MELUR.NET Semakan Online Bantuan Kerajaan Pendidikan Destinasi
Post image for Semakan Nombor Plat Kenderaan JPJ Terkini September 2019 (Kemaskini Setiap Minggu)

Semakan Nombor Plat Kenderaan JPJ Terkini September 2019 (Kemaskini Setiap Minggu)

Sekiranya anda mencari nombor plat kenderaan terkini untuk kereta Honda atau kereta Proton, anda boleh bookmark portal ini kerana kami akan mengemaskini no plat terkini setiap minggu disini mengikut negeri.

Nombor pendaftaran kenderaan Malaysia adalah nombor yang perlu dipamerkan oleh semua kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Plate number termahal yang pernah dibida di Malaysia adalah dibeli oleh Sultan Johor dengan nilai pembelian RM836,660 bagi no plat “F1”.

Nombor Plat Khas

Ini adalah no plat yang dikeluarkan khas untuk badan tertentu atau peristiwa tertentu yang mana menjadikan bidaan no plat ini sangat tinggi kerana ia adalah terhad.

No plat “R1” tidak dibida oleh sesiapa kerana merupakan no plat khas Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

  • Z: Kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
  • ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
  • JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
  • Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
  • PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
  • Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
  • Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
  • Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
  • Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
  • Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
  • PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
  • NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
  • LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
  • Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
  • Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
  • BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
  • G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
  • 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
  • Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
  • TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
  • GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
  • Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
  • VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
  • GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
  • SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
  • PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
  • RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
  • MALAYSIA : Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 ‘Sayangi Malaysiaku’.
  • SMS : Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan DYMM TUANKU ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (SULTAN KEDAH) sebagai SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-V & KE-XIV.
  • GG : Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).
  • G : Hanya dikeluarkan kepada Lee Chong Wei Foundation.
  • T1M : Hanya dikeluarkan semperna Transformasi 1 Malaysia yang diusahakan oleh NGO Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.
  • NBOS : Hanya dikeluarkan semperna program National Blue Ocean Strategy (NBOS).
  • A1M : Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia.
  • NAAM :Hanya dikeluarkan semperna New Affirmative Action Movement dari NGO yang menumpukan pembangunan ekonomi belia india melalui keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan.

Nombor Plat Terkini

Berikut adalah senarai nombor plat kenderaan terkini untuk September 2019 yang dikeluarkan oleh pihak JPJ. *Kemaskini 3 September 2019

JPJ plate latest number list for November 2019. Kemaskini diambil terus daripada Portal JPJ.

Semenanjung Malaysia

Kawasan No Plat Terkini
Putrajaya FC9999
Kuala Lumpur VDR7433
Johor JTQ1044
Kedah KET3674
Langkawi KV2107E
Kelantan DDN9921
Melaka MDE5398
Negeri Sembilan NDM1843
Pahang CED7831
Pulau Pinang PPB4826
Perak ALK3372
Perlis RAD1879
Selangor BPY5987
Terengganu TCC5025

.
Sabah & Sarawak

Kawasan No Plat Terkini
Kota Kinabalu SYD2001
Sandakan SMB478
Kudat SK4438B
Tawau SWA3827
Beaufort SB6469D
Keningau SU8464E
Lahad Datu SD3062P
Kuching QAA4731X
Sibu QS6700K
Miri QM4264F
Sri Aman QBD6624
Sarikei QRM3444
Bintulu QTS5807
Limbang QLC3087
Kota Samarahan QCJ6496
Kapit QPB3681
Labuan LG3028

.

Tempahan No Pendaftaran Kenderaan

Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad V telah memenangi bidaan dua nombor plat iaitu RR6 dan RR9 dengan jumlah RM856,780.

SHarga tempahan bagi no pendaftaran adalah berbeza mengikut populariti. Berikut adalah harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran :

  • Nombor Bernilai Utama (Golden Number) : RM20000.00
  • Nombor Menarik (Attractive Number) : RM3000.00
  • Nombor Popular (Popular Number) : RM800.00
  • Nombor Semasa (Running Number) : RM300.00

Anda boleh membuat pembelian no plat kenderaan secara online melalui Sistem Transaksi dalam talian mySIKAP.

Artikel Menarik, Baca Lagi.

[display-posts orderby="rand" image_size="medium_large" wrapper="div" wrapper_class="display-posts-listing grid" meta_key="_thumbnail_id"]

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment