Post image for Permohonan Bantuan IPT Online MAIK Kelantan 2019/2010

Permohonan Bantuan IPT Online MAIK Kelantan 2019/2010

Bantuan IPT Online MAIK Kelantan diperkenalkan untuk membantu pelajar-pelajar dari golongan asnaf yang layak melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Bantuan IPT Online MAIK

Bantuan IPT Online adalah salah satu bantuan zakat kepada pelajar golongan asnaf yang melanjutkan pengajian ke IPT untuk membantu meringankan beban golongan asnaf melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi secara tidak langsung mampu mengubah masa depan mereka.

 

Terdapat 2 jenis bantuan zakat melanjutkan pengajian ke IPT diperkenalkan iaitu:

  • Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi
  • Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Luar Negara

Bantuan IPT MAIK tidak sama dengan Wang Ehsan Negeri Kelantan kerana Bantuan IPT hanyalah untuk Diploma dan Ijazah manakala bantuan Wang Ehsan Negeri Kelantan Untuk Diploma, Ijazah, Asasi, dan juga Matriks.

Walaubagaimanapun, pelajar boleh cuba memohon kedua-dua bantuan ini sekiranya layak.

Syarat-syarat Permohonan Bantuan IPT Kelantan

  • Permohonan terbuka untuk peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.
  • Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.
  • Permohonan bantuan zakat ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT tersebut.
  • Tiada penaja dan bantuan kewangan lain/elaun /biasiswa.
  • Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
  • Pendapatan keluarga yang rendah.
  • Tiada harta yang ekonomik.
  • Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Warganegara Malaysia dan keutamaan diberi kepada rakyat Kelantan.
  • Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
  • Permohonan yang tidak jelas/tidak lengkap atau mengandungi maklumat palsu akan ditolak.

Cara Memohon Bantuan IPT Online MAIK

Borang permohonan Bantuan IPT ini hanya boleh didapati secara online sahaja. Anda boleh mengikuti step dibawah untuk borang permohonan.

  • Pergi ke portal rasmi MAIK dan pergi ke Aplikasi E-perkhidmatan kemudian klik pada Permohonan Bantuan IPT Online.
  • Kemudian klik pada butang PENGISIAN BORANG PERMOHONAN dan isi/lengkapkan maklumat yang diminta.

Borang permohonan Bantuan IPT Online MAIKContoh borang permohonan Bantuan IPT Online

  • Klik butang HANTAR sekiranya setelah semua maklumat diisi.
  • Sistem akan memaparkan NOMBOR RUJUKAN sekiranya permohonan anda berjaya disimpan. Dan sila salin/simpan no rujukan tadi untuk kemaskini dan cetakan borang.
  • Akhir sekali, print borang tadi dan hantarkan bersama dokumen yang diperlukan kepada kepada Pejabat MAIK selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh anda memohon.
✱ ✱ ✱ ✱
Untuk mengetahui status permohonan anda samada lulus atau tidak, anda boleh semak secara online di SEMAKAN STATUS PERMOHONAN (klik sini) dan masukkan kad pengenalan anda untuk semakan.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai cara pengisian borang, anda boleh menghubungi Unit Agihan di talian 09-7481512.

Kata Carian:

  • zakat negeri kelantan pelajaran online
  • semakan maik kelantan 2019
  • bantuan maik untuk pelajar ip[t 2019
  • maik kelantan 2019
  • mohon zakat kelantan
  • semakan status permohonan bantuan zakat ipt emaik

{ 1 comment… read it below or add one }

mariam October 7, 2019 at 11:58 pm

salam, sekiranya pelajar baru saja mendaftarkan diri pada Sept 2019 diUniversiti Luar negara, boleh ke dia memohon untuk bantuan ini dan tidak ada akaun bimb atau bsn. Boleh kah disertai no akaun bank lain. (Maaf, tiada maklumat tentang bantuan seumpama ini pada sebelumnya) semoga mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari pihak Maik. T.K

Reply

Leave a Comment