MELUR.NET Semakan Online Bantuan Kerajaan Pendidikan Destinasi
Post image for Program Prihatin MAIK Kelantan – Senarai Bantuan MAIK Untuk COVID 19

Program Prihatin MAIK Kelantan – Senarai Bantuan MAIK Untuk COVID 19

Info lengkap tentang Bantuan MAIK Kelantan untuk asnaf & mereka yang memerlukan dan cara memohon bantuan MAIK COVID-19.

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan ataupun MAIK tidak terlepas untuk memberi bantuan kepada rakyat Kelantan terutama golongan asnaf dalam menghadapi COVID-19 ini.

Senarai Bantuan COVID-19 Majlis Agama Islam Kelantan

MAIK telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM1 juta melalui Program Prihatin MAIK untuk membantu golongan asnaf yang terjejas akibat daripada COVID-19 ini dan dijangka dapat membantu 10,000 keluarga di Kelantan.

Antara bantuannya adalah:

1. Sumbangan RM100 dengan kerjasama kerajaan Kelantan yang berbentuk makanan asas yang diberikan kepada 2250 keluarga di Kelantan.

2. Peruntukkan RM602 ribu untuk sumbangan khas melalui masjid (mengikut bandar, jajahan dan mukim) sebanyak 602 masjid yang kemudiannya akan diagihkan kepada golongan asnaf yang terjejas di musim COVID-19 ini.

3. Sumbangan pek makanan untuk 25 orang frontliner di HRPZ II Kota Bharu sebanyak 3x sehari iaitu sarapan, tengahari dan malam.

4. Membuat bayaran gaji penuh kepada pekerja sambilan MAIK yang menerima gaji harian.

5. Bayaran penuh elaun bulan Mac kepada para mualaf (orang asli) sebanyak 1634 orang dan guru agama MAIK seramai 121 orang.

6. Bantuan bulanan golongan asnaf telh diagihkan kepada 9015 penerima.

bantuan covid maik bantuan majlis agama islam kelantan (1)

Permohonan Bantuan COVID-19 dari MAIK

Sekiranya anda golongan asnaf atau sesiapa sahaja yang tidak berkecukupan semasa dalam tempoh PKP ini dan memerlukan bantuan, MAIK membuka talian prihatin untuk membantu anda.

Anda boleh memohon bantuan MAIK ini dengan menghubungi talian dibawah ini:

Advertisement

Hotline MAIK: 09-7443660 / 09-7481512
Masa Operasi: Ahad – Khamis, 9 pagi – 12 tenghari.

Anda juga boleh membuat aduan kepada MAIK di website rasmi http://www.e-maik.my.

Semoga Program Prihatin MAIK atau bantuan COVID-19 daripada Majlis Agama Islam Kelantan ini dapat membantu mereka menghadapi kesukaran dalam tempoh Program Kawalan Pergerakan ini. Insya-Allah.

Kata Carian:

  • Bantuan covid 19 maik
  • bantuan covid19 negeri kelantan
  • Bantuan kelantan untuk covid
  • bantuan maik
  • bantuan maik prihatin
  • program prihatin maik semak
  • sistem bantuan prihatin maik

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment