Post image for Aduan Buruh & Alamat Pejabat Buruh Seluruh Malaysia

Aduan Buruh & Alamat Pejabat Buruh Seluruh Malaysia

Kami kongsikan alamat dan no telefon Jabatan Tenaga Kerja (Pejabat Buruh) untuk anda membuat aduan buruh kepada Jabatan Tenaga Kerja atau Pejabat Buruh ini sekiranya anda ditindas oleh bos/majikan anda di tempat kerja.

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia yang melindungi kepentingan dan kebajikan pekerja di sektor swasta melalui pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang buruh.

Kesemua pekerja dilindungi oleh undang-undang buruh seperti Akta Kerja 1955 bagi mengelakkan majikan mengambil ‘kesempatan’ terhadap pekerja mereka.

contoh-buku-akta-kerja-1955

Sekiranya anda merasakan majikan hak anda sebagai pekerja terabai seperti tidak diberi cuti tahunan, dibayar gaji lewat, tidak diberi elaun untuk OT dan lain-lain lagi, janganlah teragak-agak untuk membuat laporan terus kepada buruh.

Antara aduan yang anda boleh laporkan kepada pejabat Jabatan Tenaga Kerja ini yang diperuntukkan oleh undang-undang buruh Malaysia adalah:

  • Tidak dibayar gaji
  • Tiada cuti tahunan
  • Tidak melapor penggajian pekerja asing
  • Diberhentikan kerja tanpa notis
  • Tiada kontrak perkhidmatan
  • Lewat bayar gaji
  • Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
  • Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
  • Tidak dibenarkan solat
  • Amalan buruh tak saksama
  • Diskriminasi kaum/jantina

Cara Membuat Aduan Kepada Pejabat Buruh

Setiap aduan yang dilaporkan akan disiasat oleh pejabat buruh dan sekiranya didapati aduan buruh anda itu betul, majikan boleh dikenakan dihadapkan ke mahkamah buruh untuk tindakan undang-undang mengikut kesalahan yang dilakukan seperti diberi notis pematuhan, dikenakan tindakan kompaun atau pendakwaan.

Oleh itu, janganlah anda sebagai pekerja berasa takut dengan majikan yang suka menindas dan mengambil kesempatan. Terus sahaja membuat aduan kepada jabatan buruh negeri berhampiran anda.

4 Cara Membuat Aduan Buruh

  1. buat aduan buruh online melalui emel – jtksm@mohr.gov.my
  2. hubungi 03-8000 8000 untuk aduan
  3. hantar surat rasmi kepada pejabat JTK
  4. kunjungi pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan anda

Kami cadangkan anda cara no 4 iaitu terus ke pejabat buruh yang berhampiran untuk buat aduan kerana itu adalah yang terbaik dengan berdepan terus dengan pegawai JTK dan mendengar terus pandangan nasihat mengenai masalah kerja anda.

Alamat & No Tel Pejabat Buruh Negeri

Semak alamat dan no tel pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri berhampiran anda dibawah ini untuk memudahkan anda membuat laporan dan aduan:

Putrajaya (Ibu Pejabat Malaysia)

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530, Putrajaya, Malaysia
Telefon: 03-8000 8000

Kuala Lumpur

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Lumpur
Tingkat 9, Menara PERKESO,
281 Jalan Ampang,
50532 WP Kuala Lumpur
Telefon: 03-41414600

Selangor

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor
Suite A405-7 Tingkat, 3A West Wing,
Wisma Consplant 2,
No 7 Jln SS 16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-56328800 / 03-56361605 /03-56361625 / 03-56361573

Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya
Lot B210 & C208, Tingkat 2,
Wisma Consplant 2,
No. 7 Jln SS16/1,
47509 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-56384535

Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang
Persiaran Raja Muda Musa,
42000 Pelabuhan Kelang, Selangor
Telefon: 03-31656555 / 31651541

Pejabat Tenaga Kerja Rawang
Lot 3, Jln RP 4/1,
Taman Rawang Perdana,
48000 Rawang, Selangor
Telefon: 03-60916533

Pejabat Tenaga Kerja Bangi
No. 709, Tingkat Bawah 1&2,
Blok C, Diamond Kompleks,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 03-89251000

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Selangor
Tingkat 7, Kompleks PKNS,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-32896467 / 6471

Perlis

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis
Tingkat 3, Bangunan Tun Abd Razak,
01000 Kangar, Perlis.
Telefon: 04-9761415

Pejabat Tenaga Kerja Kangar
Tingkat 1, Bangunan Tun Abd Razak,
01000 Kangar, Perlis.
Telefon: 04-9771928

Kedah

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah
Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan,
Pusat Pent. Kerajaan Persekutuan,
06550 Bandar Muadzam Shah,
Anak Bukit, Kedah.
Telefon: 04-7322655 / 7314420

Pejabat Tenaga Kerja Alor Setar
Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan,
Pusat Pent. Kerajaan Persekutuan,
06550 Bandar Muadzam Shah,
Anak Bukit, Kedah
Telefon: 04-7300700 / 7317239

Pejabat Tenaga Kerja Kulim
ArLot 3, Seksyen 39,
Jln Pondok Labu,
09000 Kulim, Kedah.
Telefon: 04-4906566 / 4909093

Pejabat Tenaga Kerja Sg Petani
JKR 80, Jalan Petani,
08000 Sg Petani, Kedah.
Telefon: 04-4212510 / 4212213

Pejabat Tenaga Kerja Langkawi
23-24, Aked Pokok Asam 2,
Jalan Kelebang, 07000
Langkawi, Kedah.
Telefon: 04-9667173

Pulau Pinang

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pulau Pinang
Tingkat 2, Bangunan Tuanku
Syed Putra,
10300 Pulau Pinang
Telefon: 04-2632087

Pejabat Tenaga Kerja Georgetown
Tingkat 2, Bangunan Tuanku Syed Putra,
Lebuh Downing, 10300 Pulau Pinang
Telefon: 04-2625536/04-2625537/04-2625538

Pejabat Tenaga Kerja Butterworth
Aras 2, Anjung B,
Wisma Persekutuan Seberang Perai Utama,
Jln Bertam,13200 Kepala Batas
Telefon: 04-5751957

Perak

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak
No 2C1, 2C2, Tingkat 2 Blok C,
Bangunan Persekutuan Greentown,
30450 Ipoh, Perak Darul ridzuan
Telefon: 05-2545271 / 2439793

Pejabat Tenaga Kerja Ipoh
No. 2A3, 2A4, Tingkat 2 Blok A,
Bangunan Persekutuan Greentown,
30430, Ipoh, Perak.
Telefon: 05-2549404 / 05

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Kangsar
No.9 & 10, Persiaran Putra 1,
Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar,
Perak.
Telefon: 05-7763255

Pejabat Tenaga Kerja Taiping
Tingkat 3,Wisma Persekutuan Taiping,
Jalan Istana Larut,
34009 Taiping, Perak.
Telefon: 05-8072655

Pejabat Tenaga Kerja Tapah
Jln Kelab,
35000 Tapah, Perak
Telefon: 05-4011509

Pejabat Tenaga Kerja Teluk Intan
Tingkat 1, Blok B,
Bangunan Persekutuan,
Jln Changkat Jong,
36000 Teluk Intan, Perak.
Telefon: 05-6221199

Pejabat Tenaga Kerja Sitiawan
Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Sri Manjung,
Jalan Kayu Manis,
32040 Sitiawan, Perak.
Telefon: 05-6888643

Pejabat Tenaga Kerja Gerik
Tingkat Bawah Bangunan Persekutuan,
Jalan Intan,
33300 Grik, Perak.
Telefon: 05-7912213

Negeri Sembilan

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan
Tingkat 3, Wisma Persekutuan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-76389977

Pejabat Tenaga Kerja Seremban
Tingkat 3, Wisma Persekutuan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-7645019 / 7616517 / 7632459

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Pilah
564, Tingkat 2,
Wisma Kuala Pilah
Jalan Pepatih,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Telefon: 06-4811166 / 69

Melaka

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka
Aras 4, Menara Persekutuan,
Jln Persekutuan,
MITC Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Telefon: 06-2345172 / 5175 / 5176

Johor

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor
Tingkat 3, Blok A,
Wisma Persekutuan,
Wisma Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 07-2275080 / 81 / 82

Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru
Tingkat 9 & 10, Menara Ansar,
65, Jalan Trus,
80000 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-2222400 / 2243188

Pejabat Tenaga Kerja Kluang
Jalan Pejabat Kerajaan,
86000 Kluang, Johor
Telefon: 07-7721646 / 7722646

Pejabat Tenaga Kerja Segamat
No 856, Jalan Gudang Ubat,
85000 Segamat, Johor
Telefon: 07-9317237 / 1414

Pejabat Tenaga Kerja Muar
Bangunan Kementerian Sumber Manusia,
Jln Othman,
84000 Muar, Johor.
Telefon: 06-9511672 / 9520625

Pejabat Tenaga Kerja Batu Pahat
Aras 1, Bangunan Gunasama Persekutuan,
Jalan Bakau Condong,
83000 Batu Pahat, Johor.
Telefon: 07-4342595 / 4332595

Pahang

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang
Tingkat 6, Bangunan Persekutuan,
Jalan Gambut,
25532 Kuantan, Pahang.
Telefon: 09-5162709

Pejabat Tenaga Kerja Kuantan
Tingkat 2, Bangunan Persekutuan,
Jalan Gambut,
25532 Kuantan, Pahang.
Telefon: 09-5163144 / 5146042

Pejabat Tenaga Kerja Bentong
Jalan Tras,
28700 Bentong, Pahang
Telefon: 09-2221402

Pejabat Tenaga Kerja Raub
Tingkat 2, Bangunan Gunasama Persekutuan,
Jalan Tengku Abd Samad, Bukit Koman,
27600 Raub, Pahang.
Telefon: 09-3551166

Pejabat Tenaga Kerja Temerloh
Tingkat 4, Bangunan Persekutuan,
Jalan Merdeka,
28000 Temerloh, Pahang
Telefon: 09-2961207

Pejabat Tenaga Kerja Pekan
Tingkat 2B, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tengku Ampuan,
26600 Pekan, Pahang
Telefon: 09-4221319 / 4227573

Terengganu

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu
Tingkat 6, Wisma Persekutuan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6203791 / 3793

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Terengganu
Jalan Air Jernih,
20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6221488 / 9781

Pejabat Tenaga Kerja Dungun
JKR 488, Jalan Pejabat,
23000 Dungun, Terengganu
Telefon: 09-8481844 / 8453037

Pejabat Tenaga Kerja Kemaman
Tingkat 2, Bangunan Persekutuan,
Jalan Melur,
24000 Kemaman, Terengganu
Telefon: 09-8591831 / 6343

Pejabat Tenaga Kerja Setiu
Lot 100, Jln Besar,
2200 Jerteh, Terengganu
Telefon: 09-6902175

Kelantan

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan
Tingkat 11, Bangunan Persekutuan,
Jalan Bayam,
15200 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 09-7485078 / 2506

Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu
Tingkat bawah, Bangunan Persekutuan,
Jalan Bayam,
15200 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 09-7481870 / 7442413

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Krai
Tingkat 3, Bangunan Kerajaan Persekutuan,
18000 Kuala Krai, Kelantan.
Telefon: 09-9666381

Soalan-Jawab Pekerja

Soal-jawab popular mengenai masalah yang sering membelengu pekerja kerana berasa mereka ditindas. Mungkin anda juga mengalami masalah yang sama seperti dibawah ini.

✱ ✱ ✱ ✱
Majikan Lambat Bayar Gaji

Majikan saya sering lewat dalam membayar gaji dengan memberikan pelbagai alasan. Kadang 2 minggu lewat, kadang 1 bulan lewat. Sedangkan majoriti pekerja mempunyai anak ramai dan semuanya masih sekolah dan tinggal di rumah sewa. Bolehkah saya menuntut hak saya sebagai pekerja yang mana bos lewat bayar gaji?

Majikan hendaklah membayar gaji tidak lewat dari hari ke-7 (kebiasaanya setiap bulan) seperti yang tertakluk pada Akta Kerja 1955. Contohnya, untuk gaji bulan Januari, gaji anda harus dibayar selewat-lewatnyanya pada 7 Februari.

Jika melebihi tempoh ini, bermakna majikan anda telah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan dalam akta kerja.

✱ ✱ ✱ ✱
Notis Berhenti Kerja

Bolehkah saya berhenti kerja dalam masa dua bulan dengan notis sedangkan dalam kontrak kerja menyatakan notis berhenti kerja adalah 3 bulan awal? Adakah saya akan kena bayar denda pada majikan?

Sekiranya anda berhenti kerja tanpa memberikan notis awal seperti yang terdapat dalam kontrak yang dipersetujui bersama sebelum ini, maka majikan berhak menuntut gantirugi daripada anda. Jika anda tidak membayar gantirugi, majikan boleh memfailkan tuntutan di JTK terhadap anda.

Saya telah memberikan notis berhenti kerja 2 bulan (seperti di dalam kontrak) iaitu tarikh akhir saya bekerja adalah 31 Mei. Tetapi bos telah meminta saya untuk berhenti pada 30 April. Jadi, adakah saya boleh meminta bos untuk ganitrugi 1 bulan gaji? Jika bos tidak mahu membuat payment in lieu of notice, bagaimana?

Ya, jika majikan yg mahu anda berhenti awal, majikan mestilah membayar gantirugi notis 1 bulan. Jika majikan enggan, anda boelh membuat aduan kepada pihak JTK utk bantuan.

✱ ✱ ✱ ✱
Buat Kerja Lain Daripada Skop Kerja

Majikan saya telah meberikan kerja luar bidang saya iaitu kerja yang tidak tertulis dalam surat tawaran kerja skop kerja tersebut. Bolehkah saya jadikan alasan ini untuk membela diri saya?

Berkenaan skop kerja tidak ditulis di dalam surat tawaran kerja, anda hendaklah rujuk keseluruhan kontrak kerja. Kerana kebiasaanya kontrak atau appointment letter ada menyatakan bahawa majikan berhak untuk memberikan anda tugasan-tugasan lain.

Namun, ia bukanlah alasan untuk membela diri terutama jika anda tidak pernah membuat bantahan bertulis tentang perkara itu.

✱ ✱ ✱ ✱
Cuti Bersalin

Saya berkerja secara kontrak di sebuah bank di KL, dan pengurusnya memberitahu saya tidak layak menerima cuti besalin dan tidak akan menerima sebarang gaji dalam tempoh itu. Bolehkah saya mendapatkan gaji yang sepatutnya saya dapat?

Seksyen 44A Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa semua peruntukan bagi perlindungan bersalin adalah terpakai kepada semua wanita tanpa mengira gaji dan pangkat.

Oleh itu, pihak bank perlu patuh dan memberikan cuti bersalin dengan gaji anda berdasarkan syarat-syarat tertentu. Anda boleh rujuk pada artikel Cuti Bersalin dan Faedah Bersalin ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila dapatkan nasihat daripada pejabat JTK berdekatan.

✱ ✱ ✱ ✱
Tiada Caruman KWSP/Socso

Bolehkah saya saman jika majikan tidak membayar caruman KWSP ? Sebagai contoh, di dalam penyata gaji, majikan sudah membuat potongan KWSP tetapi dipenyata KWSP sebenar, tiada sebarang bayaran dari pihak majikan. Dan adakah saya boleh membuat aduan di JTK?

Dicadangkan anda terus membuat merujuk dan aduan kepada pihak KWSP untuk tindakan lanjut yang lebih cepat.

✱ ✱ ✱ ✱
Anda ada soalan mengenai masalah yang berkaitan kerja/majikan anda? Kongsikan soalan anda di ruangan komen dibawah ini.

Kata Carian:

  • pejabat buruh kuala lumpur
  • pejabat buruh johor
  • aduan buruh secara online
  • buruh
  • pejabat buruh
  • Bangunan Pejabat Buruh Kuala Lumpur Federal Territory of Kuala Lumpur
  • jabatan tenaga kerja no telepon
  • aduan pejabat buruh shah alam
  • aduan pekerja
  • bagaimana nak buat aduan buruh

{ 40 comments… read them below or add one }

Mohd zulkarnain May 29, 2019 at 5:43 pm

Saya tidak dapat hadir bekerja dan saya telah mc dan tidak dapat hadir (pemotongan gaji?), Saya telah memaklumkan kepada penyelia bertugas dan pihak majikan tidak membayar gaji saya lagi, apabila ditanya bahagian pengurusan seolah² tidak mengambil kisah apa yang berlaku apakah pandangan atau cadangan perlu dibuat?

Reply

Liom Wee Peng July 3, 2019 at 8:43 am

Saya pun sama.

Reply

Melur July 14, 2019 at 10:09 am

Adakah ketidakhadiran/mc itu dipotong dari hari cuti anda dan diberikan sekali surat mc tadi?

Reply

Hatiarryan September 22, 2019 at 8:42 pm

Ada tak akta buruh kalu pekerja nak dapatkan cuti pekerja perlu sediakan cash money sendiri untuk dibayar kepada pihak yang ganti kerja pada hari tersebut..sebulan kerja 12 jam tiada cuti bila nak cuti perlu ada duit baru blh cuti..wajarkah diperlaku begini..

Reply

ahmad ashwal October 15, 2019 at 11:58 am

selamat pagi.saya mahu bertanya.jika saya dipaksa memberi surat berhenti kerja dan majikan mengatakan ia perlu dibuat untuk penukaran jawatan Manager.adakah perlu saya berbuat demikian ataw itu tindakan mahu menamatkan perkhidmatan saya secara paksa tanpa notis.boleh kah saya buat aduan di pejabat buruh berdekatan.

Reply

ina June 12, 2019 at 3:36 pm

Mohon pencerahan, pihak syarikat ingin membuat pemotongan 10% daripada gaji pekerja kerana masalah kewangan, jika semua pekerja bersetuju bagaimanakah pengiraan yang perlu dibuat oleh pihak sykt? adakah pemotongan drpd gaji kasar atau gaji bersih/

Reply

annamaria July 3, 2019 at 7:51 pm

Apakah boleh dikatakan satu penindasan , jika pekerja yang diambil untuk jawatan yang sama tetapi pekerja yang mempunyai tahap pendidikan lebih tinggi dan berpengalaman dibayar gaji lebih rendah?

Reply

Melur.net September 19, 2019 at 7:30 pm

Itu masih tiada dalam akta. Ianya adalah polisi syarikat masing-masing

Reply

norizean bte @ ahmad sokhamie July 20, 2019 at 8:18 pm

sperti nma di atas… sy tk datang bkerja… sy mcm berselang seli.. dtg dgn tidak.. bru2 ni sy tk dtg 2 hri…tpi tiada surat mc ..wlupn sy pergi klinik krajaan…sy tk jugak dpt mc cuti skit….. dlm pd msa yg sma sy tulis borang cuti..sy ambil tarikh unpaid leave dan Annual Leave..pd msa yg sy tidak bkerja.. keesokkn hri yg ketiga .. sy mnyuruh ketua sy mnghantr borang.. pd HR sy… ble di hntar… HR sy tidak trima dan bos sy kta.. sy sudah abscorned..sbb tiada khabar brita..di blacklistkn nma sy..dan gaji sy akn diholdkn..ble sy dpt thu sy sgera amek mc cuti skit.. di sini sy nk tnye… bila sy da di abscorned… dan diblacklist kn.. mseh smpat atau sah tk.. sy pergi ambil mc tuk mnyelmatkn gji sy dri di abscorned…. .. sbb gji sy akn diholdkn… dan bpe lma gji sy akn holdkn… atw di holdkn yg sy tidak dpt gji lgsung.. mhon pencerahan..

Reply

Nor fitri July 25, 2019 at 7:50 am

Pekerjaan saya sebagai pemandu lori, sebelom bulan puasa lori yg saya pandu terlibat dalam kemalangan, sehingga hari ni lori masih belom dibaiki dan sy mengganggur sampai sekarang, boleh ka sy membuat aduan kat jtk

Reply

Melur August 5, 2019 at 5:56 pm

Boleh sekiranya anda kemalangan semasa dalam sedang bekerja dan waktu bekerja.

Reply

Khaty komudis August 5, 2019 at 8:58 am

Bolehkah saya berhenti kerja dalam masa satu minggu dengan notis sedangkan dalam kontrak kerja menyatakan notis berhenti kerja adalah 2 minggu awal? Adakah saya akan kena bayar denda pada majikan

Reply

Melur August 5, 2019 at 5:52 pm

Majikan boleh denda anda dengan kesalahan anda melanggar kontrak.

Namun ada 2 penyelesaian blh dibuat:

1. Berbincang dgn majikan.
2. Anda bayar gantirugi seminggu (gaji) itu.

Reply

marizan saptu August 6, 2019 at 6:02 pm

kakak sy tlh di abscorn selama 2 minggu sms abscorned tiada satu notis pun dikeluarkan pd kakak sy sehinggalah saya minta surat tunuj sebab barulah di ketahui kakak telah di abscorn , alasan kerana tidak bekerja selama 3 hari tanpa notis dan kini diberhentikan ,walaupun sblm cuti waktu hari raya ramai kawan2 tahu bahawa dia ambil cuti agak panjang namun tiada yang mengaku dia mohon bercuti dan sedangkan pada hari ketiga dia ada maklumkan melalui telefon kepada line leader bahawa dia masih bercuti , dia telah berkhidmat lebih dari 15 tahun , adakah pemberhentian ini sah kerana mereka berdasarkan surat DI yang mereka tulis 5 tahun lepas bahawa kakak sy bersetuju di berhentikan bila 2 masa jika ada kesilapan berlaku. Apakah perlindungan hak pekerja yang boleh di ajukan

Reply

Melur.net August 18, 2019 at 10:03 am

1. kami kurang jelas dengan penjelasan anda. adakah kakak tu ada buat permohonan cuti kepada company? Sebab daripada pemahaman kami, kakak hanya memohon cuti secara lisan sahaja kepada kawan/pegawai.

2. terdapat perjanjian bertulis semasa kakak anda bersetuju menerima kerja di syarikat tersebut. Syarikat boleh menjadikannya sebagai bukti. Kami cadangkan berjumpa dahulu dengan syarikat dan kemudian barulah pergi ke pejabat buruh jika terdapat bukti aniaya.

Reply

Zalina binti yob August 12, 2019 at 3:32 pm

Assalamualaikum… Sy nk tya… Kwn sy sdh 2/3 bln kja.. Tp masih x dibg gaji oleh majikan… Alasan yg di bagi.. Takut kwn sy berhenti /lari…macam mana kwn sy nk bt.. Maaf ya… Sy tya bg pihak dia

Reply

Melur.net August 18, 2019 at 9:59 am

Ada surat tawaran bekerja tak? Kalau ada boleh laporkan kepada pejabat buruh dengan segera

Reply

Nurul August 21, 2019 at 3:20 pm

Salam saya nk tanye. Saya sudab bekerja 1thn 5 bulan. Dri awal sya masuk saya tak dpt offerlatter dan comfirmation latter utk sya sign. Dan skrg saya hntr notis 2minggu utk resign latter. Adakah majikan perlu bayar gaji saya sebulan kerja.

Reply

Melur.net September 19, 2019 at 7:33 pm

majikan tidak perlu bayar sbb tiada perjanjian tapi atas budi bicara majikan sahaja.

Reply

NOR August 23, 2019 at 11:31 am

salam..sy ada beberapa soalan nk tnya :
1. mula msk kerja 11hb,adkah gaji patut dbayar 11hb pd setiap bulan?
2. perlukah majikan paksa staff partime untuk ganti staff full time yg cuti dan ada ugutan spt berhenti kerja/tolak gaji?
3. sekiranya staff partime msk kerja pd cuti umum,kiraan gaji bagaimana?gaji sama spt hari biasa@double?
4. perlukah staff partime msk kerja pd cuti umum?

Reply

Melur.net September 19, 2019 at 7:34 pm

3. dalam akta , bekerja pada hari cuti umum adalah dibayar double

4. sekiranya diperlukan.

Reply

Aira Ahmad October 17, 2019 at 10:16 am

Saya bekerja pada tarikh 31/8/19 adalah hari merdeka tapi tidak dibayar PUblic holiday didalam gaji saya di bulan 9. Sebelum tarikh tersebut ketua jabatan saya telah buat meeting di meja batu tentang pekerja yang wajib hadir kerja pada tarikh tersebut dan juga dimaklum kan sekiranya pekerja tidak hadir majikan akn berhenti kerja serta.. Dan sedemikian saya telah bersuarakan tentang kehadiran itu adakah akan di bayar double.. Ketua jabatan telah mngatakan ya. Namun setelah sy mndapat gaji n pay slip sy amat terkejut n kecewa majikan tidak membayar cuti umum sy yg bertarikh 31/8/19 .

Reply

siti August 27, 2019 at 3:35 am

salam. saya nak tanya beberapa soalan.
1) Saya MC Sebab eksiden (patah kaki) dari bulan Mac – Jun28 .. Tapi, saya minta masuk kerja pada 1/7 .. Then, Saya Dapat Warning Letter Sbb amik cuti tersebut n cuti pada bulan 7 .. tapi nie saya terima lah sbb salah saya..
2) Saya Bagi Notis berhenti kerja sebulan.. tapi saya DIBERHENTIKAN kerja sebelom sampai date last kerja saya.. so, saya boleh buat tuntutan ke macamana??
3) saya Kerja setahun. and ada Annual leaves sebanyak 4.5 hari je.. tapi, saya tidak menggunakan cuti tersebut kerana HR cakap, company akan bayar jugak walaupun saya dah berhenti kerja.. masalah sekarang, saya di berhentikan tanpa kata pilihan.. tiba tiba, orang lain bagitahu saya, incas tu buang saya dan ckp dia akan gunakan annual leaves saya tersebut.. so, apa pendapat cik ya??
saya tak pernah buat report. ni buat pun sebab ramai senior yang suruh.. hurmm. harap boleh di blas.

Reply

Melur.net September 19, 2019 at 7:36 pm

saya cadangkan cik terus ke pejabat buruh bersama surat sokongan (surat diterima kerja) untuk tindakan lanjut.

Reply

Zeyla August 29, 2019 at 1:39 pm

Assalamualaikum,
Anak sya telah di berhentikan kerja secara verbal (tiada notis) itu pun dia tahu dari rakan sekerjanya lewat malam pd 28/08/2019. Adakah dia boleh membuat aduan? Dia berasa takut kerana dlm Letter Offer ada di terangkan Company boleh terminate without notice and without payment in lieu of notice. Mohon penjelasan. Terima Kasih

Reply

zakiah August 30, 2019 at 2:54 pm

boleh ke kalau majikan sy selalu tak bagi cuti untuk cuti am seperti hari kemerdekaan, pertabalan raja. tetapi cuti tersebut boleh diganti pada hari lain. ?

dan, boleh ke, semakin lama bekerja kat syarikat yg sama tetapi semua diturunkan gaji disebabkan oleh majikan ingin menambah pekerja lain?

Reply

aminuddin bin abdul majid August 31, 2019 at 10:49 pm

Sy mmpunyai rekod lampau mengenai salahlaku dn pernh dipenjarakan..jd apabila bebas sy niat untk brubah dn kerja sbagai pengawal kselamatan, pada mulanya majikan tlah tau mngenai rekod sy nmun msih diterima bkerja,dan stelah 2bln stengah bkerja sy tiba2 dibuang kerja tnpa notis dn hnya dberitahu satu hari sbelum tarikh sy dberhntikan,alasan nya krana sy mmpunyai rekod dn untk sahkan yg sy mmpunyai rekod mmerlukan 2 bulan..jd adakah mmg ini betul ataupun sebaliknya..sila bntu sy..

Reply

Aliza Kazar September 1, 2019 at 6:27 pm

Sy nk tanya… Ada kah Public Holiday kena apply cuti sbg PH Leave? Dan jika tidak hadir kerja dipaksa utk amik Mc jika gagal dikira sbg Absent. Kedua, jika cuti kami jatuh pd hari kerja, kami wajib hadir kerja dan cuti di ganti kan pd hari lain, sedang kan suami sy cuti hari tersebut bukan hari yg di ganti itu. e. g Hari Kebangsaan 31hb…..diganti pd hari 9hb Sept. jatuh pd hari suami sy bekerja. Dgn alasan produk banyak utk shipment…Operator Musykil

Reply

st September 3, 2019 at 2:16 pm

1)macam mana kiraan epf & socso dari basic rm3000?
2)boleh ke cuti umum 9/6/19 birthday agong diganti pada pertabalan agong baru pada 30/7/19?walaupun sudah diwartakan pada kalendar 2019

Reply

Melur.net September 19, 2019 at 7:40 pm

1) cik kena rujuk pihak kwsp dan socso utk detail yang lebih jelas

2) saya kurang jelas. cuti umum tidak semua company akan cuti. company ada pilihan utk memilih hari cuti umum.

Setiap syarikat akan diberikan 11 cuti sahaja sebagai cuti berbayar setiap tahun. Untuk pengetahuan, majikan TIDAK DIJAWIBKAN untuk memberikan setiap cuti umum kepada pekerja, melainkan :

Hari Kebangsaan
Hari Keputeraan YDP Agong
Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
Hari Pekerja
Hari Malaysia

Reply

Norazima binti ramlee September 6, 2019 at 2:10 am

Sya nak buat aduaan soal gaji

Reply

Rusdy September 6, 2019 at 7:49 pm

Assalam..nak tanya. Saya d berhentikan kerja tanpa sebarang notis atas alasan syarikat tak mampu nak bayar gaji. Boleh tak bagi cadangan mcm mana saya nak buat

Reply

Melur.net September 19, 2019 at 7:26 pm

wslm. ade surat bertulis @ perjanjian ke masa diterima bekerja?

Reply

ritha September 18, 2019 at 12:34 pm

Selamat tgh hari,
Says Ada pertanyaan tentang public holiday. Saya Bekerja pada Hari kebangsaan, majikan saya janji membayar gaji 3kali ganda untuk satu
hari ..tetapi sekarang majikan saya bagi tahu tak mampu bayar untuk staff.. So bolehke kita ambil cuti hari lain.. Untuk 3 hari according majikan pembayaran gaji 3 kali ganda seharian.

Reply

Melur.net September 19, 2019 at 7:18 pm

jika diikutkan buku, majikan perlu membayar 2x ganda gaji jika bekerja pada public holiday. So untuk cuti saya rasa yang itu cik kena discuss dengan majikan. Tapi cik boleh adukan kepada Pejabat buruh sekiranya majikan tidak mahu membayar gaji lebih bekerja pada hari public holiday

Reply

B.Balachandran September 26, 2019 at 2:27 pm

Saya bekerja di sebuah kilang di Alor gajah, Boss Saya maki saya dengan perkataan kesat juga kutuk saya dalam group Kita di kilang
Apa harus Saya lakukan sekarang

Reply

Rocky October 4, 2019 at 12:56 am

Salam sy bekerja sbagai klindan lori,sy pegi ke klinik panel cuma skit panas dalam dan x sedap badan untuk jalan local sy prlukan mc untuk brehat sebab malam ade jalan outstation dan doktor ckp awk tiada sakit dan x panas..dan kenapa sy x sakit n panas doktor kasi ubat? Sy mnta cancel dan x nk amik ubat..doktor ckp x bole ni sy dngan u punya company..sy suruh dia coll sy pnye company dia ckp x bole u keluar dulu bila2 masa sy bole coll u pnye company.bile smpai d kilang supervisor ckp doktor ade coll awak gadoh sama doktor sedangkan sy x gado kalo sy x sakit knapa kasi ubat…bos pn x berjumpa sy untuk sy perjelaskan dan supervisor suh dtg amik surat berenti keje esok.
Apa patut sy buat sy da bekerja slama 3 tahun lebih sbagai klindan lori di sebabkan doktor mengatakan dlm pnggilan sy bergadoh dngnnye

Reply

Iza October 8, 2019 at 12:07 am

Salam..Aduan bg pihak suami yg telah dipecat pada hari ini adalah ats kesalahan telah mjual besi buruk yg sudah lama tbiar bkarat dikutip dari kwsan tempt suami bkerja.Pihak syarikat myerahkan kes ke pihak polis utk sisatan,suami ditahan reman slama 7hari.Skg kes masih belum selesai kerna dibwa ke mhkmh,dan lom pun lg dijatuhkn hukuman.selepas suami diikat jamin pada bln Ogos lalu shingga hari ini suami tidak hadir tugas kerana pihak pgurusan tidak mmbenarkan.Pihak pgurusan(admin)ada mmberi surat tunjuk sebab pada hujung bln ogos dan minta suami membalas dlm tempoh 5hari,hari ke 3 suami ada mmberi 1 surat ke pihak pgurusan melalui dspatch boy tmpt suami bkeje.Tujuan surat tersebut ingin mmohon agar pihak pgurusan mmbuat surat tunjuk sbb didlm bahasa melayu,pihak pgurusan mmbalas smula dn mgarahkan dsptch boy myerahkn kepada suami ditepi jln.Pada masa tsebut jgk dsptch boy myuruh suami utk tndatangan borang cuti tanpa gaji atas arah pihak pgurusan.Tapi suami tidak mahu tndatangan borang tsebut.Pada 11 sept suami dipngil utuk D I diTempat suami bkeje.Pada 27hb sept pihak pgurusan mnghantar msg melalui aplikasi whtsp,mminta suami dtg pada jam 5.45ptg atau sblm 6.00ptg 10minit sblm abis wktu pejbt.Msg dterima dr dua org staff pada hari tsebut.Bila tiba diofis tersebut suami diminta supaya tndatngan borang cuti tanpa gaji seolah2 suami yg mmohon utk bcuti tnpa dibyr gaji.Suami tidak mmpu utk mmbntah,disebabkan jnji manis dr pihak pgurusan yg kononnya dia ingin bbincng dgn pihak atasan utk mringankn kes ke ats suami dn jga kerana masih mgharapkan kes itu dpt diselesaikan diluar mhkmh dn jga cadagan dr 2 org peguam yg brada dipkarangan mhkmh dihari suami bole diikat jamin.Cdgan tsebut pn blndaskn dari pgalamam yg mereka pnh kndalikan dn bknlah utk mnutup salah tp utk mohon jasa baik supaya jumlah yg dituduh ke atas suami dpt dikurangkan dan dibyr ke pihak syarikat scara ansur seperti mmbyr denda wlupn tpksa mmbyr yg bkn lah sbnyk mana yg diprolehi dr jualan besi tsebut.Spnjng btugas slama 2tahun dn sudah pn disahkn jwtan sbagai pnolong ketua kslmtan di syarikat tsebut ini la ksalahan ptama beliau dn xbniat mcuri hrta syarikat yg masih elok atau mmecah masuk utk mcuri.kesilapan mgmbil besi2 buruk yg sudah btahun tbiar diluar gudang.Pbuatan tu pn dilakukkn dibwh kamera terttp (cctv) dimana suami mmng tahu kamera tu ada di sudut ats kpala beliau dan dlm masa yg sama dpt mmbntu mmbersihkn kwsan tsebut.Pada bulan ogos pihak syarikat hnya mmbyr gaji hanya Rm500 shj dari gaji yg sepatut diterima pada setiap bln bjumlah RM2300 pada 28hb ogos lalu.Selepas dari itu suami tidak lg dibyr gaji utk bln sept dan oct dan tidak jga tidak pernah menerima apa-apa surat Amran mahu pn Surat diGantung tugas spnjng proses mnunggu kputusan pihak pgurusan.Pada 3hb oct suami menerima pesanan whtsp mminta suami utj hadir pada hari isnin jam 2ptg,Hari ini btarikh 7hb oct skli lg suami diminta hdir ke pjbt atas tujuan ingin mmberi kputusan dr pihak syarikat.Suami menerima surat pmecatan yg isi kndungan nya mgatakan syarikat tidak dpt menerima sgala pjelasan dan mnganggap suami betul2 besalah dn anggap sudah mlnggar etika keje.diakhir surat tsebut pihak syarikat ada mnyatakkan jga yg mereka ada myimpan rekod bahawa konon suami ada mmbuat pmohonan cuti tanpa gaji bertarikh 7hb ogos 2019-19 sept 2019.Shingga tarikh sterusnya,pihak syarikat telah mmbuat tuduhan palsu didalam surat pmecatan tesebut.Tuduhan palsu itu adalah bdasarkan cuti tanpa gaji yg dimohon oleh suami pada 7hb ogos2019,sdgkn suami brada dlm tahan polis..13hb ogos dibebaskn dn selepas itu dia xdibenarkn dtg utk btugas.Pihak syarikat jga tidak akan mmbyr apa2 sbgai gnti notis kerana dianggap syrikat bhak.surat pmecatan btarikh 19sept2019 dan baru diserah pada hari ini 6hb oct 2019.Akhir kata dr pihak pgurusan sblm suami beredar ptg td,yg mereka akn mnarik sgala ptuduhan dr mhkmh jika suami bstuju dgn syarat supaya suami mmbyr 7k kpda syarikat,sedangankn ptuduhan dimhkmh hanya 5k.Sy dn suami mjadi buntu skg ini,kerana kami tidak mmpunyai sumber pndapatan selepas 2bln suami tidak bole bkeje dimana diats faktor masih trikat dgn syarikat btmbh buntu sy dn suami mmikirkan ank kami bakal mduduki ppriksaan spm tidak lama lg.smjk kblkgan ini ank kami mula jarang ke skolah kerana tiada duit utk bblanja..Mohon jasa baik dr pihak JTK utk mmptimbngkn dn apa yg sptut kami lakukkn skg ini..Terima kasih

Reply

Muhammad amir haziq bin atan October 10, 2019 at 1:16 pm

Assalamualaikum, patut ke pihak majikan saya telah menghantar surat tuntutan ganti rugi gaji kepada saya. Sebelum saya berhenti pada awal bulan september, saya telah menghantar surat notis berhenti kerja selama sebulan. Tapi notis saya ditolak oleh pihak majikan. Sudah 2 kali saya mengemukakan ingin berhenti kerja. Yang pertama secara tidak formal, dan yang kedua, saya menggunakan resignation letter tapi company reject, dan saya mengambil keputusan untuk berhenti serta merta kerana masalah yang tertentu. Dan selepas sebulan, saya menerima surat tuntutan gaji dari pihak majikan. Adakah saya patut bayar ganti rugi atau pun tidak.

Reply

Christine October 15, 2019 at 9:53 am

Nak tanya, syarikat kami menamatkan perkhidmatan kami dengan alasan syarikat mengalami kerugian tetapi gaji belum dibayar sehingga sekarang. Apa tindakan yang boleh kami ambil?

Reply

Leave a Comment