BIASISWA PETRONAS 2019 – PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP)

BIASISWA PETRONAS 2019 – Jom apply Bia-siswa Petronas (Petronas Scholarship) yang dibuka pada 14 Mac 2019 sehingga 21 Mac 2019.

Bagi anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terutamanya dalam bidang Oil & Gas, ini adalah peluang anda untuk memohon program biasiswa daripada Petronas terutamanya pelajar-pelajar yang berkelayakan yang berani untuk melangkaui sempadan melalui pemikiran berprestasi tinggi dan keupayaan kepimpinan.

PETRONAS telah menaja atau sponsorship lebih daripada 35,000 pelajar yang berbakat dan berkelayakan melalui program PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) dalam memupuk bakat yang tepat untuk syarikat, industri dan juga negara.

Permohonan biasiswa Petronas (Petronas Scholarship) ini adalah terbuka untuk rakyat Malaysia dalam meneruskan pengajian bidang berkaitan ijazah sarjana muda terutamanya dalam bidang minyak dan gas. Calon-calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuramah sebelum pemilihan akhir.

Program Tajaan Petronas Scholarship

Untuk tahun 2019, permohonan online bagi biasiswa Petronas hanya akan dibuka pada 14 Mac 2019 (9.00 pagi) sehingga 21 Mac 2019 (5.00 petang).

Petronas akan menaja 19 bidang program pengajian. Berikut adalah senarai bidang-bidang di bawah tajaan Biasiswa Petronas:

image

PETRONAS SCHOLARSHIP PROGRAMME
Accounting
Actuarial Science
Applied Chemistry
Chemical Engineering
Computer Science
Economics
Electrical & Electronic Engineering
Electrical & Electronic Engineering (Instrumentation)
Geology/Geophysics
Law
Material Engineering/Material Science
Mathematics
Mechanical Engineering
Petroleum Engineering
Petroleum Geoscience
Psychology
Sociology
Software Engineering
Statistics

 

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Petronas

Calon boleh download Panduan Calon di sini untuk maklumat lanjut mengenai kriteria kelayakan.

  • Terbuka untuk pelajar sama-ada daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) sendiri ataupun universiti luar.
  • Calon mestilah berumur antara 17 tahun – 19 tahun semasa memohon
  • Calon mestilah memiliki kemahiran kepimpinan yang tinggi serta seorang yang aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Calon hendaklah mengenal pasti program tajaan/scholarship yang ingin dipelajari.

 

Cara Memohon Scholarship Petronas

Kepada calon yang berminat, anda disarankan mengisi semua maklumat yang diperlukan dan menyemak semula maklumat yang diisi tadi.

  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara online melalui Portal PETRONAS Pendidikan Tajaan : KLIK DI SINI

Calon boleh muat turun Panduan Pengisian Borang Permohonan Online untuk panduan mengisi borang online.

  • Bagi pemohon program UTP pula, adalah wajibkan untuk calon mengemukakan permohonan kemasukan UTP melalui http://www.utp.edu.my

Nota tambahan:

– Jika anda ada sebarang masalah atau bantuan untuk memohon biasiswa ini, anda boleh rujuk pada pautan SOALAN LAZIM ini.

– Atau boleh terus hubungi hotline kami di 03-2331 2277
(Hari bekerja: 9.00 pagi – 5.00 petang, Hari minggu: 9:00pg – 03:00ptg)

– Permohonan online biasiswa Petronas hanya akan dibuka pada 14 Mac 2019 (9.00 pagi) sehingga 21 Mac 2019 (5.00 petang)

Klik LIKE jika anda suka artikel ini!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: