Online (Deposit RM20 sahaja) ini di sosial media anda. Melur ucapkan terima kasih untuk setiap share.