MELUR.NET Semakan Online Bantuan Kerajaan Pendidikan Destinasi
Post image for Senarai Harga Kereta Perodua 2019

Senarai Harga Kereta Perodua 2019

Jom semak harga-harga Perodua 2019 untuk Perodua Axia, Perodua Myvi, Perodua Bezza, Perodua Alza dan juga Perodua Aruz.

Pada tahun 2006 dan 2007, Perodua berjaya mencatatkan jualan kereta paling banyak di Malaysia berbanding jenama lain lebih-lebih lagi oleh Proton dan Honda.

Perodua telah menjual sebanyak 207,110 unit kereta iaitu 35.7% daripada jumlah jualan kenderaan di Malaysia untuk tahun 2016 – Paultan.org

Kereta-kereta keluaran Perodua amatlah popular terutamanya Myvi dan Axia yang berjaya menenggelamkan kereta Proton.

Buktinya adalah kemana-mana sahaja anda pergi atau memandu di jalan raya, anda boleh melihat kedua-dua model ini. Dan secara tidak langsung menunjukkan jenama Perodua sangat berjaya dalam pasaran Malaysia.

Perodua Myvi adalah model paling banyak di atas jalan di Malaysia, manakala Perodua Axia pula mendapat tempat disebabkan harga yang murah, rekabentuk yang menggiurkan serta penggunaan bahan minyak paling efisyen di Malaysia.

4 Sebab Kenapa Ramai Membeli Perodua

Ini sebab-sebab utama kenapa kereta Perodua menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia sehingga hari ini seperti yang dijelaskan oleh Pandulaju.com.my

  1. Harga mampu milik – Perodua berjaya mengekalkan harga jualan kereta tanpa membebankan mana-mana pihak. Anda boleh membuat perbezaan sendiri antara harga Perodua dengan harga kereta Proton.
  2. Produk berkualiti – Perodua sangat menitikberatkan aspek kualiti. Memang agak jarang kita dengar model-model Perodua kerap berdepan masalah kualiti.
  3. Kereta terpakai masih tinggi nilainya – Harga kereta secondhand Perodua masih lagi tinggi dan tetap laku tidak kira manual ataupun auto.
  4. Servis sebelum/selepas jualan terbaik! – Pelanggan amatlah mementingkan kualiti servis sebelum mahupun selepas jualan dan Perodua berjaya melakukannya. Contohnya, mengenakan caj kos upah lebih murah bagi kereta yang sudah tamat tempoh waranti.

Macamana? Sudahla produk yang berkualiti tapi harga kereta pun mampu milik. After sales service Perodua pun terbaik! Apa kata anda?

Harga Kereta Perodua Terkini 2019


Mari kita semak pula senarai harga kereta Perodua terkini. Pricelist Perodua ini adalah harga rasmi yang dikeluarkan seperti website Perodua.com.my dan ianya adalah harga on the road (OTR) tanpa insuran.

Harga Axia

harga perodua axia

Jenis Model Harga (Solid & Metallic)
Axia 1.0 Standard E – Manual RM 22,990.00
Axia 1.0 Standard G – Manual RM 32,590.00
Axia 1.0 Standard G – Automatic RM 34,390.00
Axia 1.0 Special Edition – Manual RM 35,590.00
Axia 1.0 Special Edition – Automatic RM 37,490.00
Axia 1.0 Advance Version – Automatic RM 40,390.00

Harga Myvi

harga perodua myvi

Jenis Model Harga (Solid & Metallic)
Myvi 1.3L G – Manual RM 42,790.00
Myvi 1.3L G – Automatic RM 44,590.00
Myvi 1.3L X – Automatic RM 46,590.00
Myvi 1.5L H – Automatic RM 50,290.00
Myvi 1.5L AV – Automatic RM 54,090.00

Harga Bezza

harga perodua bezza

Jenis Model Harga (Solid & Metallic)
Bezza 1.0 GXtra – Manual RM 34,490.00
Bezza 1.0 GXtra – Automatic RM 36,290.00
Bezza 1.3 Premium X – Manual RM 40,090.00
Bezza 1.3 Premium X – Automatic RM 41,890.00
Bezza 1.3 Advance RM 47,790.00

Harga Alza

harga perodua alza

Jenis Model Harga (Solid & Metallic)
Alza 1.5 AV – Automatic RM 62,690.00
Alza 1.5 SE – Automatic RM 56,890.00
Alza 1.5 S – Manual RM 51,490.00
Alza 1.5 S – Automatic RM 54,290.00

Harga Aruz

harga perodua aruz

Jenis Model Harga (Solid & Metallic)
Aruz 1.5 X – Automatic RM 72,900.00
Aruz 1.5 AV – Automatic RM 77,900.00

 

Promosi & Diskaun Perodua

Harga yang dipaparkan diatas boleh berubah mengikut musim atau ketika promosi jualan sedang berlangsung seperti promosi perayaan dan jualan akhir tahun. Sila semak dengan agen rasmi pengedar Perodua berhampiran dengan anda untuk sebarang promosi & juga rebat diskaun ketika pembelian Perodua baharu.

✱ ✱ ✱ ✱
Diharapkan dengan pricelist kereta Perodua 2019 ini dapat membantu anda menilai harga sebelum anda membelinya.

Jangan lupa semak juga harga kereta terkini Proton dan Honda dibawah ini okay!

Artikel Menarik, Baca Lagi.

[display-posts orderby="rand" image_size="medium_large" wrapper="div" wrapper_class="display-posts-listing grid" meta_key="_thumbnail_id"]

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment