Post image for Bonus Raya 2019: Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Minimum RM1,000

Bonus Raya 2019: Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Minimum RM1,000

Pemberian bonus raya penjawat awam dan kakitangan kerajaan 2019 yang sering ditunggu-tunggu khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kakitangan Awam Johor Terima Bonus Khas Raya 2019

Kerajaan Johor telah mengumumkan berita gembira buat 19,602 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri tersebut dengan pengumuman bantuan khas yang diputuskan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani berkata Kerajaan Johor telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2019 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri Johor.

Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat dua kali, iaitu RM500 pada 21 Mei (Selasa) manakala bakinya pual akan diberikan selewat-lewat 31 Mei (Jumaat).

Kedah Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 Untuk Penjawat Awam

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan kerajaan Kedah telah meluluskan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada setiap penjawat awam negeri untuk sambutan Aidilfitri bulan hadapan.

Bantuan tersebut akan diterima oleh seramai 4,711 penjawat awam negeri, termasuk 316 pegawai lantikan kontrak dan sementara.

Bayaran bantuan khas Aidilfitri ini akan dibuat pada 30 Mei ini.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Untuk Kakitangan Kerajaan Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan akan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri bersempena perayaan Aidilfitri yang akan datang.

Bantuan Bantuan Khas Kewangan ini diberikan kepada 3,905 penjawat awam di negeri yang melibatkan peruntukan berjumlah RM5.27 juta sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan tekanan kos sara hidup terutamanya menjelang musim perayaan.

Bonus Aidilfitri RM1,000 Untuk Penjawat Awam Melaka

Melalui Ketua Menterinya, Adly Zahari berkata Kerajaan Negeri Melaka bersetuju memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 5,300 penjawat awam negeri itu.

Pembayaran bonus Aidilfitri itu dikreditkan terus serentak dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 25 Mei ini.

Tun M Umum Bonus Aidilfitri Buat Penjawat Awam

Tun M berkata Kerajaan akan memberi Bantuan Khas Kewangan 2019 sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam yang ber-Gred 56 dan ke bawah.

Bagi pesara Kerajaan pula akan menikmati bantuan khas sebanyak RM225.

Pembayaran bonus ini akan mula dibuat pada 24 Mei 2019 dengan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

✱ ✱ ✱ ✱
Semoga berita gembira tentang bonus raya 2019 ini dapat menggembirakan semua hati penjawat awam dan secara tidak langsung membantu menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Dan masih belum terlambat untuk usya kereta baru untuk hari raya ini. Semak harga promosi kereta proton dan kereta perodua ini sebelum anda membeli kereta raya.

Kepada yang tak dapat bonus raya 2019 ni, jangan buat aduan buruh di Pejabat KTJ pula. Nanti depa tak layan aduan tu.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment