Post image for Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2019/2010

Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2019/2010

Bank Rakyat menawarkan Program Biasiswa Yayasan Bank Rakyat kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam mahupun swasta.

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Yayasan Bank Rakyat (YBR) menawarkan Biasiswa YBR bernilai RM2.25 juta kepada pelajar terpilih bagi melanjutkan pengajian secara sepenuh masa pada tahun ini (2019) dalam bidang data sains, kejuruteraan dan pengurusan.

Sebanyak 70 peratus dana diperuntukkan yang diterima dari Bank Rakyat serta anggota untuk bantuan pendidikan serta biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan SPM, STPM dan STAM.

Selain daripada bantuan PTPTN dan pinjaman MARA, pelajar kini boleh memohon Biasiswa Yayasan Bank-Rakyat atau lebih dikenali Permohanan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat.

Permohanan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat ini ditawarkan kepada semua peringkat pengajian dari Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah (PH.D).

Sesuai dengan nama ‘boleh ubah’, pelajar boleh menukar bantuan pelajaran ini kepada biasiswa penuh 100% tanpa bayaran balik sekiranya berjaya mendapat CGPA 3.50 keatas.

diskaun pembayaran biasiswa yayasan bank rakyat Jadual diskaun pembayaran balik biasiswa

Syarat Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Antara syarat-syarat untuk memohon bantuan pendidikan IPTA/IPTS ini adalah:

  • permohonan adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik
  • pemohon mestilah PENGAJIAN SEPENUH MASA di IPTA/IPTS dan Institusi Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • bidang pengajian mestilah yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diakui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR

Bidang-bidang Pengajian

PPBU ini adalah terbuka untuk semua bidang pengajian kecuali kursus Perubatan & Penerbangan (Lesen) namun keutamaan akan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari

Doktor PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Cara Memohon PPBU Bank Rakyat

Sebelum memohon, anda mestilah suda mendapat tawaran masuk ke mana-mana IPTA / IPTS.

1. Kesemua permohonan hendaklah dibuat secara online terus di portal www.yayasanbankrakyat.com.my.

2. Pemohon mestilah mendaftar terlebih dahulu di portal untuk mendapatkan nombor ID.

contoh borang permohonan biasiswa bank rakyatContoh e-borang permohonan biasiswa Bank Rakyat

3. Kemudian login ke portal dan isi e-borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat.

4. Selepas e-borang permohonan tadi siap diisi, pemohon perlu mencetak dokumen untuk rujukan peribadi.

5. Selepas tarikh tutup permohonan, pemohon dikehendaki menjawab kuiz pengetahuan umum.

6. Sekiranya permohonan berjaya, nama pemohon akan diumumkan di laman web rasmi YBR dan surat tawaran rasmi akan diposkan terus ke rumah.

Semakan Permohonan Biasiswa Bank Rakyat

Untuk semakan keputusan kelulusan biasiswa tadi, pemohon boleh tunggu keputusan yang akan dibuat di website rasmi YBR dimana akan diumumkan nama-nama calon yang layak.

Dan pemohon juga akan menerima keputusan melalui emel yang telah didaftarkan semasa membuat permohonan dan sekiranya pemohon bersetuju untuk menerima biasiswa itu, mereka perlu sign agreement perjanjian dan menyertai satu kursus wajib yang akan diadakan khas untuk penerima biasiswa.

Menurut pengalaman Cik Mira yang dikongsikan di blognya mybluepearl.wordpress.com, Cik Mira menerima sms dan email dari YBR yang beliau telah disenarai pendek untuk jawab kuiz PPBU iaitu ujian saringan online 2 minggu sebelum tarikh tutup permohonan. Katanya ujian tersebut hanyalah ujian simple seperti sekolah menengah untuk BM,BI, and matematik.

2 bulan selepas ujian, Cik Mira mendapat email lagi sekali yang mngatakan permohonan beliau berjaya dan ke proses seterusnya iaitu menguruskan dokumen perjanjian biasiswa YBR.

1 minggu selepas keputusan tawaran tadi, Cik Mira mendapat satu lagi email iaitu email ‘Jemputan ke Student Development Programme’, yang mana program ini wajib diikuti oleh YBR scholar yang berlangsung selama selama 5 hari 4 malam di A Famosa Resort, Melaka.

* Biasiswa boleh ditarik balik sekiranya:

  • Pelajar menangguhkan kajian mereka tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada YBR
  • Gagal menyelesaikan dan melaksanakan perjanjian dalam tempoh yang ditetapkan
  • Menyediakan maklumat palsu dalam borang permohonan
  • Gagal untuk kekal dalam bidang pengajian seperti yang dinyatakan di dalam permohonan PPBU
  • Tidak dapat lulus dari universiti / kolej / ILA / ILS dalam tempoh yang ditetapkan
  • Mendapat purata mata gred (CGPA) 2.0 dan ke bawah

Dan sekiranya biasiswa ditarik, pelajar dikehendaki membuat pembayaran penuh PPBU / Biasiswa yang telah mereka terima sepanjang tempoh pengajian mereka.

Bantuan / Helpline

Sekiranya anda ada masalah, anda boleh terus ke pejabat Yayasan Bank Rakyat atau boleh hubungi bantuan di 03 2612 9600 atau email yayasan@bankrakyat.com.my.

✱ ✱ ✱ ✱
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda juga boleh bertanyakan pada ruangan komen dibawah.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment